Barang siapa makan barang haram sedang dia lama menjalankan ibadah , maka dia seperti burung merpati yang mengerami telur busuk. Dia telah memayahkan dirinya kerana lamanya diam di tepat padahal tak satupun yang menetas, sebaliknya telur itu keluar menjadi busuk. ___ Ali Al Khawwas

..

5 Makhluk Lagenda Dalam Cerita Rakyat Malaysia Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (A-li'Imraan 3:107) .
SUMBER ARKID DI LONDEH KLIK SINI
TV ALHIJRAH     /    TV1  /   TV2    /     TV3   /     NTV7   /    TV9
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. (Al-Baqarah 2:16) .

PANAS>>Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq

KUASA

SUDAH diberi ingat.... hendak juga.. ikut...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:149)) . .. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah 2:10) . Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(A-li'Imraan 3:177) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?(An-Nisaa' 4:144).

My Blog List

Wednesday, March 5, 2014

ARKID LONDEH ....Benarkah Siti Kassim Sudah Murtad ?

AIDCNews – 5/3/14 – Penafian Siti Kassim bahawa dirinya murtad telah memaksa orang ramai berfikir adakah benar dia sudah memeluk agama Kristian tanpa menukar identiti Melayu di dalam kad pengenalan sepertimana kes Lina Joy ?

Hari ini, ketika Mahkamah Persekutuan sedang mendengar permohonan gereja Katolik mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan, ‘The Herald’ dalam versi bahasa Malaysia, Siti Kassim muncul dengan memakai t-shirt hitam tertulis ‘Allah sekelian alam.’
“Kenapa orang Melayu dan orang Islam jadi macam lembu? Nak tahu ajaran Islam yang sebenar mereka kena rujuk dan baca al-Quran, bukan dengar daripada orang yang kononnya alim.

“Saya datang ke sini atas nama agama Islam…saya tidak setuju dengan kumpulan yang datang membantah penganut Kristian menggunakan kalimah Allah ini.

“Ada orang tuduh saya sudah murtad.. siapa anda hendak menuduh seseorang itu murtad atau tidak. Hanya Allah yang akan menentukan, bukan kita, manusia,” kata Siti Kassim dilaporkan Agendadaily.


Siti Kassim (bertanda bulat) atau nama penuhnya Siti Zabedah Kasim adalah anggota LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang bernaung di bawah ‘Seksualiti Merdeka’, salah satu Comango (Gabungan NGO Malaysia di dalam Proses UPR).

Turut kelihatan bersamanya adalah salah seorang lagi aktivis LGBT (bertanda bulat), salah seorang daripada 5 aktivis LGBT yang pernah memohon semakan kehakiman pada tahun 2012 berkenaan larangan pihaknya mengadakan program tahunan Seksualiti Merdeka di negara ini.

Portal Malaysiakini, menamakan 5 aktivis itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, Siti Zabedah Kasim dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang diwakili oleh peguam Honey Tan Lay Ean yang juga merupakan jurucakap Comango.



Anggota Comango

Selain Honey Tan, bertanda bulat, duduk di barisan hadapan (lihat gambar di atas) sekurang-kurang tiga lagi aktivis LGBT (bertanda bulat) yang berada dalam Comango.



Laman LGBT, bay area reporter menamakan Siti Kassim adalah salah seorang pengasas bersama Seksualiti Merdeka.

Memahami lanjut perkaitan, Comango, LGBT, Kristian dan Anwar sila baca, “Membuka Tabir COMANGO“, “Laporan Khas : Dokongan Pakatan Faktor Kebangkitan COMANGO,” dan “Kumpulan Pro – Gay Bangkit Selepas Anwar Dibebaskan.”

Pada tahun 2012, Siti Kassim menggemparkan orang ramai apabila bangkit bertanyakan soalan tentang kebebasan agama kepada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya.
Sebelum itu, Nurul Izzah turut ditanya soalan tentang hak-hak LGBT.

Soalan Siti Kasim :
Saya amat gembira mendengar YB Nurul bercakap mengenai kebebasan beragama. Apakah beliau sebenarnya bermaksud ia juga terpakai kepada orang Melayu dalam konteks kebebasan beragama? Itu nombor satu.

Nombor dua, saya rasa ia tanggapan yang salah (falasi) untuk mempercayai bahawa Mesir kini dalam keadaan lebih baik berbanding sebelumnya…semua orang tahu keadaan di sana semakin teruk.
Saya mempunyai seorang kawan di Mesir, dan dia memang tidak berapa suka apa yang sedang berlaku di sana, jadi saya percaya YB sedang cuba mempromosikan idea pewujudan negara Islam…yang sebenarnya tidak betul.

Tapi, lebih penting lagi soalan saya ialah mengenai apabila anda bercakap tentang kebebasan beragama, apakah anda sebenarnya bermaksud ia juga terpakai untuk orang Melayu? Terima kasih.

Jawapan Nurul Izzah :
Okay, jadi soalan pertama. Berhubung hak-hak seksual LGBT, Tariq Ramadan pernah menjawabnya apabila pihak IRF menganjurkan programnya kira-kira… jika tak silap saya tiga bulan lalu…dan saya rasa tentunya anda bukan sekadar bercakap tentang Islam.

Terdapat batasan dan anda pun tahu ia dilaksanakan dalam agama Kristian berhubung kumpulan…maksud saya, LGBT…tetapi, satu yang penting ialah kita tidak boleh memangsakan sesiapa.
Juga kita tidak boleh melaksanakan …dan anda tahu…memastikan undang-undang negara tidak mencerobohi soal-soal peribadi…tidak melanggar hak awam.

Saya rasa itulah prinsip dasar utama. Tetapi jika anda bertanyakan saya sama ada sebagai seorang Islam saya boleh menerima..saya rasa boleh…anda atau sesiapa selain yang memegang kepada orientasi seksual tertentu.

Ya, secara peribadi kita tidak boleh menguatkuasakan peraturan-peraturan tertentu, dan lain-lain. Tetapi sebagai seorang Islam, saya juga tidak boleh menerimanya, dan itu adalah peraturan agama saya termasuk kawan-kawan yang beragama Katolik, dan-lain-lain.

Saya rasa di sini apa yang ingin dipastikan supaya mereka tidak dimangsakan…amalan sekarang, sama ada bagaimana, melalui Borders (kedai buku)…seolah-olah…macam nana JAWI atau JAKIM pada waktu itu mengunjungi Borders…beberapa buah buku…jadi cara ia dilakukan tidak menghormati dan tidak memberikan apa-apa makna untuk kesucian Islam…atau mana-mana agama pun.

Kita perlu sentiasa menggunakan hikmah…oleh itu di sini saya akan mengatakan bahawa kita mempunyai batasan, tetapi tentunya ia tidak boleh mencerobohi wilayah awam.

Soalan kedua berhubung dengan apa yang anda rasa saya mempromosikan, saya akan membetulkan tanggapan. Ya, Mesir sedang melalui proses mencabar. Ia belum lagi nampak penghujungnya…masih banyak cabaran yang perlu mereka hadapi.

Saya bukan bermaksud mereka telah mencapai tahap sebuah negara Utopia yang ideal atau cara untuk diperintah, tetapi saya sentiasa menganggap pencapaian pihak Ikhwan Muslimin, terutamanya, daripada dilihat sekadar sebagai satu pergerakan Islam yang dogmatik untuk mengajukan sebuah entiti politik bagi memenuhi keperluan masa serta hubungan, dan kerjasama dengan puak Kristian Coptic, sesuatu yang kita perlu halusi dan nilai.

Jadi, jika anda berkata keadaan tidak baik untuk Mesir, jawapannya tidak. Anda dan kita juga tidak boleh terlalu mudah menghakimi…ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah masyarakat atau negara yang kita warisi…yang membenarkan kita melihat segala-gala dalam dimensi hitam dan putih…walhal kadangkala ia tidak semudah itu.

Juga kadangkala apabila keadaan begitu ribut, amatlah penting bagi mereka mengharungi dan berharap…kerana kita mendoakan yang terbaik. Kita berharap mereka akan diberikan kebijaksanaan dan akhirnya mampu mengurus negara sendiri.

Tetapi…
ya…umm…tetapi idea itu saya rasa sudah lama….dan bila anda bertanyakan pada saya bahawa tiada paksaan dalam agama, Dr (Ahmad) Farouk (Musa) sendiri pun pernah memetik daripada Quran.
Mana boleh anda atau sesiapa saja bertanya macam mana seseorang boleh berkata, “Maaf, ini hanya terpakai untuk orang Melayu.” Ia perlu juga terpakai secara saksama…dilaksanakan dengan saksama.

Dalam Quran tidak terdapat istilah-istilah spesifik bagi orang Melayu…Ini cara untuk melakukannya…jadi saya terikat, tentunya, kepada pandangan-pandangan semasa, tetapi saya akan mengatakan itu.

Jadi apa yang anda mahukan tentunya kualiti. Anda mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap agama sendiri…bahawa saya sendiri pun yang bersekolah di Assunta dengan salib besar di dewan dan sebuah persatuan nyanyian Katolik yang aktif tidak menghalang saya.

http://www.anwaraidc.com/?p=44594




Ini perempuan yang sokong Kalimah Allah boleh diguna oleh agama lain. Dan korang tengok la sendiri bagaimana penampilan diri dia. Adakah dia ni mempunyai ciri-ciri Islam? Kita kena tanya puak-puak PAS ni.

Apa nak jadi dengan melayu liberal macam ni? Hmmmm
"Katanya, kalimah Allah bukan utk orang Islam sahaja, ia untuk semua umat dan makhluk yang dicipta Allah.

Saya tak kisah orang nak kata saya murtad. In the end tuhan yang akan judge saya. Orang melayu jgn jadi macam lembu dicucuk hidung"

Aktivis yang tak setuju dengan ngo melayu islam yang membantah penggunaan kalimah Allah. 

"mereka ekstremis, selalu melakukan provokasi, dan saya tak perlu bagi tahu bentuk provokasi tersebut"

Sejarah telah mengajar kita bahawa golongan seperti Siti Kassim memang wujud pada sepanjang masa. Pada zaman Nabi s.a.w, terdapat Abdullah bin Ubai bin Salul dan Dzul Khuwaisirah. Mereka ini seperti orang Islam, mengaku beragama Islam tetapi akhlak mereka adalah sebaliknya.

Siti Kassim dan unit Melayu dalam COMANGO juga tiada bezanya. Niat mereka hanya mahu meruntuhkan Islam. Niat mereka hanya mahu mempersendakan umat Islam.


 

 

NGO Islam Dedah ’10 Sifat Dajal’ Yang Ada Pada Anwar Ibrahim


KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini mendedahkan sebab mengapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘tidak layak’ dipilih sebagai pemimpin pada pilihan raya kecil Kajang, 23 Mac nanti.

Dakwa mereka, sekiranya Anwar memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang nanti, dan seterusnya diangkat menjadi Menteri Besar, pergolakan dan pertembungan rakyat akan berlaku.
Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata Ketua Umum PKR harus ditolak kerana ideologi yang dibawanya ‘menyimpang dari ajaran Islam’.

“NGO Islam sedar bahayanya Anwar Ibrahim.. dari segi ideologi yang dia bawa jauh menyimpang dari ajaran Islam. Dari segi pegangan dia kepada ajaran Islam pun tidak ada tanda-tanda menunjukkan yang dia hendak mendokong syariat Islam dengan teguh,” kata beliau dalam satu sidang media di kediaman Hasan Ali pada Isnin.
Katanya apa yang dibimbangkan adalah sifat-sifat yang dimiliki oleh Anwar yang didakwanya mempunyai ‘sifat-sifat kedajjalan’, namun beliau menafikan menuduh Anwar seorang ‘Dajjal’.
“Di sini saya hendak nyatakan 10 sifat-sifat kedajjalan, terpulang kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk menggunakan akal dan cuba memikirkan samada sifat-sifat ni ada atau tidak pada mana-mana pihak. Saya tidak buat dakwaan tetapi saya minta tuan-tuan dan puan-puan fikir,” katanya.
Berikut merupakan 10 sifat-sifat kedajjalan yang telah disebutkan oleh Aidit, yang dikaitkan dengan Anwar:

1. Orang-orang yang ada sifat dajjal akan sesuaikan hukum Allah dengan akal dan kepentingan diri. Contohnya fahaman liberalisme dan rasionalisme.
2. Suka pada tarikan dunia, syahwat songsang dan meringankan yang haram.
3. Suka dan berani mencabar ketuhanan. Contohnya mengganggap Islam sama rata dengan agama lain.
4. Ada kemahiran luar biasa menundukkan orang.
5. Suka memutar belit kebenaran.
6. Boleh membuat perkara hina tetapi masih lagi ada masyarakat yang menganggap dia berpengaruh.
7. Yang haq (benar) dikata batil (tidak benar), dan yang batil dikata haq.
8. Suka wujudkan (keadaan) porak peranda. Contohnya perkara yang boleh diselesai dengan kata sepakat, sebaliknya dibawa ke jalanan.
9. Ada kaitan rapat dengan golongan Yahudi.
10. Rapat dengan ramalan bersifat kedukunan.

Sementara itu, Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI) Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akui bahawa Anwar seorang yang mempunyai karisma dan aura, namun di akhir-akhir usianya ini dia telah berubah.
“Saya kawan Anwar Ibrahim, sama pengajian dengan Anwar Ibrahim.. sama tahun, sama keluar universiti dengan Anwar Ibrahim… bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Tetapi di akhir-akhir usianya dia telah mempunyai sifat-sifat dajjal.. adakah Hasan Ali ingin bersama dajjal, penyokong dajjal dan sebagainya?
“Kalau Hasan Ali hendak berpisah dengan dajjal.. bukan Hasan Ali seorang, penyokong kawan-kawan karib Anwar Ibrahim tidak kurang 55 orang seperti Dr Chandra Muzafar dan Ezam Mohd Nor telah meninggalkan Anwar,” katanya.
Pilihan raya kecil DUN N25 Kajang akan diadakan setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikhnya pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon ditetapkan 11 Mac.
Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi DUN Kajang selepas ADUN kawasan itu, Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan secara tiba-tiba pada 27 Januari lepas.
Pakatan Rakyat telah menamakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut, manakala Barisan Nasional (BN) menamakan naib preisden MCA Chew Mei Fun sebagai calon mereka.
Turut bertanding sebagai calon bebas dalam pertandingan tiga penjuru itu ialah bekas presiden parti KITA yang juga bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim – astroawani.com


..

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:177) .

LONDEH

LONDEH

BLOG-BLOG PISANG PANAS

ADA LAGI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

ada di LONDEH2U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
GAMBAR-GAMBAR pelik yang seakan di londehkan oleh si tukang gambar dan yang pelik-pelik secara semula jadi. x LIVE webcam dimana jua
  • LIVE webcam online (3)
  • LAYAN - Live Image (Webcamera)
  • LAYAN.. live on.. African wilderness! LIVE Safari
  • http://www.justin.tv/wildearthtv/popout
  • Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash