Barang siapa makan barang haram sedang dia lama menjalankan ibadah , maka dia seperti burung merpati yang mengerami telur busuk. Dia telah memayahkan dirinya kerana lamanya diam di tepat padahal tak satupun yang menetas, sebaliknya telur itu keluar menjadi busuk. ___ Ali Al Khawwas

..

5 Makhluk Lagenda Dalam Cerita Rakyat Malaysia Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (A-li'Imraan 3:107) .
SUMBER ARKID DI LONDEH KLIK SINI
TV ALHIJRAH     /    TV1  /   TV2    /     TV3   /     NTV7   /    TV9
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. (Al-Baqarah 2:16) .

PANAS>>Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq

KUASA

SUDAH diberi ingat.... hendak juga.. ikut...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:149)) . .. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah 2:10) . Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(A-li'Imraan 3:177) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?(An-Nisaa' 4:144).

My Blog List

Sunday, December 10, 2017

Kebakaran Hutan Hanguskan Ratusan Rumah di California

PRESIDEN ERDOGAN TELEFON PM NAJIB ISU BAITULMUQADDIS,

 Persidangan Agung UMNO 2017 telah melabuhkan tirainya. Namun, apakah yang anda pelajari?

1945 - UMNO ditubuhkan, Dato’ Onn Jaafar diangkat Presiden UMNO yang pertama selepas berjaya dipujuk untuk meninggalkan peranannya di peringkat negeri Johor untuk memainkan peranannya di peringkat negara.

1946 - Cadangan Kerajaan British selepas perang untuk mengUnionkan pemerintahan Tanah Melayu di bawah satu pusat kuasa. Kuasa Raja-Raja Melayu akan terhapus kerana sistem Union menghapuskan kuasa negeri-negeri, semuanya disentralisasikan di bawah kuasa Pesuuruhjaya British atau Gabenor Malayan Union.

1948 - Malayan Union dimansuhkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) hasil kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman. Tunku menjadi Ketua Menteri PTM dan diberi kuasa oleh Penjajah British untuk memilih Ahli-Ahli Kabinet (Exco). Tun Mahathir masih bersekolah di Kolej Perubatan, Singapura.

1951- Tunku Abdul Rahman berekonsiliasi dengan Tun Razak di London meminta Tun Razak mengetuai UMNO, tetapi Tun Razak menolak sebaliknya mencadangkan semula supaya Tunku sahaja menjadi Presiden UMNO. Kedua-duanya lulusan Undang-Undang.

1952 - Dalam Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur, UMNO pertama kali bekerjasama dengan MCA dan mereka menang besar.

Tunku berlepas ke London untuk membincangkan Pilihanraya Umum pertama disegerakan tetapi Pegawai British di London tidak mahu bertemu Tunku. Tunku seorang yang bijak, dengan bantuan seorang pegawai British yang pernah bertugas di Tanah Melayu, akhirnya Tunku dapat juga bertemu dengan Pegawai British yang sombong itu.

1955 - Akhirnya Tunku berjaya mendesak Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu untuk mengadakan Pilihanraya. Dalam Pilihanraya Umum pertama, UMNO bergabung dengan MCA dan MIC membentuk Perikatan. UMNO menang besar dengan 51 kerusi manakala PAS berjaya menang 1 kerusi. Pada masa itu, orang-orang Cina dan India belum lagi ramai dalam kawasan-kawasan pilihanraya, maka Tunku telah meminta supaya orang-orang Melayu menyokong calon-calon MCA dan MIC yang berada di dalam Perikatan. Selepas 60 tahun, saya melihat MCA dan MIC masih bergantung kepada undi ahli-ahli UMNO dan penyokong Kerajaan untuk menang.

1956 - Kereta Tunku rosak di tengah jalan di Melaka di malam hari ketika dalam perjalanan ke Singapura.

1957 -  Orang-orang Melayu mengumpul wang, menggadai emas mengumpul dana untuk membantu Tunku dan rombongan merdeka ke London. Tunku tidur di hotel murah di London. Menaiki teksi di London.Akhirnya Tanah Melayu Merdeka.

1960 - Darurat ditamatkan. Parti Komunis Malaya (PKM) semakin mengecilkan operasi mereka ke dalam hutan belantara dan sempadan Thai. Chin Peng melarikan diri ke China dan hidup bahagia di sana sebelum berhijrah semula ke Selatan Thailand. Pada tahun ini, Tun Mahathir dan isteri melawat Jepun.

1963 - Persekutuan Malaysia dibentuk melalui penggabungan Borneo Utara, Sarawak dan Singapura. Indonesia yang dikuasai elemen Partai Komunis Indonesia (PKI) menentang penubuhan Malaysia dengan gelaran Neo-Kolonial.

1969 - Tun Mahathir kalah dalam Pilihanraya. Tun Mahathir menyalahkan pengundi Cina dan MCA atas kekalahan beliau dan bersumpah tidak akan bekerjasama dengan mereka lagi.

1965 - Tun Razak membaca usul menyingkirkan Singapura daripada Malaysia, Tunku Abdul Rahman membacakan keputusan menyingkirkan kerana tingkah laku sesetengah pemimpin Singapura. DYMM Yang Di-Pertuan Agong member perkenan DiRaja pada hari yang sama. Singapura disingkirkan.

1969 - Tragedi Mei, Tun Mahathir menyalahkan Tunku Abdul Rahman. Tun Mahathir menulis surat panjang lebar mengkritik Tunku Abdul Rahman. Tunku sangat kecewa jasanya 17 tahun dihina sebegitu terok oleh Tun Mahathir. Mantan Panglima ATM, allahyarham Jen (B) Tun Ibrahim Ismail dipanggil oleh Tun Abdul Razak berkaitan penubuhan MAGERAN. Bacaan Ulangan anda di sini.

1970 - Tunku Abdul Rahman menyerahkan kuasa kepada Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri kedua. Tun Abdul Razak memperkenalkan FELDA.

1974- Tun Razak mengambil semula Tun Mahathir selepas lama berada dalam buangan. Tun Razak melantik Tun Mahathir Menteri Pelajaran. DS Anwar Ibrahim menukarkannya kepada Menteri Pendidikan (1991). Manakala Tun Razak berjaya membawa masuk PAS menyertai BN.

1976 - Tun Abdul Razak meninggal dunia. DS Najib bertanding di Parlimen Pekan dan menang besar.

1979 - PAS keluar daripada BN. Pada tahun ini, DS Najib berjaya merapatkan hubungan politik dengan PAS. Dijangka PAS-UMNO akan saling berekonsiliasi dalam PRU14.

1981 - Tun Mahathir megambilalih jawatan Perdana Menteri dan melancarkan slogan ‘Bersih Cekap Amanah’, tetapi pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya PAS tukar kepada ‘Botol Cap Anjing’. Manakala, DS Anwar Ibrahim menyertai UMNO, sebilangan ahli PAS berkata Anwar masuk kandang tahi akan bergelumang dengan tahi juga.

1982 - DS Najib bertanding di DUN Bandar Pekan dan dilantik sebagai Menteri Besar Pahang dalam usia 29 tahun. DS Anwar menang di Parlimen Permatang Pauh.

1987 - Pertandingan Presiden UMNO, Tengku Razaliegh tewas sedikit sahaja, Tun Mahathir kata satu undi menang pun dikira majoriti. DS Najib dan UMNO Pahang membantu kemenangan Tun Mahathir selepas Tun Razak membantu hayat politik Tun Mahathir pada tahun 1974.

1988 - UMNO diharamkan, Tengku Razaliegh mendaftar UMNO Malaysia, Tun Mahathir mendaftar UMNO Baru. Pendaftar meluluskan UMNO Baharu dan Tengku Razaliegh terpaksa menukar nama kepada Semangat 46. Hakim Tun Salleh Abas dipecat.

1990- Bermula UMNO tewas di Kelantan selepas Tengku Razaliegh membantu PAS.

1991 - UMNO masuk ke Sabah selepas MT PBS memutuskan hubungan dengan BN. Ianya bukan keputusan DSP Parin Kitingan.

1993 - Tun Mahathir menghapuskan kuasa dan kekebalan Raja-Raja Melayu.

1994 - UMNO dan BN berjaya memerintah semula Sabah selepas beberapa wakil rakyat PBS lompat parti.

1997 - Krisis Ekonomi Asia.

1998 - DS Anwar disingkirkan daripada UMNO dan Kerajaan atas tuduhan seks luar tabie dan salah guna kuasa. Anwar dimalukan dalam dan luar tanpa belas kasihan hatta dipukul sehingga mata lebam. Tun M dilabel Diktator, Kronisme, Kolusi, Nepotisme, Anjing Kerajaan, Penyamun, Perompak, Mahazalim, MahaFiraun, KukuBesi, Demokrasi Mati oleh PKR dan DAP. Hari ini dunia terbalik ?

1999 - BN mengekalkan kuasa dengan majoriti yang berkurang.

2002 - Tun Mahathir mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden UMNO di PWTC.

2004 - Pak Lah menang besar selepas membawa imej Islamik. Kelantan hanya kurang 2 kerusi untuk BN memerintah Kelantan. DS Anwar dibebaskan dari penjara. Bermula kemarahan Tun Mahathir kepada Pak Lah. Anwar berkelana ke London dan USA sebagai pensyarah unversity.

2006 - DS Anwar mengumumkan kembali dalam politik Malaysia.

2007 - Demonstrasi BERSIH.

2008 - BN menghadapi kekalahan terbesar dalam sejarah tetapi kekal memerintah. Kerajaan Pakatan Perak berkubur antaranya gara-gara tanah 99 tahun dan kemuncaknya 2 wakil rakyat PKR meninggalkan parti mereka. Saya melawat DS Najib di Pekan di sini

2009 - DS Najib menerima kuasa daripada Pak Lah. Gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Pak Lah menjadi Negarawan terbaharu.

2012 - DS Anwar kalah dalam perbicaraan kes sodomi ke atas Saiful Bukhari.

2013 - DS Najib mengekalkan kemenangan BN. Rekonsiliasi dengan DS Anwar Ibrahim yang diusahakan Jusuf Kalla gagal.

2014 - Gerakan sulit menjatuhkan TS Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor melalui Langkah Kajang. DS Wan Azizah menang tetapi gagal menduduki kerusi MB Selangor.

2015 - DS Najib membuat lawatan rasmi ke USA. Kami bertemu di New York. Kemudian disusuli lawatan bersejarah Presiden Obama ke Malaysia.

2016 - BN menang besar dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Kubu Kuat DAP di Sungai Besar kalah terok. Calon BN di Kuala Kangsar menang majoriti mencecah 7,000 manakala calon BN di Sungai Besar menang majoriti mencecah 10,000.

2017 - Pesiden Erdogan Turki, menelefon Perdana Menteri DS Najib berhubung isu Baitulmuqaddis. Erdogan percaya DS Najib boleh menggunakan hubungan baiknya dengan Presiden Trump untuk menyelesaikan isu Baitulmuqaddis tanpa pertumpahan darah.

Semua Presiden Amerika akan menghadapi dua tekanan besar. Pertama daripada penaja dana Pilihanraya, dan kedua daripada kumpulan NGO Jews Amerika yang berpengaruh memainkan peranan utama d belakang tabir semua Presiden Amerika. Senator Paul Findley menyebut, anda baru merancang, anda baru melangkah, anda baru beberapa saat membuat arahan, pelobi Jews di White House akan memainkan peranan mereka.

2018 - Penggal pemerintahan kerajaan demokrasi berakhir pada April, 2018 dan perlembagaan masih memberi peluang 60 hari sebelum pilihanraya baharu diadakan. Rakyat akan melihat semua ini ‘MRT, PAN Borneo tanpa tol, Klinik 1Malaysia, BR1M, KR1M, UTC, PR1MA, PP1AM, 3 Tol dihapuskan dan pelbagai lagi’. Semuanya directly diberikan ke tangan dan di hati rakyat.

Selamat Membaca
Selamat Berhari Minggu.

KLIA

10.12.2017

SUMBER
http://merdeka-online.com/home/tun-razak-bantu-1974-ds-najib-bantu-1987-presiden-erdogan-telefon-pm-najib-isu-baitulmuqaddis/

..

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:177) .

LONDEH

LONDEH

BLOG-BLOG PISANG PANAS

ADA LAGI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

ada di LONDEH2U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
GAMBAR-GAMBAR pelik yang seakan di londehkan oleh si tukang gambar dan yang pelik-pelik secara semula jadi. x LIVE webcam dimana jua
  • LIVE webcam online (3)
  • LAYAN - Live Image (Webcamera)
  • LAYAN.. live on.. African wilderness! LIVE Safari
  • http://www.justin.tv/wildearthtv/popout
  • Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash