Melalui gambar yang tersebar 30 Mei lalu, 10 pelancong asing termasuk empat wanita disahkan melakukan perbuatan tidak senonoh dengan berbogel di South Peak, Gunung Kinabalu, Sabah.
Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Jamili Nais berkata, malim gunung yang mengiringi perjalanan pelancong-pelancong berkenaan telah membuat laporan dan menulis surat kepada pihaknya tentang kejadian itu, lapor akhbar Berita Harian.
Menurut beliau, pada hari tersebut, beberapa malim gunung telah mengikut sekumpulan pendaki dari Eropah mendaki Gunung Kinabalu.
Setelah tiba di tempat kejadian, 10 individu daripada mereka bertindak berbogel.
“Menurut malim gunung yang mengiringi kumpulan itu, beliau telah menegur dan melarang pendaki asing terbabit melakukan perbuatan berkenaan. Bagaimanapun pendaki terbabit mengeluarkan kata-kata kesat kepada beliau,” ujarnya lanjut.
Sementara itu, dalam laporan Harian Metro, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS), Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood menyifatkan tindakan kesemua mereka sebagai biadab kerana tidak menghormati penduduk kawasan tersebut.
“Sikap pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung itu tempat suci mereka.”
Ujar Tengku Zainal, setiap pendaki sudah diberikan taklimat tentang peraturan semasa berada di kawasan tersebut, lantas tindakan mereka sememangnya tidak boleh diterima.
(Foto) Trend baru, bergambar separuh bogel di tempat tumpuan pelancong
Bergambar separuh bogel di tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan
pelancong ini dipelopori oleh Ingvild, Lydia dan Olivia. Ia dikenali
sebagai The Topless Tour di mana mereka akan bergambar dengan tidak
memakai baju dan bra. Namun, gambar hanya diambil dari arah belakang
sahaja.
The Topless Tour telah mempunyai 4,000 followers di Instagram.
The Topless Tour telah mempunyai 4,000 followers di Instagram.
Ingvild, Lydia and Olivia
Ingvild, Lydia and Olivia di Norway sebahagian dari tour mereka
Ingvild dan Olivia berfoto seusai main ski di Norway
Ingvild, Lydia and Olivia pose topless di Teufelsberg, Berlin, Germany
Olivia dan di Lake District, UK
Pernille, Ingvild dan Ingvild pose topless di Primrose Hill, London
Ingvild, Lydia dan Olivia posing di Grimsdalen, Norway
Olivia, Lydia dan Ingvild di Norway. Setakat ini mereka telah pose
separuh bogel di Oslo, New York, Manchester, Berlin dan London
Trend The Topless Tour telah diikuti ramai orang, termasuk pelajar
lelaki dan perempuan dari Tinity Laban Conservatoire of Music &
Dance, yang berfoto di depan Royal Naval College, London.
Empat gadis berfoto ala Topless Tour sambil menunggangi kuda
Ekspresi orang ramai saat melihat dua gadis berpose separuh bogel di sebuah jambatan di New York.
Foto: dailymail.co.uk
http://realitiabadi.blogspot.com/2014/05/foto-trend-baru-bergambar-separuh-bogel.html