SYIAH SESAT - Siri Membongkar MAT SABU
KDN: Mat Sabu selawat Syiah, kagumi Khomeini
PUTRAJAYA
– Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai 10 bukti untuk mengaitkan Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah, kata Ketua Setiausahanya, Datuk
Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan pemimpin nombor dua PAS itu didakwa
cenderung dengan fahaman Syiah.”Antara bukti itu adalah beliau pernah menggesa
umat Islam supaya mencontohi kepimpinan Khomeini menerusi tulisannya bertajuk
“Teladan Pemerintahan
Nabi Yusuf, Khomeini” di ruangan akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008,”
katanya.
Beliau berkata, selain itu Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha
Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasarullah dan mengaku beliau dan isterinya
kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan
semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendakwa orang nombor dua PAS
terbabit dengan fahaman Syiah.
– BH Online
Tanding pakaian janda, kerja gila? & 1 Mei tuntut naik gaji.
-
*Halimah (depan, tengah) ketika hadir mengadakan pertemuan dengan pihak
Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, Pahang.*
Halang pertandingan pakaian bera...
1 day ago