AIDCNews – 5/3/14 – Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah
memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama
Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan
sepertimana kes Lina Joy ?
Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan
gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah
dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia,
Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian
alam.’
“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu
ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan
dengar daripada orang yang kononnya alim.
“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan
kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah
Allah ini.
“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh
seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan
kita, manusia,” kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.
Siti
Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah
anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang bernaung di
bawah ‘Seksualiti Merdeka’, salah satu Comango (Gabungan NGO Malaysia di
dalam Proses UPR).
Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT
(bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah
memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya
mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.
Portal Malaysiakini,
menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga
Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat
Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh
peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.
Anggota Comango
Selain Honey Tan, bertanda bulat, duduk di barisan hadapan (lihat
gambar di atas) sekurang-kurang tiga lagi aktivis LGBT (bertanda bulat)
yang berada dalam Comango.
Laman LGBT, bay area reporter menamakan Siti Kassim adalah salah seorang pengasas bersama Seksualiti Merdeka.
Memahami lanjut perkaitan, Comango, LGBT, Kristian dan Anwar sila baca, “Membuka Tabir COMANGO“, “Laporan Khas : Dokongan Pakatan Faktor Kebangkitan COMANGO,” dan “Kumpulan Pro – Gay Bangkit Selepas Anwar Dibebaskan.”
Pada tahun 2012, Siti Kassim menggemparkan orang ramai apabila
bangkit bertanyakan soalan tentang kebebasan agama kepada Naib Presiden
PKR, Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya.
Sebelum itu, Nurul Izzah turut ditanya soalan tentang hak-hak LGBT.
Soalan Siti Kasim :
Saya amat gembira mendengar YB Nurul bercakap mengenai kebebasan
beragama. Apakah beliau sebenarnya bermaksud ia juga terpakai kepada
orang Melayu dalam konteks kebebasan beragama? Itu nombor satu.
Nombor dua, saya rasa ia tanggapan yang salah (falasi) untuk
mempercayai bahawa Mesir kini dalam keadaan lebih baik berbanding
sebelumnya…semua orang tahu keadaan di sana semakin teruk.
Saya mempunyai seorang kawan di Mesir, dan dia memang tidak berapa
suka apa yang sedang berlaku di sana, jadi saya percaya YB sedang cuba
mempromosikan idea pewujudan negara Islam…yang sebenarnya tidak betul.
Tapi, lebih penting lagi soalan saya ialah mengenai apabila anda
bercakap tentang kebebasan beragama, apakah anda sebenarnya bermaksud ia
juga terpakai untuk orang Melayu? Terima kasih.
Jawapan Nurul Izzah :
Okay, jadi soalan pertama. Berhubung hak-hak seksual LGBT, Tariq
Ramadan pernah menjawabnya apabila pihak IRF menganjurkan programnya
kira-kira… jika tak silap saya tiga bulan lalu…dan saya rasa tentunya
anda bukan sekadar bercakap tentang Islam.
Terdapat batasan dan anda pun tahu ia dilaksanakan dalam agama
Kristian berhubung kumpulan…maksud saya, LGBT…tetapi, satu yang penting
ialah kita tidak boleh memangsakan sesiapa.
Juga kita tidak boleh melaksanakan …dan anda tahu…memastikan
undang-undang negara tidak mencerobohi soal-soal peribadi…tidak
melanggar hak awam.
Saya rasa itulah prinsip dasar utama. Tetapi jika anda bertanyakan
saya sama ada sebagai seorang Islam saya boleh menerima..saya rasa
boleh…anda atau sesiapa selain yang memegang kepada orientasi seksual
tertentu.
Ya, secara peribadi kita tidak boleh menguatkuasakan
peraturan-peraturan tertentu, dan lain-lain. Tetapi sebagai seorang
Islam, saya juga tidak boleh menerimanya, dan itu adalah peraturan agama
saya termasuk kawan-kawan yang beragama Katolik, dan-lain-lain.
Saya rasa di sini apa yang ingin dipastikan supaya mereka tidak
dimangsakan…amalan sekarang, sama ada bagaimana, melalui Borders (kedai
buku)…seolah-olah…macam nana JAWI atau JAKIM pada waktu itu mengunjungi
Borders…beberapa buah buku…jadi cara ia dilakukan tidak menghormati dan
tidak memberikan apa-apa makna untuk kesucian Islam…atau mana-mana agama
pun.
Kita perlu sentiasa menggunakan hikmah…oleh itu di sini saya akan
mengatakan bahawa kita mempunyai batasan, tetapi tentunya ia tidak boleh
mencerobohi wilayah awam.
Soalan kedua berhubung dengan apa yang anda rasa saya mempromosikan,
saya akan membetulkan tanggapan. Ya, Mesir sedang melalui proses
mencabar. Ia belum lagi nampak penghujungnya…masih banyak cabaran yang
perlu mereka hadapi.
Saya bukan bermaksud mereka telah mencapai tahap sebuah negara Utopia
yang ideal atau cara untuk diperintah, tetapi saya sentiasa menganggap
pencapaian pihak Ikhwan Muslimin, terutamanya, daripada dilihat sekadar
sebagai satu pergerakan Islam yang dogmatik untuk mengajukan sebuah
entiti politik bagi memenuhi keperluan masa serta hubungan, dan
kerjasama dengan puak Kristian Coptic, sesuatu yang kita perlu halusi
dan nilai.
Jadi, jika anda berkata keadaan tidak baik untuk Mesir, jawapannya
tidak. Anda dan kita juga tidak boleh terlalu mudah menghakimi…ia
sebenarnya sebahagian daripada sebuah masyarakat atau negara yang kita
warisi…yang membenarkan kita melihat segala-gala dalam dimensi hitam dan
putih…walhal kadangkala ia tidak semudah itu.
Juga kadangkala apabila keadaan begitu ribut, amatlah penting bagi
mereka mengharungi dan berharap…kerana kita mendoakan yang terbaik. Kita
berharap mereka akan diberikan kebijaksanaan dan akhirnya mampu
mengurus negara sendiri.
Tetapi…
ya…umm…tetapi idea itu saya rasa sudah lama….dan bila anda
bertanyakan pada saya bahawa tiada paksaan dalam agama, Dr (Ahmad)
Farouk (Musa) sendiri pun pernah memetik daripada Quran.
Mana boleh anda atau sesiapa saja bertanya macam mana seseorang boleh
berkata, “Maaf, ini hanya terpakai untuk orang Melayu.” Ia perlu juga
terpakai secara saksama…dilaksanakan dengan saksama.
Dalam Quran tidak terdapat istilah-istilah spesifik bagi orang
Melayu…Ini cara untuk melakukannya…jadi saya terikat, tentunya, kepada
pandangan-pandangan semasa, tetapi saya akan mengatakan itu.
Jadi apa yang anda mahukan tentunya kualiti. Anda mempunyai
kepercayaan yang kuat terhadap agama sendiri…bahawa saya sendiri pun
yang bersekolah di Assunta dengan salib besar di dewan dan sebuah
persatuan nyanyian Katolik yang aktif tidak menghalang saya.
http://www.anwaraidc.com/?p=44594
Ini perempuan yang sokong Kalimah Allah boleh diguna oleh agama lain.
Dan korang tengok la sendiri bagaimana penampilan diri dia. Adakah dia
ni mempunyai ciri-ciri Islam? Kita kena tanya puak-puak PAS ni.
Apa nak jadi dengan melayu liberal macam ni? Hmmmm
"Katanya, kalimah Allah bukan utk orang Islam sahaja, ia untuk semua umat dan makhluk yang dicipta Allah.
Saya tak kisah orang nak kata saya murtad. In the end tuhan yang akan
judge saya. Orang melayu jgn jadi macam lembu dicucuk hidung"
Aktivis yang tak setuju dengan ngo melayu islam yang membantah penggunaan kalimah Allah.
"mereka ekstremis, selalu melakukan provokasi, dan saya tak perlu bagi tahu bentuk provokasi tersebut"
Sejarah telah mengajar kita bahawa golongan seperti Siti Kassim memang
wujud pada sepanjang masa. Pada zaman Nabi s.a.w, terdapat Abdullah bin
Ubai bin Salul dan Dzul Khuwaisirah. Mereka ini seperti orang Islam,
mengaku beragama Islam tetapi akhlak mereka adalah sebaliknya.
Siti Kassim dan unit Melayu dalam COMANGO juga tiada bezanya. Niat
mereka hanya mahu meruntuhkan Islam. Niat mereka hanya mahu
mempersendakan umat Islam.
NGO Islam Dedah ’10 Sifat Dajal’ Yang Ada Pada Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini
mendedahkan sebab mengapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
‘tidak layak’ dipilih sebagai pemimpin pada pilihan raya kecil Kajang,
23 Mac nanti.
Dakwa mereka, sekiranya Anwar memenangi pilihan raya kecil Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti, dan seterusnya diangkat menjadi
Menteri Besar, pergolakan dan pertembungan rakyat akan berlaku.
Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata Ketua
Umum PKR harus ditolak kerana ideologi yang dibawanya ‘menyimpang dari
ajaran Islam’.
“NGO Islam sedar bahayanya Anwar Ibrahim.. dari segi ideologi yang
dia bawa jauh menyimpang dari ajaran Islam. Dari segi pegangan dia
kepada ajaran Islam pun tidak ada tanda-tanda menunjukkan yang dia
hendak mendokong syariat Islam dengan teguh,” kata beliau dalam satu
sidang media di kediaman Hasan Ali pada Isnin.
Katanya apa yang dibimbangkan adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh
Anwar yang didakwanya mempunyai ‘sifat-sifat kedajjalan’, namun beliau
menafikan menuduh Anwar seorang ‘Dajjal’.
“Di sini saya hendak nyatakan 10 sifat-sifat kedajjalan, terpulang
kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk menggunakan akal dan cuba
memikirkan samada sifat-sifat ni ada atau tidak pada mana-mana pihak.
Saya tidak buat dakwaan tetapi saya minta tuan-tuan dan puan-puan
fikir,” katanya.
Berikut merupakan 10 sifat-sifat kedajjalan yang telah disebutkan oleh Aidit, yang dikaitkan dengan Anwar:
1. Orang-orang yang ada sifat dajjal akan sesuaikan hukum Allah
dengan akal dan kepentingan diri. Contohnya fahaman liberalisme dan
rasionalisme.
2. Suka pada tarikan dunia, syahwat songsang dan meringankan yang haram.
3. Suka dan berani mencabar ketuhanan. Contohnya mengganggap Islam sama rata dengan agama lain.
4. Ada kemahiran luar biasa menundukkan orang.
5. Suka memutar belit kebenaran.
6. Boleh membuat perkara hina tetapi masih lagi ada masyarakat yang menganggap dia berpengaruh.
7. Yang haq (benar) dikata batil (tidak benar), dan yang batil dikata haq.
8. Suka wujudkan (keadaan) porak peranda. Contohnya perkara yang
boleh diselesai dengan kata sepakat, sebaliknya dibawa ke jalanan.
9. Ada kaitan rapat dengan golongan Yahudi.
10. Rapat dengan ramalan bersifat kedukunan.
Sementara itu, Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI) Datuk Dr Hasan Ali
berkata beliau akui bahawa Anwar seorang yang mempunyai karisma dan
aura, namun di akhir-akhir usianya ini dia telah berubah.
“Saya kawan Anwar Ibrahim, sama pengajian dengan Anwar Ibrahim.. sama
tahun, sama keluar universiti dengan Anwar Ibrahim… bersama-sama dengan
Anwar Ibrahim. Tetapi di akhir-akhir usianya dia telah mempunyai
sifat-sifat dajjal.. adakah Hasan Ali ingin bersama dajjal, penyokong
dajjal dan sebagainya?
“Kalau Hasan Ali hendak berpisah dengan dajjal.. bukan Hasan Ali
seorang, penyokong kawan-kawan karib Anwar Ibrahim tidak kurang 55 orang
seperti Dr Chandra Muzafar dan Ezam Mohd Nor telah meninggalkan Anwar,”
katanya.
Pilihan raya kecil DUN N25 Kajang akan diadakan setelah Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikhnya pada 23 Mac 2014, manakala hari
penamaan calon ditetapkan 11 Mac.
Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang selepas ADUN
kawasan itu, Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan secara tiba-tiba
pada 27 Januari lepas.
Pakatan Rakyat telah menamakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil
tersebut, manakala Barisan Nasional (BN) menamakan naib preisden MCA
Chew Mei Fun sebagai calon mereka.
Turut bertanding sebagai calon bebas dalam pertandingan tiga penjuru
itu ialah bekas presiden parti KITA yang juga bekas menteri kabinet,
Datuk Zaid Ibrahim – astroawani.com