ISU KOD 'E' DALAM RAMUAN MAKANAN DAN MINUMAN
Ramai yg bertnya..Mengapa produk makanan yg ada kod E spt e471 dan e476 tetapi mempunyai logo halal?
Penjelasan :
Bahan campuran makanan yang dikatakan dari lemak babi ber kod ‘E’,
pernah menjadi isu pada tahun 2007 yang lalu dan masih tersebar hingga
ke hari ini..
Ianya bermula dari tersebarnya email yang kononnya dari Dr. M. Anjad
Khan iaitu rakan kepada Syeikh Sahib, seorang pegawai di Badan
Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis yang membuat
kajian ke atas bahan campuran makanan ber kod ‘E’ itu.
Senarai E-codes yang kononnya mengandungi lemak babi didapati tidak
benar. Pelbagai pihak, pertubuhan dan NGO cuba mencari penulisnya yang
kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical Research Institute
(persoalannya: yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan ternyata
beliau TIDAK WUJUD.
Dingatkan bahawa artikel yang kononnya ditulis oleh beliau adalah
PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak tertentu sahaja.
CUBA ANDA GOOGLE SEARCH : Dr. M. Amjad Khan Medical Research Institute United State - UNTUK LEBIH JELAS :)
Definasi E -Code ialah :
E numbers
are codes for food additives that have been assessed for use within the
European Union (the "E" prefix stands for "Europe").[1] They are
commonly found on food labels throughout the European Union.[2] Safety
assessment and approval are the responsibility of the European Food
Safety Authority.
- sumber :
http://en.wikipedia.org/wiki/E_number
Kembali kepada isu yang dibangkitkan oleh Dr. M. Amjad Khan:
Dibawah ini terdapat senarai ‘E-Codes‘ yang 'dikatakan' mempunyai campuran lemak babi.
E100, E110, E120, E140, E141, E153, E160, E161, E210, E213, E214,
E216, E234, E252, E270, E280, E300, E301, E325, E326, E327, E334, E335,
E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E441,
E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483,
E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904, E920
Kod-kod E seperti yang disenaraikan, merupakan kod-kod yang digunakan
di Europe. Ia terdiri daripada emulsifier, bahan pengawet, pewarna dan
lain-lain. Ia boleh dibahagikan kepada dua. Satu kumpulan diketegorikan
sebagai tidak kritikal dan sebahagian dikelompokkan sebagai kritikal.
bahan-bahan yang tidak kritikal merupakan dari sumber chemical dan
tumbuh-tumbuhan. contonya adalah seperti berikut:
Bahan pewarna E100: merupakan dari sumber tumbuhan.
E110: dari sumber chemical
E120: dari summer serangga
E140: dari sumber tumbuhan
E141: dari sumber tumbuhan Bahan pengawet
E210: benzoic acid dari sumber tumbuhan dan chemical.
E213: calcium benzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E214: Ethyl 4-hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E216: Propyl 4- hydroxybenzoate; dari sumber tumbuhan dan chemical.
E234: Nisin; dari sumber microbe.
E280: Propionic Acid dari sumber chemical.
Kumpulan yang kedua merupakan bahan-bahan yang kritikal. ia
berkemungkinan dari sumber yang tidak halal. ia perlu dikaji sumber
asalnya. contohnya adalah seperti berikut:
E153: carbon black(Bahan pewarna).. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan
E422: Lecithin. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E432: polysorbate 20. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E433: polysorbate 80. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E434: polysorbate 40. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E435: polysorbate 60. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E436: polysorbate 65. Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E470: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E471: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E472: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E473: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E474: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E475: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
E476: Ia berkemungkinan dari sumber haiwan.
Bagi produk-produk yang mendapat pengesahan Halal Malaysia
dan badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf, bahan-bahan kritikal
dari aspek halal tersebut akan dipastikan mempunyai sijil halal dan
spesifikasi yang menunjukkan sumber hasil bahan tersebut terlebih dahulu
atau dihantar untuk ujian makmal di Jabatan Kimia Malaysia sebelum
disahkan halal.
Jelasnya, tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan
lemak haiwan/babi tetapi tumbuhan juga ada. Sebagai orang Islam, tidak
tidak boleh mengambil apa-apa maklumat bulat-bulat begitu saja tanpa
ditentukan kesahihannya. Kita tidak mahu umat Islam dianggap “bodoh” dan
mudah “dipermainkan” dengan isu sebegini.
Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada
curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom
kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF,
Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 =
Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak
ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi.
Kesimpulannya, umat Islam perlulah berilmu agar kita tak mudah diperdaya
dan “dipermainkan” oleh pihak-pihak berkepentingan.
Bahan ramuan yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah
dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem
makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang
larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka
lemak).
Kedua-dua bahan/ramuan ini tidak boleh terlarut campur; seperti yang
kita tahu minyak dan air tak bercampur. Agar kedua-duanya boleh
bercampur, maka pengemulsi ditambahkan. Ingat semasa membuat kek, kita
mencampurkan kuning telur ke dalam adunan tepung/marjerin.
Kenapa? Kuning telur mengandungi pengemulsi semulajadi dipanggil
lecithin. Dalam industri makanan, ahli sains telah mensintesis (membuat)
pengemulsi sintetik dengan menggabungkan bahan hidrofilik (gula,
gliserol) dengan lipofilik (lemak, minyak, asid lemak). Maka terhasillah
produk seperti monoasilgliserol (monoacylglycerols, MAG),
diasilgliserol (diacylglycerol, DAG) dan terbitan keduanya; ester
gula-asid lemak dan ester poligliserol-asid lemak. gliserol dan asid
lemak diperolehi daripada pemecahan (hidrolisis) lemak dan minyak.
Lemak dan minyak pula boleh bersumberkan sumber haiwan (lemak babi –
lard, lemak lembu – beef tallow, minyak ikan) dan tumbuhan (minyak
sayuran seperti sawit, soya, jagung, bunga matahari, kelapa, koko dsb).
Kerisauan tentang halal/haram timbul sekiranya lemak haiwan digunakan.
Walau bagaimanapun, pilihan sama ada menggunakan minyak/lemak daripada
sumber haiwan atau tumbuhan adalah berdasarkan kepada pertimbangan
ekonomi dan kebolehdapatan sesuatu sumber tersebut di kawasan tertentu.
Di Malaysia, sudah tentulah sumber lemak/minyak itu daripada sawit,
ditempat lain mungkin minyak zaitun, soya, lemak lembu atau lemak babi.
Kita janganlah cepat panik apabila dikemukakan berita sedemikian.
Umum tahu bahawa haiwan ternakan/buruan digunakan untuk makanan (daging,
susu). Tetapi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi, bahan
buangan seperti lemak serta kolagen (collagen) daripada kulit dan tulang
telah digunakan sebagai bahan mula untuk menghasilkan bahan berfungsi
seperti pengemulsi (emulsifiers) daripada lemak dan pemekat/penstabil
daripada kolagen. Hormon dan enzim dari kelenjar endokrina dan
penghadzaman juga boleh digunakan untuk tujuan perubatan dan teknologi
makanan.
Manfaat ini TIDAK TERHAD kepada babi sahaja, haiwan ternakan lain
seperti lembu, kambing, ayam-itik (poultry) dan ikan juga boleh
digunakan. Di Malaysia sudah semestinyalah lemak itu diperolehi daripada
minyak sawit. Perlu diingat bahawa bahan buangan (lemak, kolagen) tidak
digunakan dalam bentuk asalnya tetapi perlu melalui proses
pengubahsuaian (modification). Dalam kes ini kolagen dihurai/hidrolisis
separa untuk menjadi gelatin; manakala lemak dipecahkan menjadi asid
lemak (fatty acids) dan gliserol (glycerol).
Sekali lagi dijelaskan : Senarai E-codes yang kononnya mengandungi
lemak babi didapati tidak benar. Pelbagai pihak pertubuhan dan NGO cuba
mencari penulisnya yang kononnya Dr. M Amjad Khan daripada Medical
Research Institute (yang mana satu? sbb ada banyak MRI di USA), dan
ternyata beliau TIDAK WUJUD. Dingatkan bahawa artikel yang kononnya
ditulis oleh beliau adalah PALSU, lebih merupakan satu propaganda pihak
tertentu untuk menakut dan memperbodohkan orang Islam.
Untuk menentukan sumber apa asalnya bagi produk yang dilabelkan
ramuan dengan kod E, kita perlu menyemak dan mendapatkan
kepastian/deklarasi daripada pengeluar/pengilang.
Yang paling penting Pastikan Ada Logo Halal Malaysia... Semak Direktori halal atau minta sijil halal dari pengeluar/pengedar.
Waallahu'alam
Boleh juga rujuk di :
http://www.hdcglobal.com/publisher/e_numbers_introduction