Barang siapa makan barang haram sedang dia lama menjalankan ibadah , maka dia seperti burung merpati yang mengerami telur busuk. Dia telah memayahkan dirinya kerana lamanya diam di tepat padahal tak satupun yang menetas, sebaliknya telur itu keluar menjadi busuk. ___ Ali Al Khawwas

..

5 Makhluk Lagenda Dalam Cerita Rakyat Malaysia Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (A-li'Imraan 3:107) .
SUMBER ARKID DI LONDEH KLIK SINI
TV ALHIJRAH     /    TV1  /   TV2    /     TV3   /     NTV7   /    TV9
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. (Al-Baqarah 2:16) .

PANAS>>Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq

KUASA

SUDAH diberi ingat.... hendak juga.. ikut...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:149)) . .. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah 2:10) . Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(A-li'Imraan 3:177) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?(An-Nisaa' 4:144).

My Blog List

Thursday, February 27, 2014

Ini kalilah (Inni qalillah) atau Akulah Tuhanmu

dari sumber
http://mymassa.blogspot.com/2014/02/prk-kajang-tazkirah-jumaat-awas.html

Antara tanda-tanda kemunculan Dajjal di akhir zaman adalah apabila kemaksiatan, fitnah, penipuan dan kekacauan timbul merata tempat. Bumi ditimpa pelbagai bala seperti kemarau kekeringan, jerebu, kebakaran, penyakit melata dan manusia lebih mementingkan kuasa dan harta dari beriman pada Allah.

Umat Islam akan berpecah belah akibat cuba menegakkan kebathilan dan kezaliman. Sedangkan kaum kafir bersatu menindas umat Islam yang semakin lemah akibat terlalu taksub dengan keduniaan.

Jangan kita ambil mudah tanda-tanda ini. Jika tahun 1997/1998 lalu, negara mengalami krisis air yang agak parah, jerebu yang teruk. Tanda-tanda tersebut akhirnya menjadi petunjuk kepada pemecatan seorang manusia yang bejat bermaksiat.

Tahun 2013 dengan slogan kesukaan Dajjal: Ini kalilah (Inni qalillah) atau Akulah Tuhanmu menjadi ikutan segelintir manusia untuk memberontak menjatuhkan sebuah kerajaan umat Islam. Namun atas petunjuk Allah jua, jerebu dan kabut memenuhi ruang udara Malaysia telah berjaya mengagalkan pemberontakkan tersebut.

Kini jerebu, kepanasan dan kekeringan hebat melanda negara kita setelah manusia itu berhasrat merebut jawatan lagi...Kali ini apa pula yang bakal Allah tunjukkan lagi kepada kita?

Semoga apa yang berlaku memberikan keinsafan kepada kita untuk bersatu mempertahankan keamanan negara kita.

diberi ingat lagi................

Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri cekak pinggang dan merenung Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit ''dukhan-dukhan (asap)''.


Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah meyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah. Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke satu Pulau dan dipenjarakan.

Bentuk Fizikal Dajjal


Dajjal ini bentuk rupa paras senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnya kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun.

Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya, ''Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi? Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar.

Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang makan mengecillah ia lalu mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.

Tamim bertanya lagi apakah tanda engkau akan bebas? Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.

Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di akhir zaman yakni KITA.


Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.


Pulau Socotra-Yaman

Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas.

Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari.


Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan:


Gua di Pulau Socotra-Yaman-Apakah di dalam gua ini Dajjal dikurung waktu itu...?

“Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab:

“Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata:

 “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.


Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”


Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal.


Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfahan. Wallahu a’lam
Pulau Socotra Di Yaman



Pokok Dragon Blood

Benarkah seperti yg diceritakan oleh Nabi Muhammad S.A.W, Dajjal dikurung di sebuah pulau?


Apakah Pulau Socotra di Yaman?


Pulau Socotra yg terpinggir dari arus pembangunan dan bentuk geografi yg sungguh aneh di pulau ini (seperti gambar2 di atas), walaupun Pulau Socotra mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat di lain tempat, ia bukanlah satu lokasi tarikan pelancong. Kerajaan Yaman tidak pernah mempromosikan pulau ini kepada dunia.


Pulau Socotra adalah pulau yang memiliki iklim tropika padang pasir. Panasnya mencapai sehingga 40 darjah celcius.


Pulau Socotra adalah pulau yang dilindungi keasliannya, di sana hampir tidak dibangunkan jalan raya. Satu-satunya jalan yang ada di sana, hanya dibina kira-kira 2 tahun yang lalu melalui antara Pemerintah Yaman dan UNESCO.

Tidak banyak usaha dilakukan untuk menarik pelancong ke Pulau Socotra agar keaslian pulau Socotra terpelihara.

Tiada kemudahan disediakan termasuk hotel penginapan,restoran  atau infrastruktur yg baik di sana.


Lebih aneh apabila ada masyarakat setempat yang mengaitkannya dengan penjara Dajjal. Pulau Socotra, pulau terpelik di dunia,. mempunyai spesis tumbuhan yang amat pelik, seperti dragon blood tree, atau pokok darah naga, getahnya berwarna merah. Pokok 'Dragon Blood Tree'.

Dalam bahasa tempatan Dam al-Akhawain bermaksud..'blood of the two brothers'. Pokok ini berharga kerana getah nya yang berwarna merah digunakan sebagai pembuatan ubat dan kosmetik. Pokok nya begitu cantik dan unik.

Pokok Daragon's Blood ini ialah salah satu diantara 900 spesis pokok yang sangat pelik dan popular di pulau Socotra. Bila ke sini seperti pergi ke planet, teori sebahagian pengalisa menyatakan pulau ini mungkin tempat asal dajjal di kurung waktu dulu.
Wallahu a’lam

 sumber:

http://oopssmedia.blogspot.com/2013/11/misi-mencari-dajjal-di-gua-pulau.html



Sunday, February 16, 2014

AKID .... ZULKIFLI BIN NOORDIN..menulis..SAYONARA TAN SRI KHALID!

Salam 2 all, dan salam khas untuk Tan Sri Khalid Ibrahim, bakal mantan MB Selangor!

Saya telah pun menulis pada 01 Feb 2014 lepas dalam tajuk 'Konspirasi Luar Tabie' mendedahkan bagaimana agenda sebenarnya pembubaran DUN Kajang adalah untuk memancung Tan Sri Kahlid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Ternyata apa yang saya dedahkan semakin hari semakin nampak kebenarannya!

Nasihat pertama saya kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, janganlah terpedaya dengan mainan politik kotor yang sedang dirancang untuk mentongsampahkan Tan Sri!

Pepatah Melayu ada menyebut, habis madu sepah dibuang.

Setelah Tan Sri berkorban begitu banyak untuk mereka; setelah Tan Sri memberikan mereka 2/3 majoriti kemenangan didalam PRU-13; setelah Tan Sri memberikan mereka kembali Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan; setelah Tan Sri berjaya memberi keyakinan kepada masyarakat Cina untuk menyokong mereka; kini mereka dalam proses meliwat Tan Sri!

Ya, mereka sedang melakukan peliwatan politik abad ini terhadap Tan Sri! Tan Sri akan ditongsampahkan tidak lama lagi! Tan Sri akan menjadi bahan maki hamun dan caci nista mereka tidak lama lagi! Selepas 23 Mac 2014, Tan Sri hanyalah seekor kucing kurap bagi para peliwat democrazy ini!

Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat perletakkan jawatan sebagai Menteri Besar. Surat itu akan bertarikh 24 Mac 2014, iaitu sehari selepas Anwar menang kerusi N.25 Kajang.

Nasihat kedua saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali menandatangani surat perletakkan jawatan sebagai MB Selangor itu.

Ini kerana sebaik sahaja Tan Sri hilang jawatan pada 24 Mac, dan mereka menguasai Kerajaan Selangor, mereka akan mula menekan Tan Sri supaya mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang. Ini kerana mereka mahu pastikan Tan Sri langsung tidak ada ruang untuk kembali semula ke Selangor.

Nasihat ketiga saya kepada Tan Sri, jangan sama sekali mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Kerana sebaik sahaja Tan Sri mengosongkan kerusi DUN Pelabuhan Klang, Tan Sri akan hilang nilai politik. Dan apabila itu terjadi, Tan Sri akan diletakkan oleh mereka dibawah pancungan politik. Mereka akan telanjangkan Tan Sri sehingga Tan Sri berasa tempat paling selamat ialah duduk didalam jamban meratap seorang diri!

Sejarah sudah membuktikan. Cukup sekadar saya mengingatkan Tan Sri kepada kisah Allahyarham Pak Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO), Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik (bekas Ketua Menteri Melaka merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia) dan Fairus Khairudin (bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang merangkap ADUN (PKR-Penanti).

Lihat apa jadi kepada mereka! Dan belajarlah daripada kesilapan mereka.

Tan Sri sepatutnya sudah nampak bahawa mereka sedang menyediakan perangkap untuk membunuh karier politik Tan Sri sebagai Menteri Besar Selangor. Tan Sri adalah penghalang kepada nafsu serakah mereka. Tan Sri sekarang adalah satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan mereka didalam PKR!

Mereka tiada pilihan - Tan Sri wajib dibunuh sekarang; sebelum cacing menjadi naga, sebelum kucing menjadi harimau, sebelum cicak menjadi dinasour!

Pertama, mereka sudah check-mate penyokong kuat Tan Sri. Presiden PKR Datin Sri Wan Azizah dan anaknya Naib Presiden PKR Nurul Izzah sudah dikancing mulut. Saya cukup yakin pendedahan kes permohonan cerai Nurul Izzah dengan segala cerita sensasinya dibuat oleh dalang-dalang yang mahu memastikan Wan Azizah dan Nurul Izzah dibisukan terus! Dan ternyata perangkap itu berjaya!

Kedua, mereka menimbulkan keraguan kepada DAP dan PAS terhadap kepimpinan Tan Sri. Isu Bible versi bahasa Melayu dan kalimah Allah menjadi senjata ampuh mereka. Kepada DAP, mereka menyatakan bahawa pendirian Tan Sri mempertahankan titah Tuanku melarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian membuktikan Tan Sri tidak boleh dipercayai. Kepada PAS mereka menyatakan pendirian Tan Sri mengarahkan bible Melayu yang dirampas JAIS dikembalikan kepada kristian membuktikan Tan Sri telah menghina Islam.

Ketiga, mereka menimbulkan kebencian dikalangan kakitangan awam terhadap Tan Sri. Isu PKNS telah dieksploit sepenuhnya, sedangkan Tan Sri tahu jika tindakan drastik tidak diambil PKNS akan jadi lubuk politiking mereka, dan agenda Melayu akan hancur. PKNS akan menjadi Bukit Tunggal untuk mereka memfaraidkan pusaka Melayu - satu untuk engkau, sepuluh untuk aku. Isu PKNS digambarkan sebagai kemuncak kezaliman Tan Sri. Pemecatan dan penukaran pegawai kontrak PKNS menjadi bahan bukti Tan Sri tidak berhati perut dan tidak berperikemanusiaan. Mereka membekalkan maklumat kepada media arus perdana terutama versi Melayu untuk memainkan sentimen ini. Dan sekarang kebencian kapada Tan Sri dikalangan penjawat awam Selangor sangat tinggi. Dan kisah Datuk Khusrin dihina sebagai Datuk SUK disegarkan kembali;

Keempat, diwaktu yang sama, mereka memainkan gendang damai dengan UMNO. Adakah Tan Sri tahu beberapa balaci mereka sudah mengadakan pertemuan dengan beberapa pimpinan UMNO, termasuk beberapa veteran UMNO. Tujuannya untuk memastikan UMNO tidak 'masuk campur' urusan penyembelihan Tan Sri. Itulah pelan damai mereka. Tidak lama lagi Tan Sri akan dengar usaha untuk membawa beberapa bekas pimpinan UMNO masuk kedalam Kerajaan baru nanti; dan ini adalah sebahagian daripada pelan damai nasional ini?

Kelima, Tan Sri sendiri tahu sebenarnya jawatan MB akhirnya nanti akan diserahkan kepada orang yang Tan Sri pun tahu siapa. Sebab itu Tan Sri tengok beberapa ekor anjing salakan mereka bukan main menyalak menghentam Tan Sri sekarang ni. Dan tidakkah Tan Sri merasa pelik mereka ini mendapat tempat dalam media arus perdana? Nampak gaya Tan Sri dah kena kancing berdiri!

Jadi, dalam keadaan ini semua, apakah yang patut Tan Sri lakukan?

Pertama, Tan Sri boleh menyerah kalah dan letak aje jawatan. Lepas tu mungkin pergi umrah, dan balik nanti duduklah bertasbih tahmid didalam surau.

Kedua, Tan Sri boleh buat keras kepala tidak mahu letak jawatan. Tetapi Tan Sri kena ingat, mereka ada dua pertiga majoriti dalam DUN. Mereka boleh membuat usul undi tidak percaya kepada Tan Sri dengan perbahasan yang akan memalukan dan mengaibkan Tan Sri. Jangan Tan Sri buat kesilapan mempercayai ada kekawan dalam DAP atau PAS akan sokong Tan Sri. Mereka ini semua sudah hubbud dunya wakaroo hiyatul maut. Mereka sudah seronok dan selesa dengan kedudukan dan jawatan mereka. Tidak ada sebab untuk mereka meletak tengkok untuk menyelamatkan Tan Sri!

Ketiga, Tan Sri boleh memilih untuk melawan. Bukan untuk diri Tan Sri, tetapi untuk Tuanku, rakyat Selangor dan umat Melayu-Islam. Takkan Tan Sri nak biarkan sahaja mereka mengkhianati Tan Sri sesuka hati mereka?

Nasihat keempat saya kepada Tan Sri, pergilah mengadap Tuanku Sultan Selangor. Mohon perkenan Tuanku untuk Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan!

Hanya Tan Sri seorang sahaja, dan tidak ada orang lain didunia ini, yang boleh melakukannya. Sebagai Menteri Besar Selangor, hanya Tan Sri berkuasa mutlak dibawah undang-undang tubuh Perlembagaan Negeri Selangor untuk menasihatkan dan memohon titah perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Dan Tan Sri mesti mengadap Tuanku untu membubarkan DUN Selangor sebelum 11 Mac 2014, iaitu hari penamaan calon N.25 - Kajang! Baru kita boleh tengok siapa yang terkangkang, siapa yang kena terajang!

Bak kata Allahyarham Sarjan Ibrahim Pendek dalam filem Ali-Baba & 40 Penyamun, mari kita tengok siapa yang kena!

Inilah perkara terbaik yang boleh Tan Sri lakukan. Ini bermakna Tan Sri menghayati makna sebenar hak asasi manusia dan prinsip demokrasi, dengan memberikan semula mandat kepada rakyat Selangor untuk menentukan mereka mahu siapa menjadi Menteri Besar dan membentuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan!

Dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat! Jangan Tan Sri biarkan rakyat diliwat oleh para peliwat democrazy ini Tan Sri!

Nasihat kelima saya, apa pun, seperti yang pernah saya sebut sebelum ini, pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Lakukanlah istikharah, mohon bantuan dan petunjuk Allah. Lakukanlah sesuatu untuk memastikan kemungkaran besar tidak melanda Selangor khasnya, dan Malaysia amnya.

Jadikan ia sebagai jihad dan pengorbanan Tan Sri untuk agama, bangsa dan negara.

Addeenul nasihah - Islam itu nasihat.

Sekian sahaja nasihat dan pandangan saya untuk Tan Sri.

You know your days as MB are numbered. It's either you go as defeatist, or you fight and triumph as a hero. It's your choice Tan Sri.

Sayonara Tan Sri Khalid Ibrahim! Selamat bersara dan good luck!

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios Tan Sri, grasias!

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
15 Rabi'ul Akhir 1435
15 Februari 2014

 ===============================  
Anwar memberikan ucapan di Gereja Holy Family...Kajang
http://pilihan-anda.blogspot.com/2014/02/hilang-sokongan-umat-islam-anwar-cuba.html 

 Rasanya, 
menjelang sekarang semua pihak susah tahu bahawa sokongan masyarat Islam di Kajang terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memang lemah dan sangat kurang.

Sudah jenuh naik turun masjid dan ke kawasan masyarakat Islam namun tiada sambutan, menyebabkan Anwar terpaksa mengubah strategi untuk meraih sokongan masyarakat Kristian di Kajang pula, satu langkah yang memang sudah dijangka sejak awal.

Ahad lepas Anwar memberikan ucapan di Gereja Holy Family di mana Paderinya, Father George Harrison mengalukan Anwar sebagai ‘saudara kami’.

Sudah pasti orang seperti Anwar yang pandai bermuka-muka akan diangkat sebagai ‘saudara kami’, kerana mungkin masyarakat Kritsian sendiri tidak nampak sikap mempergunakan sesiapa sahaja untuk kepentingan diri yang dimiliki Anwar.

Seramai 1,200 orang memenuhi gereja berkenaan untuk mendengar ceramah Anwar. 


selanjutnya:
http://pilihan-anda.blogspot.com/2014/02/hilang-sokongan-umat-islam-anwar-cuba.html  


sumber

http://pemudaselempangmerah.blogspot.com/2013/04/kami-konsisten-kristian-boleh-guna-nama.html 
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dibenarkan, seperti dipersetujui parti-parti pembangkang pada 8 Jan lepas.


Malah beliau berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyiapkan draf berhubung perkara itu pada Januari lepas yang antara lain menyatakan orang Islam tidak boleh mempertikai kalimah Allah daripada digunakan orang bukan Islam dan mereka tidak boleh menghina kalimah itu.

"Seperti contoh apabila saya memaklumkan kepada Naib Presiden Parti, Tian Chua mengenai mesyuarat esok dan dijawab Tian Chua insya-Allah. Ini bukanlah satu yang menghina," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.
baca terus

Tuesday, February 11, 2014

Sunday, February 9, 2014

Ceramah Habib Lutfi

Pendedahan Dokumen Rancangan Anwar ......Dan NGO Pakatan Haram Di Biayai Kuasa Asing

..... AIDCNews-02/05/13 – Syamsul Hidayat Mohd Sharif, bekas staff di ibu pejabat lama PKR di Brickfields pernah mendedahkan bahawa BERSIH adalah idea Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diilhamkan pada tahun 2007bertujuan untuk memulihkan sokongan terhadap beliau yang semakin menyusut berbanding dengan reformasi 1998, menambahkan kewangan PKR dan meningkatkan api permusuhan di antara masyarakat awam (civil society) dengan kerajaan Barisan Nasional. 

Bekas staff PKR itu mendedahkan perkara itu kerana beliau juga turut terlibat sebagai salah seorang anggota jawatankuasa perhimpunan BERSIH 1 pada 2007. 


Fakta itu diperkukuhkan lagi oleh bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang mendedahkan bahawa pada tahun 2007, ketika beliau masih lagi menjadi Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), anak Anwar, Nurul Izzah telah menjemputnya untuk menyertai satu mesyuarat untuk membentuk satu jawatankuasa pemantau pilihanraya yang kemudiannya dikenali sebagai BERSIH. 


“BERSIH adalah kenderaan Anwar untuk menerima dana antarabangsa di bawah nama demokrasi dan pilihanraya yang bebas dan adil. “BERSIH bukan sebuah organisasi yang bebas politik. Ia adalah ‘bayi’ Anwar,” rumus Tunku Aziz. Mesyuarat yang dihadiri Tunku Aziz, turut dihadiri oleh Nurul Izzah, pemimpin PKR tertentu, pembantu Anwar dan dua orang warga Amerika Syarikat (AS) di Hotel Sheraton di Kuala Lumpur, dedah bekas Presideen TI-M itu.


 “Dalam mesyuarat itu, saya telah ditawarkan untuk mengetuai badan pemantau kerana mereka berkata saya mempunyai kelayakan, integriti dan kredibiliti bagi jawatan tersebut,” dedah Tunku Aziz, di mana beliau telah ditawarkan kira-kira AS $ 4,000 sebulan serta lain-lain faedah dan elaun untuk jawatan tersebut. 


Tunku Aziz turut diberitahu bahawa pergerakan badan pemantau itu akan mendapat pembiayaan antarabangsa yang kukuh, namun bekas Presiden TI-M menolak secara baik tawaran tersebut. 

Tempat Tunku Aziz kemudiannya diganti dengan dua tokoh wanita yang terlibat aktif dalam gerakan masyarakat sivil (civil society), femenisme, LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dan hak asasi manusia, iaitu Datuk S Ambiga (Bekas Presiden Majlis Peguam) dan Maria Chin Abdullah (Pengerusi NGO-NGO hak asasi manusia).

 Dokumen di bawah membuktikan modus operandi Anwar itu mendapat tajaan dana asing, di mana terdapat satu surat yang ditandatangani Maria Chin Abdullah, Pengarah Eksekutif EMPOWER (Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor) dihantar kepada pegawai cawangan NDI (National Endowment for Democracy) di Jakarta, Indonesia. 

NDI adalah salah satu cabang NED (National Endowment for Democracy), topeng CIA yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS). 

Selain EMPOWER, Maria Chin Abdullah juga mengetuai National Women’s Coalition (NWC), National Institute for Electoral Integrity(NIEI), All Women Action Society (AWAM) dan Women’s Development Collective (WDC) Menurut bersih.org, WDC pimpinan Maria Chin Abdullah, SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan WAMI (Writers Alliance for Media Independence) adalah salah satu dari tiga teras utama BERSIH, di mana ketiga-tiga NGO itu turut mendapat tajaan asing. 

Dalam satu email Maria Chin Abdullah kepada ahli Jawatankuasa BERSIH 2.0 (lihat lampiran di bawah) beliau turut mendedahkan bahawa operasi BERSIH ditaja oleh NDI dan OSI (Open Society Institute). OSI adalah yayasan yang berpangkalan di AS, milik penyangak mata wang Yahudi, George Soros. 

Turut dilampirkan di bawah bajet kewangan yang dipohon kepada Burma Project/Southeast Asia Initiative, iaitu cabang OSI di Asia Tenggara. Penglibatan badan Soros dalam BERSIH itu pernah didedahkan oleh bekas Timbalan Presiden Keadilan, Profesor Dr Chandra Muzaffar. 

Dr Chandra yang menghantar email kepada laman ini pada 5 Julai 2011 mendedahkan pegawai Soros, Maureen Aung-Thwin yang merupakan Pengarah ‘Projek Burma / Inisiatif Asia Tenggara’ berada di Kuala Lumpur dari 27 Jun hingga 2 Julai 2011 untuk mengadakan perbincangan dengan tokoh politik pembangkang dan jawatankuasa BERSIH. Kedatangan pegawai Soros ke Kuala Lumpur itu seminggu sebelum berlangsungnya perhimpunan BERSIH 2.0.

 “Saya amat memandang berat pembabitan pihak Soros berikutan sesuatu yang berlaku sewaktu saya berada dalam Parti Keadilan Nasional (kini Rakyat) sebagai Timbalan Presiden dari 1999 hingga 2001.

 “Beberapa minggu sebelum pilihan raya 1999, Maureen Aung-Thwin datang ke pejabat saya di Petaling Jaya berhubung permintaan daripada Anwar Ibrahim bagi membiayai Keadilan pada pilihanraya. 


“Apa yang nyata, pembantu Anwar yang paling dipercayai, Azmin Ali telah menghubungi pemilik media Zionis, Rupert Murdoch bagi pihak Anwar mengenai bantuan kewangan. 


Permintaan tersebut kemudian disampaikan kepada sahabatnya, George Soros, yang kemudian menghantar Maureen sebagai misi ke Malaysia. 

“Kini, 12 tahun kemudian, persekongkolan yang melibatkan Maureen Aung Thwin dan Soros timbul sekali lagi dalam politik Malaysia – kali ini menerusi BERSIH. 

“Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui segala-galanya daripada Anwar, BERSIH dan Soros,” dedah Dr Chandra. Dokumen Sulit BERSIH Dalang Bantu Pembangkang Didedahkan… 

Berjayakah Dalang Pencabar Allah Jadi PM ?

sumber
 http://pisaukedah.blogspot.com/2013/05/gempar-pendedahan-dokumen-rancangan.html

Saturday, February 8, 2014

GEMPAR..!! Bongkar Kesesatan dan bahaya SYIAH..!!

Tausiyah Al Habib Luthfi bin Yahya (3 Juni 2012)

PAS SABOTAJ...

PAS SABOTAJ...
 
Bagi rakyat negeri kedah,tiada apa yang lebih mengecewakan apabila mendapat berita yang PAS Kedah sabotaj program selawat.
Telah tersebar diruang media kenyataan kenyataan rasmi dari tok tok lebai pemimpin Pas yang mahukan rakyat kedah menolak program selawat tu, konon nya bermotif politik..

Lebih mendukacitakan apabila seorang pengetua yayasan dikatakan telah menarik balik peruntukan 6 buah bas untuk membawa pengunjung..


baca seterusnya...

http://kedahkekl.blogspot.com/2014/02/panass-lagi-sabotaj-pas-kedah-terhadap.html


Islam adalah agama ilmu. Orang berilmu mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam kerana mengenali Wujud yang tertinggi, iaitu Wujud yang hakiki dan pengenalan itu menimbulkan sifat takut dan gerun kepada-Nya (Fatir: 28). Dengan itu al-Quran menggelarkan mereka ‘ulama’.

Sayyidina Ali RA. menyatakan mengenal Allah adalah permulaan agama kerana tidak mungkin seorang hamba benar-benar mengerjakan ketaatan kepada-Nya tanpa mengenali Zat, Sifat dan Perbuatannya.


Mengenal Allah adalah maksud sebenar al-Quran, manakala syariat dan ibadah adalah jalan kepada-Nya. Pastilah nyata keutamaan maksud dan jalan yang menyampaikan kepada maksud.


Takut kepada Allah adalah tanda mengenali-Nya, maka wajiblah kita fahami bahawa mereka yang tidak takut kepada-Nya adalah mereka yang tidak mengenali-Nya. Mereka bukanlah ulama menurut takrifan al-Quran walaupun seluruh manusia menggelarkan mereka ulama. Mereka adalah ulama palsu.


Ciri-ciri ulama palsu


Antara tanda seseorang itu tidak kenal Allah adalah dia berani bercakap sembarangan tentang-Nya, persis percakapan kaum yang kafir yang mengikut hawa nafsu, sedangkan kita ditegah daripada menuruti hawa nafsu mereka setelah datang kepada kita ilmu, yakni petunjuk al-Quran (al-Baqarah: 120).


Ulama palsu tidak takut kepada Allah kerana mereka lebih bimbangkan kedudukan dan kemasyhuran mereka di sisi manusia. Bagi memastikan kedudukan dan kepentingan diri dan puak yang mereka sokong, mereka sanggup menyembunyikan kebenaran dan membiarkan kebatilan.

 Contoh kebatilan itu ialah yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini bahawa menurut seorang tokoh agama dari Timur Tengah, kalimah Allah adalah milik semua manusia. Sekiranya benarlah itu yang dikatakannya, maka ia adalah kebatilan nyata.

Bagaimanakah mungkin dari segi adab untuk kita mengatakan bahawa Nama Allah milik semua manusia sedangkan Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa Nama-nama Yang Indah itu adalah milik-Nya (al-Hashr: 24), iaitu Nama-nama yang Dia berikan sendiri bagi merujuk kepada Zat-Nya.


Oleh itu, sesiapa pun selain daripada-Nya tidak layak untuk menggunakannya. Tiada orang yang akan memakai nama Allah, al-Rahman, al-Rahim dan al-Jabbar melainkan dia benar-benar jahil lagi sesat dan tiada kerajaan Islam akan membenarkan perbuatan seumpama itu dilakukan tanpa pembanterasan.


Yang dibenarkan adalah apabila ditambah di hadapannya perkataan ‘Abd’ yang bererti ‘hamba.’ Maka kita temui nama-nama seperti Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Rahim dan Abdul Jabbar.


Sekiranya nama itu milik semua manusia, sememangnya tiada masalah untuk sesiapa pun menggunakannya kerana pemilik sesuatu memang berhak memperlakukan apa saja dengan apa yang dia miliki.


Sejarah al-Hallaj


Sejarah menunjukkan bahawa al-Hallaj telah dihukum mati dengan sebab kata-katanya: “Akulah al-Haqq!” Alasannya amat jelas: nama ‘al-Haqq’ itu milik Allah semata-mata, dan ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya bagi merujuk kepada yang selain daripada-Nya. Nasib Hallaj pastilah berbeza sekiranya dia mengatakan: “Ana Abd al-Haqq” (akulah hamba al-Haqq) kerana itu adalah kenyataan yang benar.


Hanya mereka yang tidak kenal Allah dan tidak takut kepada-Nya akan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Kenyataan itu ternyata selari dengan pandangan kaum yang disebut dalam al-Quran sebagai pengikut hawa nafsu.


Kenyataan seperti itulah yang dinanti-nantikan oleh puak Katholik yang berkeras bahawa kalimah ‘Allah’ adalah milik semua. Mereka mendakwa ‘berhak’ menggunakan nama itu bagi merujuk kepada sebarang tuhan yang disebut dalam kitab mereka sama ada yang dirujuk sebagai ‘God’ (Allah), ‘god’ (allah), mahupun ‘gods’ (allah-allah).


Ternyata mereka berjaya mengelirukan sebahagian orang Melayu dengan memakai hujah kebebasan beragama. Hakikatnya, ini bukanlah soal hak kebebasan beragama, sebaliknya soal pemalsuan kalimah dan penyelewengan makna.


Malang sekali, terlalu ramai dalam kalangan Muslimin terpedaya kerana bertuankan ulama palsu yang melihat kepentingan politik mengatasi kepentingan agama dan bangsa.


Penulis adalah Fello Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia


-BH.

Sunday, February 2, 2014

SEJARAH BERULANG - KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR


Salam 2 all.

Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!


Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!


SEJARAH BERULANG - KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR

Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada 26.06.2008.


Ketakutan Anwar masa itu memang agak luar biasa! Saya tidak bercadang menceritakan secara terperinci apa yang saya sendiri lihat masa itu. Itu lain kali jika perlu. Tetapi cukup sekadar memberitahu bagaimana Anwar pergi menyembunyikan diri di rumah Duta Turki pada 29.06.2008. Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan kerana ada 'cubaan mahu menembak Anwar'!!!


Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.


Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai; malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!

Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan 81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful agak tipis.

Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising. Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut dengan bunyi bising diluar!

Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.

Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'. Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang.

Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat Saiful!***

Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12 & 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.

Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui kehebatan guamannya!

Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!

Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights Commission dan negara liberal Eropah yang lain - yang mengamalkan seks bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!

Matlamatnya - Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini!


TAN SRI KHALID PENGHALANG

Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient & corrupt free Menteri Besar!


PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS.


Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua kehendak Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat 5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' - begitu Khalid memperlekeh duta Anwar ke pejabat MB.


Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid. Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri Selangor dengan kekuatan dana yang besar!


Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar dengan sesiapa - almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!


Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?


CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH


Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir. Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam PKR.


Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut disebarkan.


Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid Ibrahim.


Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.

Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!

Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan sokongan terbuka kepada Khalid - pasti mereka akan dicemuh supaya pergi urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!


Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan PAS menjadi sandaran akhir Khalid!


STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS


Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.


Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas untuk Khalid diserang.


Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.

Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!


Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak. Dia sudah tidak boleh lari.

Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak menyedari permainan politik puak-puak ini!


PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO


Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu mendengar berita ini.


Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.


Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa inna ilai hiro ji'un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti.

Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.


TAKTIK AKHIRUL KALAM - VIDEOKLIP


Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi disebuah kediaman akan disebarkan. Apa video itu...tunggu dan lihat!


RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID


Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!


Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.


Khalid sekarang ada beberapa opsyen:


1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua  ADUN PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!



2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi beliau;



3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini;



4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku. Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang buah tasbih; cari pahala sikit; atau



5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor. Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.



Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat mainan politik luar tabi'e pihak tertentu!



Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal menjadi MB.



Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini. Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!

Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya jika bijak mengatur langkah.


Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar tabi'e ini.


Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!



Wallahua'alam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.



Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Rabi'ul Akhir 1435
01 Februari 2014



***Kenyataan ini tidak bermaksud dan tidak sepatutnya difahami yang Mahkamah membebaskan Anwar kerana beliau Ketua Pembangkang atau Ahli Parlimen, atau kerana Mahkamah takut kepada tekanan dalam dan luar negara. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan undang-undang, fakta dan keterangan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah dan merumuskan keputusan sewajarnya. Samada penghakiman Mahkamah Tinggi itu wajar atau tidak kita tunggu keputusan Mahkamah Rayuan nanti insyallah. Untuk penjelasan lanjut, sila baca keputusan bertulis Mahkamah Tinggi itu didalam mana-mana jurnal perundangan dan kehakiman. 


SUMBER
 http://kerisputera.blogspot.com/2014/02/minda-pencacai-terus-diliwat-anwar.html

UMAT RAKHINE LEBIH BERPAHALA DARIPADA MELAYAN ANUAR IBRAHIM  UNTUK MENANG PILIHAN RAYA 

 
 
LELAKI Islam Rohingya ini memeluk lutut pengawal pantai Bangladesh, merayu agar dia dan keluarganya tidak dihantar balik ke Myanmar kerana tidak mahu menjadi mangsa pembersihan etnik di kampung halamannya pada 19 Jun 2012. - AFP
JARAK Yangon dan Kuala Lumpur adalah 1,597.7 kilometer (km) atau 992.8 batu. Masa penerbangan di antara kedua-dua ibu nega-ra itu adalah dua jam 13 minit.
Ia terlalu hampir dengan negara kita. Ter¬lalu dekat berbanding dengan negara Pales¬tin, Bosnia atau Sudan. 

Myanmar ialah rakan Malaysia dalam ASEAN. Kini sesuatu yang menjelekkan se¬dang berlaku di negara itu. 

Etnik beragama Islam Rohingya, agama yang turut dianuti oleh majoriti rakyat ne¬gara ini sedang disembelih, dibakar hidup-hidup dan wanita serta kanak-kanaknya diasingkan daripada lelaki dan dibawa ke lokasi rahsia. 

Apa yang dilakukan ke atas mereka hanya Allah sahaja yang tahu. Sebagai orang Islam marilah kita doakan keselamatan mereka daripada manusia berhati binatang itu.
Hanya binatang sahaja yang sanggup memperlakukan rakyat sendiri seperti bina¬tang - hanya gara-gara Rohingya beragama Islam, bukan Buddha dan etnik yang ber¬beza daripada kaum majoriti. 

Ya Allah, beruntungnya sesiapa yang menghuni di negara Melayu ini. Majori¬ti Melayu ialah orang yang cukup sabar walaupun sedang diperlakukan dengan macam-macam provokasi, fitnah, prejudis dan prasangka. 

Laporan demi laporan yang dihantar oleh agensi berita antarabangsa dari Myanmar seolah-olah merayu perhatian dunia terha¬dap apa yang berlaku terhadap etnik itu.
Malangnya di Malaysia kita sedang sibuk dengan perdebatan mengenai politik picisan. Berita mengenai penghapusan satu bangsa itu oleh kerajaan negara Myanmar sama sekali tidak dipedulikan. 

Saya juga tidak nampak satu kesung¬guhan daripada pihak kerajaan Malaysia sendiri untuk menghantar nota bantahan terhadap apa yang berlaku di negara itu. 

Atas semangat agama Islam dan ummah, apa salah campur tangan dalam hal Rohing¬ya ini. Alihkan perhatian rakyat daripada isu politik dalam negara kepada isu Roh¬ingya ini.
Ayuh bangkit Malaysia, kita buat bising untuk menghentikan pembunuhan bera¬mai-ramai umat Islam itu. 

Satukan umat Islam di Indonesia, Brunei dan ASEAN untuk bersuara dengan kita.
Walaupun mangsa itu bukan Islam sekali pun kita amat sedih melihat, membaca dan mengetahui mengenai tragedi kemanu¬siaan ini. 

Hentikan terus daripada bercakap men¬genai Anwar Ibrahim kerana selagi kita ter¬us bercakap mengenainya, negara ini akan terus berpolitik dan dia akan terus segar-bugar.
Kita semua sudah tahu dia ialah seorang yang gilakan perhatian dan publisiti sejak berada dalam kerajaan BN lagi. 

Pedulikan dia. Ayuh alihkan perhatian kepada soal kemanusiaan ini.
Etnik Rohingya sedang disembelih, kam¬pung mereka dibakar. Laporan Agensi Sabtu lalu memetik seorang aktivis Rohingya meny-atakan, anggota etnik dilayan seperti haiwan.
“Saya merasa sangat takut. Kami tidak mempunyai sebarang perlindungan di ne¬gara ini. Kerajaan kami sedang menindas kami," katanya seperti dilaporkan laman web akhbar Burma Times. 

Etnik Rohingya Islam sering menjadi mangsa penindasan pihak berkuasa Myan¬mar dengan ada antara wanita dan gadis di¬rogol serta dibunuh dengan kejam.
Tahun lalu, saluran televisyen BBC me¬laporkan, kanak-kanak Rohingya Islam dibakar hidup-hidup ketika konflik agama dan etnik itu merebak di tengah Myanmar. 

Kebanyakan serangan itu turut dirakam di hadapan anggota polis Myanmar, lapor BBC.
Laporan terbaharu dari daerah Naypy¬idaw, Sabtu lalu, menyebut Myanmar me¬mulakan operasi pembersihan etnik Ro¬hingya Islam apabila seorang saksi yang terselamat mendakwa sebanyak 700 wanita dan kanak-kanak dibawa menaiki beberapa trak tentera ke lokasi yang tidak dinyatakan dalam satu kejadian 22 Januari lalu. 

Menurut saksi itu, Aisha kepada badan ke¬bajikan Partners Relief Development (PRAD), dia melihat banyak trak tentera membawa askar dan anggota pelampau bersenjata api dan belantan memasuki kampungnya, Kil¬ladong Majarpara, di barat Myanmar yang didiami lebih 2,500 orang etnik itu. 

Ayuh umat Islam Malaysia, kasihanilah saudara seagama kita di sana. Bersatulah. Kalau bukan kita, siapa lagi? 

Amnesty International hanya buat bising jika polis kita menyembur air ke atas para pendemo pakatan pembangkang, tapi di mana mereka apabila etnik itu sedang diha¬puskan? 

 
 
Di mana masyarakat antarabangsa? 

Mengapa Amerika Syarikat tidak mahu mengenakan sekatan ekonomi terhadap Myanmar di atas pembunuhan beramai-ramai itu? 

Adakah sekatan ekonomi hanya dikena¬kan semasa darling Barat yang mereka panggil pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi dikenakan tahanan dalam rumah? 

Apakah mereka mahu melihat satu lagi Bosnia yang disembelih oleh Serb tanpa dipedulikan oleh sesiapa?

dan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Islam adalah agama ilmu. Orang berilmu mempunyai kedudukan tinggi dalam Islam kerana mengenali Wujud yang tertinggi, iaitu Wujud yang hakiki dan pengenalan itu menimbulkan sifat takut dan gerun kepada-Nya (Fatir: 28). Dengan itu al-Quran menggelarkan mereka ‘ulama’.

Sayyidina Ali RA. menyatakan mengenal Allah adalah permulaan agama kerana tidak mungkin seorang hamba benar-benar mengerjakan ketaatan kepada-Nya tanpa mengenali Zat, Sifat dan Perbuatannya.


Mengenal Allah adalah maksud sebenar al-Quran, manakala syariat dan ibadah adalah jalan kepada-Nya. Pastilah nyata keutamaan maksud dan jalan yang menyampaikan kepada maksud.


Takut kepada Allah adalah tanda mengenali-Nya, maka wajiblah kita fahami bahawa mereka yang tidak takut kepada-Nya adalah mereka yang tidak mengenali-Nya. Mereka bukanlah ulama menurut takrifan al-Quran walaupun seluruh manusia menggelarkan mereka ulama. Mereka adalah ulama palsu.


Ciri-ciri ulama palsu


Antara tanda seseorang itu tidak kenal Allah adalah dia berani bercakap sembarangan tentang-Nya, persis percakapan kaum yang kafir yang mengikut hawa nafsu, sedangkan kita ditegah daripada menuruti hawa nafsu mereka setelah datang kepada kita ilmu, yakni petunjuk al-Quran (al-Baqarah: 120).


Ulama palsu tidak takut kepada Allah kerana mereka lebih bimbangkan kedudukan dan kemasyhuran mereka di sisi manusia. Bagi memastikan kedudukan dan kepentingan diri dan puak yang mereka sokong, mereka sanggup menyembunyikan kebenaran dan membiarkan kebatilan.

 Contoh kebatilan itu ialah yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini bahawa menurut seorang tokoh agama dari Timur Tengah, kalimah Allah adalah milik semua manusia. Sekiranya benarlah itu yang dikatakannya, maka ia adalah kebatilan nyata.

Bagaimanakah mungkin dari segi adab untuk kita mengatakan bahawa Nama Allah milik semua manusia sedangkan Allah telah menegaskan dalam al-Quran bahawa Nama-nama Yang Indah itu adalah milik-Nya (al-Hashr: 24), iaitu Nama-nama yang Dia berikan sendiri bagi merujuk kepada Zat-Nya.


Oleh itu, sesiapa pun selain daripada-Nya tidak layak untuk menggunakannya. Tiada orang yang akan memakai nama Allah, al-Rahman, al-Rahim dan al-Jabbar melainkan dia benar-benar jahil lagi sesat dan tiada kerajaan Islam akan membenarkan perbuatan seumpama itu dilakukan tanpa pembanterasan.


Yang dibenarkan adalah apabila ditambah di hadapannya perkataan ‘Abd’ yang bererti ‘hamba.’ Maka kita temui nama-nama seperti Abdullah, Abdul Rahman, Abdul Rahim dan Abdul Jabbar.


Sekiranya nama itu milik semua manusia, sememangnya tiada masalah untuk sesiapa pun menggunakannya kerana pemilik sesuatu memang berhak memperlakukan apa saja dengan apa yang dia miliki.


Sejarah al-Hallaj


Sejarah menunjukkan bahawa al-Hallaj telah dihukum mati dengan sebab kata-katanya: “Akulah al-Haqq!” Alasannya amat jelas: nama ‘al-Haqq’ itu milik Allah semata-mata, dan ia tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya bagi merujuk kepada yang selain daripada-Nya. Nasib Hallaj pastilah berbeza sekiranya dia mengatakan: “Ana Abd al-Haqq” (akulah hamba al-Haqq) kerana itu adalah kenyataan yang benar.


Hanya mereka yang tidak kenal Allah dan tidak takut kepada-Nya akan mengeluarkan kenyataan sedemikian. Kenyataan itu ternyata selari dengan pandangan kaum yang disebut dalam al-Quran sebagai pengikut hawa nafsu.


Kenyataan seperti itulah yang dinanti-nantikan oleh puak Katholik yang berkeras bahawa kalimah ‘Allah’ adalah milik semua. Mereka mendakwa ‘berhak’ menggunakan nama itu bagi merujuk kepada sebarang tuhan yang disebut dalam kitab mereka sama ada yang dirujuk sebagai ‘God’ (Allah), ‘god’ (allah), mahupun ‘gods’ (allah-allah).


Ternyata mereka berjaya mengelirukan sebahagian orang Melayu dengan memakai hujah kebebasan beragama. Hakikatnya, ini bukanlah soal hak kebebasan beragama, sebaliknya soal pemalsuan kalimah dan penyelewengan makna.


Malang sekali, terlalu ramai dalam kalangan Muslimin terpedaya kerana bertuankan ulama palsu yang melihat kepentingan politik mengatasi kepentingan agama dan bangsa.


Penulis adalah Fello Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia


-BH.


 

..

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:177) .

LONDEH

LONDEH

BLOG-BLOG PISANG PANAS

ADA LAGI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

ada di LONDEH2U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
GAMBAR-GAMBAR pelik yang seakan di londehkan oleh si tukang gambar dan yang pelik-pelik secara semula jadi. x LIVE webcam dimana jua
  • LIVE webcam online (3)
  • LAYAN - Live Image (Webcamera)
  • LAYAN.. live on.. African wilderness! LIVE Safari
  • http://www.justin.tv/wildearthtv/popout
  • Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash