Barang siapa makan barang haram sedang dia lama menjalankan ibadah , maka dia seperti burung merpati yang mengerami telur busuk. Dia telah memayahkan dirinya kerana lamanya diam di tepat padahal tak satupun yang menetas, sebaliknya telur itu keluar menjadi busuk. ___ Ali Al Khawwas

..

5 Makhluk Lagenda Dalam Cerita Rakyat Malaysia Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (A-li'Imraan 3:107) .
SUMBER ARKID DI LONDEH KLIK SINI
TV ALHIJRAH     /    TV1  /   TV2    /     TV3   /     NTV7   /    TV9
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. (Al-Baqarah 2:16) .

PANAS>>Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq

KUASA

SUDAH diberi ingat.... hendak juga.. ikut...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:149)) . .. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah 2:10) . Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(A-li'Imraan 3:177) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?(An-Nisaa' 4:144).

My Blog List

Friday, March 1, 2013

DUA VIDEO berdeza,,


Tragedi Lahad Datu,



 VIDEO ASAL..
http://www.youtube.com/channel/UCqFVPQ3GIma-rf9kM-ab87Q?feature=watch
 MNLF

VS ASG


AKID DILONDEH-


Anwar- Misuari terlibat krisis Lahad Datu 

SUMBE: http://semuthitam80.blogspot.com/2013/03/kronologi-14-feb-buat-anuwar-panas.html




Ramai tak tahu bahawa Nur Misuari memang tak berpuas hati dengan kerajaan Malaysia yang melantik ketua MILF, Murad Ebrahim menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina mewakili BangsaMoro. Nur Misuari yang merupakan pemimpin MNLF, mahu diberi lebih peranan dan menganggap MNLF lebih besar pengaruhnya dari MILF.

Nur Misuari tidak menunjukkan muka di hari perjanjian tersebut kerana bimbang ditahan oleh tentera Filipina. MNLF sebelum ini terkenal dengan tindakan sering melancarkan serangan terhadap pihak tentera negara berkenaan.

Selain itu, Nur Misuari sendiri telah menganggap bahawa perjanjian itu tidak relevan dan menolak dari berkerjasama dengan MILF untuk masa depan BangsaMoro di Filipina.


Ramai juga yang tak mengetahui bahawa Nur Misuari adalah penyokong kuat kepada Sultan Sulu dan sewaktu proses menandatangani perjanjian autonomi selatan Filipina, Sultan Sulu juga tidak hadir.

Ketidakhadiran Nur Misuari dan juga Sultan Sulu dan penolakan perjanjian damai yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia pada tarikh 15 Oktober 2012 itu dikatakan menjadi punca bermulanya krisis di Lahad Datu Sabah.

Jadi, pertemuan Anwar serta beberapa pemimpin PKR dengan Nur Misuari di Filipina empat bulan lalu, membuktikan ada agenda sulit sedang dirancang untuk merosakkan imej Kerajaan Malaysia dan menggugat kedaulatan negara demi kepentingan politik masing-masing.


Malah pihak perisik Filipina dan juga Laporan dari REUTERS sendiri mengesahkan bahawa terdapat penglibatan pihak pembangkang Malaysia yang diketuai oleh Anwar Ibrahim didalam krisis di Sabah tersebut. (BACA SINI)

Ada maklumat mengatakan, Sultan Sulu tidak mempunyai pasukan askar sendiri. Kumpulan bersenjata yang datang ke Lahad Datu adalah merupakan askar pinjaman dari MNLF bagi melaksanakan niat tersembunyi pihak-pihak tertentu. 

Cuba teliti gambar lelaki dibawah ini yang mengepalai kumpulan yang mendakwa mereka merupakan Tentera DiRaja Sultan Sulu di Lahad Datu...



Dan juga gambar lelaki yang berdamping dengan Nur Misuari didalam MNLF sebelum ini.. Adakah ianya pelanduk dua serupa atau lelaki berkenaan adalah orang yang sama? 



Ini membuktikan penglibatan pihak tersebut dengan krisis di Lahad Datu sekaligus mengaitkan Anwar Ibrahim serta Pakatan pembangkang berikutan hubungan baiknya dengan Nur Misuari.

Tambahan pula untuk apa Anwar mengadakan perjumpaan dengan pemimpin MNLF tersebut hanya beberapa bulan sebelum krisis bermula jika tiada sebarang agenda yang dibincangkan?

Dan mengapa Anwar beria-ia menafikan perjumpaan tersebut setelah didedahkan oleh media antarabangsa sebelum gambar pertemuannya didedahkan kepada umum?

Sumbet : MPP Online


BERIKUT adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina:
   
9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
   
12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
   
14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. 

Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
       
16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. 

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.
     
18 Feb - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
   
24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.
   
26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
   
28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. 

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu. - seterusnya...
 

..

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:177) .

LONDEH

LONDEH

BLOG-BLOG PISANG PANAS

ADA LAGI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

ada di LONDEH2U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
GAMBAR-GAMBAR pelik yang seakan di londehkan oleh si tukang gambar dan yang pelik-pelik secara semula jadi. x LIVE webcam dimana jua
  • LIVE webcam online (3)
  • LAYAN - Live Image (Webcamera)
  • LAYAN.. live on.. African wilderness! LIVE Safari
  • http://www.justin.tv/wildearthtv/popout
  • Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash