PEGANGAN AKIDAH SESAT.PAS
PESANAN... hanya orang Islam Yang patut memimpin
Mengkafirkan Orang-Orang Islam
Tajuk ini hanya bermaksud memberitahu pembaca kaedah kaedah yang
dibenarkan oleh Islam untuk mengkafirkan orang Islam. Di luar kaedah
ini, haramlah hukumnya bagi seseorang Islam itu mengkafirkan saudara
se-lslamnya.
Dari kitab Boghyatul Mustarsyidin ( بغية المسترشدين ) pada muka surat 297 baris ke 27 ada menyebutkan begini:
Di antara kaedah-kaedah yang telah dimuafakatkan oleh ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah:
1. Mereka yang mengucapkan dua kalimah Syahadah telah dihukumkan sah
ke-lslamannya. Di waktu itu terpeliharalah darahnya dan hartanya. Tidak
boleh pula didedahkan keadaan sebenarnya. Juga tidak boleh ditanyakan
maksud sebenar dari apa yang telah dilafazkan.
2. Di antara kaedah-kaedah itu:
a)Bahawa Iman yang boleh menghindarkan seseorang dari kekal dalam
neraka ialah iman yang membenarkan ke-Esaan Allah S.W.T dan membenarkan
ke-Rasulan Nabi Muhammad S.A.W. Barangsiapa yang mati dalam keadaan
mengiktiqadkan yang demikian sedangkan ia tidak mengetahui selain
daripada itu secara terperinci dalam kaedah dan urusan agama, maka
selamatlah ia dari kekal di dalam neraka. Sekiranya ia sedar ada sesuatu
perkara yang telah diijmakkan oleh para ulama dan telah disampaikan
kepadanya secara mutawatir (ramal yang menceritakan kepadanya) maka
semestilah ia mengiktiqadkan perkara itu jika ia mampu untuk
memahaminya.(Sekiranya tidak mampu kerana kebodohannya maka ia terlepas
dari tanggungjawab ini).
b) Sesiapa yang telah menetapkan keimanannya maka tidak boleh
dikafirkan dia kecuali setelah ia berkata atau ia beriktiqad dan
melakukan sesuatu yang terdapat padanya unsur-unsur mendustakan Nabl
S.A.W yang mana perkara itu telah diijmakkan oleh para ulama secara
mudah sedangkan ia mampu pula untuk memahami perkara ltu.
Bukan sahaja mendustakan Nabl S.A.W tetapi sekiranya ia menafikan
penyerahan dirinya kepada Allah S.W.T dan Rasul seperti ia meringankan
penyerahan tadi dan meringankan isi kandungan AI Quran (maka barulah
dikafirkan seseorang itu).
c) Orang yang jahil dan orang yang melakukan kesalahan dari kalangan
umat ini tidak boleh dlkafirkan mereka setelah kemasukan mereka dalam
Islam (sebagai agamanya). Tidak boleh kita hukumkan dengan
perkara-perkara yang dilahirkan oleh mereka yang menjadikan kafir
sehlnggalah jelas baginya dalil-dalil yang mana boleh menjadikan kafir
pula orang yang menolak hujah atau dalil itu. Dalil-dalil yang dijadikan
hujah itu tidak pula mengandungi kekeliruan yang boleh dluzurkan
(dipertikaikan lagi/dimaafkan).
d) Tidak boleh mengkafirkan seseorang kecuali setelah ia melakukan
sesuatu yang telah diijmakkan oleh ulama pengharamannya, atau setelah Ia
mengiktiqadkan pengharamannya. Sedangkan ia mengetahui dan
mengiktiqadkan perkara itu haram di ketika ia melakukannya maka tidak
boleh dlkafirkan.
e) Seseorang Islam apablla lahir daripada perkara-perkara yang
menjadikan ia kafir yang ia tidak dapat mengetahui(makna) rahsia-rahsia
sebenar atau ia mengetahui tetapi ada tanda-tanda yang menunjukkan
bahawa perlakuan itu bukan dari kehendaknya atau ada tanda-tanda yang ia
meragui perkara tersebut maka tidak boleh dikafirkan mereka.
Sesiapa yang mengetahui kaedah-kaedah ini nescaya ia mengelakkan
(menahan) lidahnya daripada mengkafirkan orang Islam. Sebaliknya ia akan
berbaik sangka terhadap mereka. Mereka juga akan menganggap perkataan,
perbuatan kaum Muslimin itu mengandungi kebaikan. Teristimewa pula
perbuatan yang telah tetap dilakukan oleh para ahli ilmu, jurupendamai
dan para pemimpin (perbuatan mereka pada lahirnya bercanggah dengan
syariat tetapi pada hakikat mengandungi hikmah dan kepentingan masya
akat). lni sepertimana dilakukan oleh Qutubul Haddad melalui
ucapan-ucapan, perbuatan dan juga terdapat dalam kitab-kitab karangan
mereka dan ungkapan-ungkapan syair yang mereka susun.
Hendaklah kita meyakini bahawa mereka itu benar dan tidak ada
keraguan sekalipun mereka itu’tidak mengetahui dalil-dalil kerana
kelemahan dan kebodohan mereka. lni tidaklah pula kerana ia tenggelam
dalam alam rasa (zauk) dari dialami oleh para Wali sehingga tidak
sedarkan diri dan bukan pula kerana kehilangan daya pemikiranya.
Maka orang ramai hendaklah meluaskan masanya seperti yang telah
dilakukan oieh para ulama (dalam mengkaji permasalah kafir-mengkafir dan
lebih bersikap berhati-hati seperti mana orang-orang yang halus mata
hatinya).
Sesiapa yang telah mengetahui dan memahami apa yang telah penulis
sebutkan dan faham juga isyarat yang penulis tunjukkan di samping Allah
S.W.T juga mahu memeliharanya dari jalan bidaah maka tahanlah lidah dan
tulisannya (seperti pendedahan dalam akhbar-akhbar) daripada menuduh dan
bertindak terhadap orang yang telah mengucapkan dua kalimah syahadah.
Dia tidak akan mengkafirkan orang yang dikatakan Ahlul Qibalah
(Muslim). Barangsiapa yang Allah S.W.T kehendaki kesesatan untuknya maka
Allah S.W.T akan membiarkan mereka dengan keadaan itu dan mereka pun
mengkaji dan membaca kitab-kitab yang dikarang oleh manusia yang menurut
hawa nafsunya.
Selanjutnya kita lihat i dalam kitab Attahzir Minal Ightirari Bimaja
Afil Kitabil Hiwar (التحذر من الاغترار بما جاء فى كتاب الحوار ) yang
ditulis oleh Syeikh Abdul Hayi Al Umrawi pada muka surat 25 iaitu
tentang hukum mengkafirkan seseorang yang tidak kafir. Hadis-hadis
Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim.
فعنى ابن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله .ص. اذا قال الرجال لاخيه ياكافر فقد بأبه أحدهما٬ فان
كان كما قال والارجعت عليه
Ertinya:
Dari lbnu Umar, dia berkata, Rasulullah S.A.W bersabda, “Apabila berkata
lelaki kepada saudaranya wahai kafir, maka sesungguhnya telah mengenai
salah seorang daripada mereka dengannya, jikalah benar apa yang
dikatakan. Jika tidak, kembalilah kekafiran itu kepadanya.”
Ertinya:
Daripada Abu Zarrin bahawa telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,
“Barangsiapa menuduh akan seseorang lelaki dengan kekufuran dan dia
telah berkata “musuh bagi Allah” melainkan kembali di atasnya.”
Ertinya:
“Dari Abu Hurairah, barangsiapa kata kepada saudaranya, “Hai kafir!” maka telah berlakulah pada salah seorang dari keduanya.”
Bukan sahaja Allah dan Rasul-Nya melarang keras seseorang lslam itu
mengkafirkan seorang Islam yang lain, malah kerajaan kita sendiri pun
tidak mahu umat Islam di negara ini kafir-mengkafirkan sesama Islam.
Atas dasar ini, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri telah
mengeluarkan sebuah buku bertajuk “Penjelasan Mengenai lsu
Kafir-Mengkafir Orang Islam, Jihad dan Mati Syahid”. Kita petik di sini
Keputusan Fatwa Rasmi pada muka surat 14:
b) Keputusan Fatwa Rasmi
Mengenai isu dan hukum “takfir” (mengkafirkan orang Islam) ini, pihak
berkuasa Agama Islam dalam negara ini iaitu Ahli Jawatankuasa Tetap
Agama Bagi Majlis Raja-Raja yang bersidang pada 27hb. – 28hb. Mel, 1963
telah mengeluarkan pendapat seperti berikut:
1. “…Adalah kufur mengkufurkan seseorang Islam itu satu daripada
perkara yang dipandang tersangat berat dl dalam agama Islam. Kiranya
orang yang dihadapkan kepadanya perkataan itu tidak tepat sifat-sifat
yang menjadikan dia murtad, maka kembalilah hukum murtad itu kepada
orang yang berkata itu pula.” -
2. “…Mengikut kitab karangan Syarwani dalam juzuk 9 muka surat 88 ada
mengingatkan orang-orang Islam supaya jangan terburu-buru mengatakan
kufur kepada seseorang Islam, apatah lagi bagi orang-orang awam sangat
tidak digemari mengeluarkan perkataan kufur kepada saudara-saudaranya
yang lain.”
3. “…Ahli-ahli Jawatankuasa Tetap Agama Bagi Majlls Raja-Raja
menasihatkan lkhwan Muslimin iaitu kalimah kufur mengkufurkan seseorang
itu hendaklah dipelihara lldah masing-masing daripadanya samada di dalam
kempen kempen atau perbualan hari-hari atau lainnya.”
Bila seseorang Islam itu mengkafirkan seorang Islam yang lain, dia
sudah menyinggung perasaan agamanya. Di segi perundangan negara kita,
perbuatan ini adalah salah dan boleh dihukum di bawah Syeksyen 298 yang
menyatakan:
“Barangsiapa dengan sengaja berniat hendak melukakan perasaan agama
seseorang menyebut apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi dalam
pendengaran orang itu atau membuat apa-apa isyarat dalam penglihatan
orang itu atau meletakkan apa-apa benda dalam penglihatan orang ltu,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun
atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.”
Jelaslah bagi kita bahawa menuduh seseorang Islam itu kafir, syirik
dan sebagainya adalah satu fitnah yang besar. Dan kesannya kepada yang
kena fitnah adalah juga besar. Yakni bukan sekadar menyinggung perasaan
agamanya sahaja.
Sebabnya, kalaulah masyarakat Islam termakan fitnah itu, bererti
orang yang kena fitnah itu seumur hidupnya tidak diterima lagi di sisi
masyarakat Islam. Sebab itu AI Quran ada menyatakan:
Maksudnya:
والفتنة أشد من القتل
“Fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.”
-Surah AI Baqarah: 191.
Sebab kalau orang itu dibunuh, kisahnya selesai di situ sahaja.
Tetapi si kena fitnah, dia masih hidup untuk menanggung beban fitnah itu
seumur hidup. Saya tegaskan bahawa sesungguhnya saya dan ahli-ahli
Jemaah Darul Arqam serta pengamal Tariqat Muhammadiah tidak kafir.
Begitu juga pendapat-pendapat ulama yang saya telah temui. Alhasil,
kemungkinan besar kafirlah orang-orang yang menuduh saya. Kalau begitu
terpaksalah saya memulangkan seruan yang dibuat pada saya kepada
empunyanya, yakni:
“Kembalilah Ke Jalan Yang Benar.”
( اشهدأن الله اله الا الله وأشهدأن محمد رسولالله )