PAS SABOTAJ...
Bagi rakyat negeri kedah,tiada apa yang lebih mengecewakan apabila mendapat berita yang PAS Kedah sabotaj program selawat.
Telah tersebar diruang media kenyataan kenyataan rasmi dari tok tok
lebai pemimpin Pas yang mahukan rakyat kedah menolak program selawat tu,
konon nya bermotif politik..
Lebih mendukacitakan apabila seorang pengetua yayasan dikatakan telah
menarik balik peruntukan 6 buah bas untuk membawa pengunjung..
baca seterusnya...
http://kedahkekl.blogspot.com/2014/02/panass-lagi-sabotaj-pas-kedah-terhadap.html
Islam adalah agama ilmu. Orang berilmu mempunyai kedudukan tinggi dalam
Islam kerana mengenali Wujud yang tertinggi, iaitu Wujud yang hakiki dan
pengenalan itu menimbulkan sifat takut dan gerun kepada-Nya (Fatir:
28). Dengan itu al-Quran menggelarkan mereka ‘ulama’.
Sayyidina Ali RA. menyatakan mengenal Allah adalah permulaan agama
kerana tidak mungkin seorang hamba benar-benar mengerjakan ketaatan
kepada-Nya tanpa mengenali Zat, Sifat dan Perbuatannya.
Mengenal Allah adalah maksud sebenar al-Quran, manakala syariat dan
ibadah adalah jalan kepada-Nya. Pastilah nyata keutamaan maksud dan
jalan yang menyampaikan kepada maksud.
Takut kepada Allah adalah tanda mengenali-Nya, maka wajiblah kita fahami
bahawa mereka yang tidak takut kepada-Nya adalah mereka yang tidak
mengenali-Nya. Mereka bukanlah ulama menurut takrifan al-Quran walaupun
seluruh manusia menggelarkan mereka ulama. Mereka adalah ulama palsu.
Ciri-ciri ulama palsu
Antara tanda seseorang itu tidak kenal Allah adalah dia berani bercakap
sembarangan tentang-Nya, persis percakapan kaum yang kafir yang mengikut
hawa nafsu, sedangkan kita ditegah daripada menuruti hawa nafsu mereka
setelah datang kepada kita ilmu, yakni petunjuk al-Quran (al-Baqarah:
120).
Ulama palsu tidak takut kepada Allah kerana mereka lebih bimbangkan
kedudukan dan kemasyhuran mereka di sisi manusia. Bagi memastikan
kedudukan dan kepentingan diri dan puak yang mereka sokong, mereka
sanggup menyembunyikan kebenaran dan membiarkan kebatilan.
Contoh kebatilan itu ialah yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini
bahawa menurut seorang tokoh agama dari Timur Tengah, kalimah Allah
adalah milik semua manusia. Sekiranya benarlah itu yang dikatakannya,
maka ia adalah kebatilan nyata.
Bagaimanakah mungkin dari segi adab untuk kita mengatakan bahawa Nama
Allah milik semua manusia sedangkan Allah telah menegaskan dalam
al-Quran bahawa Nama-nama Yang Indah itu adalah milik-Nya (al-Hashr:
24), iaitu Nama-nama yang Dia berikan sendiri bagi merujuk kepada
Zat-Nya.
Oleh itu, sesiapa pun selain daripada-Nya tidak layak untuk
menggunakannya. Tiada orang yang akan memakai nama Allah, al-Rahman,
al-Rahim dan al-Jabbar melainkan dia benar-benar jahil lagi sesat dan
tiada kerajaan Islam akan membenarkan perbuatan seumpama itu dilakukan
tanpa pembanterasan.
Yang dibenarkan adalah apabila ditambah di hadapannya perkataan ‘Abd’
yang bererti ‘hamba.’ Maka kita temui nama-nama seperti Abdullah, Abdul
Rahman, Abdul Rahim dan Abdul Jabbar.
Sekiranya nama itu milik semua manusia, sememangnya tiada masalah untuk
sesiapa pun menggunakannya kerana pemilik sesuatu memang berhak
memperlakukan apa saja dengan apa yang dia miliki.
Sejarah al-Hallaj
Sejarah menunjukkan bahawa al-Hallaj telah dihukum mati dengan sebab
kata-katanya: “Akulah al-Haqq!” Alasannya amat jelas: nama ‘al-Haqq’ itu
milik Allah semata-mata, dan ia tidak boleh digunakan
sewenang-wenangnya bagi merujuk kepada yang selain daripada-Nya. Nasib
Hallaj pastilah berbeza sekiranya dia mengatakan: “Ana Abd al-Haqq”
(akulah hamba al-Haqq) kerana itu adalah kenyataan yang benar.
Hanya mereka yang tidak kenal Allah dan tidak takut kepada-Nya akan
mengeluarkan kenyataan sedemikian. Kenyataan itu ternyata selari dengan
pandangan kaum yang disebut dalam al-Quran sebagai pengikut hawa nafsu.
Kenyataan seperti itulah yang dinanti-nantikan oleh puak Katholik yang
berkeras bahawa kalimah ‘Allah’ adalah milik semua. Mereka mendakwa
‘berhak’ menggunakan nama itu bagi merujuk kepada sebarang tuhan yang
disebut dalam kitab mereka sama ada yang dirujuk sebagai ‘God’ (Allah),
‘god’ (allah), mahupun ‘gods’ (allah-allah).
Ternyata mereka berjaya mengelirukan sebahagian orang Melayu dengan
memakai hujah kebebasan beragama. Hakikatnya, ini bukanlah soal hak
kebebasan beragama, sebaliknya soal pemalsuan kalimah dan penyelewengan
makna.
Malang sekali, terlalu ramai dalam kalangan Muslimin terpedaya kerana
bertuankan ulama palsu yang melihat kepentingan politik mengatasi
kepentingan agama dan bangsa.
Penulis adalah Fello Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia
-BH.