Barang siapa makan barang haram sedang dia lama menjalankan ibadah , maka dia seperti burung merpati yang mengerami telur busuk. Dia telah memayahkan dirinya kerana lamanya diam di tepat padahal tak satupun yang menetas, sebaliknya telur itu keluar menjadi busuk. ___ Ali Al Khawwas

..

5 Makhluk Lagenda Dalam Cerita Rakyat Malaysia Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (A-li'Imraan 3:107) .
SUMBER ARKID DI LONDEH KLIK SINI
TV ALHIJRAH     /    TV1  /   TV2    /     TV3   /     NTV7   /    TV9
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. (Al-Baqarah 2:16) .

PANAS>>Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq

KUASA

SUDAH diberi ingat.... hendak juga.. ikut...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:149)) . .. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah 2:10) . Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(A-li'Imraan 3:177) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?(An-Nisaa' 4:144).

My Blog List

Friday, August 30, 2013

Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku .


KERAJAAN GOTONG - ROYONG

Kerajaan Malaysia adalah sebuah kerajaan yang melaksanakan falsafah gotong - royong (collective), tetapi tidak bersifat sosialism atau komunism[1]. Kegotong - royongan yang diamalkan dalam masyarakat rakyat Malaysia berumbi dan berteraskan konsep Islam dan Melayu. Konsep itu ialah ‘hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.’[2]
Kita melihat susunan organisasi kegotong-royongan (collective) negara, iaitu Majlis Raja – Raja, Yang Dipertuan Agong, Jemaah Menteri (cabinet) dan Jabatan Perdana Menteri dengan negeri-negeri di seluruh negara.

Untuk mencapai kefahaman yang lebih jelas, perhatikan rajah ‘Pertalian Penyelarasan Di Peringkat Pentadbiran Persekutuan dengan pentadbiran di peringkat negeri – negeri’[3] seperti dalam raja ini:
Elok dijelaskan di sini, bahawa kuasa pentadbiran berhubung dengan agama Islam di negeri - negeri yang diperintah oleh Sultan, Yang Dipertuan Besar dan raja tidak terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Kuasa itu terletak di bawah kuasa Sultan,Yang Dipertuan Besar dan Raja negeri-negeri. Manakala Wilayah Persekutuan dan negeri- negeri yang tidak bersultan atau raja pemerintah, kuasa pentadbiran agama Islam terletak di bawah Yang Dipertuan Agong.



PERSIDANGAN ALIM ULAMA
Kuasa meletakkan pentadbiran atas hal ehwal agama Islam di bawah kuasa Sultan, Yang Dipetuan Besar dan Raja yang memerintah negeri-negeri adalah keputusan yang telah dicapai dalam ‘Persidangan Alim Ulama’ anjuran Jawatankuasa Tetap Bahagian Agama (Islam) UMNO Malaya, di Kelab Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pada tahun 1951.

Keputusan itu telah diserahkan kepada UMNO dan kemudian dikemukakan kepada kerajaan Inggeris. Kerajaan Inggeris telah menerima keputusan itu dan dikuat – kuasakan. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka telah menerima pakai pentadbiran tersebut hingga pada masa ini.
Jawatankuasa Tetap Bahagian Agama (Islam) UMNO itu dipengerusikan oleh Allah yarham Sheikh Abdullah Fahim.[4] Ahli-ahli jawatankuasa tersebut seperti berikut:

a. Sheikh Abdullah Fahim (pengerusi) – Seberang Perai
b. Sheikh Abdul Jalil Hassan (setiausaha) – Johor
c. Ustaz Salleh Osman – Perlis
d. Tuan Haji Muhammad bin Haji Hitam – Negeri Sembilan
e. Tuan Haji Ahmad Mahir – Kelantan
f. Tuan Haji Abdul Rahman Merbuk - Kedah
g. Tuan Haji Mohamad Sidin - Selangor
h. Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdul Salam - Perak

Para ulama di atas ini bertugas sebagai penasihat hal ehwal agama kepada Yang Dipertua dan semua ahli – ahli Jawatankuasa Agung UMNO pada masa itu. Setiap urusan yang ada kena mengena dengan agama Islam dan maruah umat Islam yang hendak dijalankan oleh UMNO, dirujuk atau diminta fatwa dari para ulama tersebut.

MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
Pada masa itu Semenanjung Tanah Melayu masih belum bersifat sebuah negara. Tanah semenanjung ini masih di bawah jajahan British. Apabila Kerajaan British menyerahkan kembali tanah jajahannya - Semanjung Tanah Melayu ini, maka ruang bumi yang kita pijak dan ruang langit yang kita junjung ini bertaraf sebuah negara merdeka. Pada masa ini bernama Malaysia dengan rakyatnya berbilang kaum. Negara kita terletak di dalam Commonwealth ( persatuan negara-negara bekas jajahan British, dianggotai oleh 49 buah negara termasuk Malaysia).
Patut kita menilai semula akan peranan alim ulama pada zaman negara kita belum merdeka, terutama peranan alim ulama dalam UMNO seperti yang telah saya catatkan di atas. Peranan ulama atau institusi ulama dalam negara yang bersifat gotong royong ini mestilah dihormati dan dimartabatkan sebagai sebuah institusi yang menjadi tempat rujuk umat Islam dan rakyat Malaysia.
Pada masa ini telah wujud Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Mufti-Mufti Malaysia. Dua badan yang dianggotai oleh alim ulama yang bertaraf pegawai kerajaan dan memihak kepada kerajaan. Nampaknya ada dua badan itu tidak sebulu ada percanggahan dalam hal fatwa.

Perhatian catatan pergisiran fatwa antara Majlis Fatwa Kebangsaan dengan Majli Mufti –Mufti Malaysia,iaitu mengenai konseret Sure Heboh TV3,iaitu:
‘Keputusan Majlis Mufti- Mufti yang diumumkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria itu menganggap mereka yang menganjur,menghadiri dan menonton konsert anjuran stesen televisyen swasta popular itu juga haram. Pengharaman konsert Sure Heboh diputuskan di peringkat Mufti-Mufti dan akan di bawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk dipertimbangkan.’[5]

MENGANGGAP TIDAK SAH
Dalam akhbar yang sama, pada muka 15, tajuk berita ‘Fatwa Sure Heboh Haram Tidak Sah’,telah memaparkan percakapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim yang menyangkal dan menganggap tidak sah fatwa Majlis Mufti-Mufti Malaysia. Sepatutnya Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan tidak terlalu gopoh mengeluarkan pendapat yang mendedahkan percanggahan pendapat antara dua buah badan itu kepada umum.

Merenung akan kuasa mentadbir urusan agama Islam di bawah kuasa para Sultan dan Raja-Raja,maka percakapan Dr. Ismail Ibrahim itu seolah-olah ‘tidak laku’ keputusan para mufti kerajaan negeri-negeri itu, atau menidakkan kebolehan para ulama tersebut. Ini saya kira serius!

Percanggahan dan pengumuman itu akan menimbulkan rasa tidak percaya umat Islam kepada kedua-dua badan yang dianggotai oleh para ulama tersebut.
Sebagai umat Islam,tentulah kita tidak mahu wujud di Negara Islam individu-individu seperti yang dikatakan oleh Syedina Omar Ibnu Khattab, “…sejahil-jahil manusia ialah orang yang meninggalkan keredaan pihak yang benar kerana mencari keredaan orang ramai.”

MARUAH PERPADUAN NEGARA
Kewujudan sebuah badan ulama yang dianggotai oleh alim ulama yang memihak kepada parti kerajaan, alim ulama dalam parti-parti politik lain dan mereka yang tidak berparti politik, sangat patut difikirkan dan dilaksanakan.

Kombinasi para ulama dalam sebuah institusi yang diterima oleh kerajaan amat baik untuk mempertahankan maruah perpaduan negara dan rakyat. Institusi tersebut akan menjadi sebuah institusi pengkaji, penyelidik dan pemutus yang berhubungan dengan hukum dan hal ehwal agama Islam yang berdasarkan:
a. Al Quranul Karim.
Sebarang hukum dan hal ehwal agama Islam yang telah wujud dalam Al Quranul Karim, hendaklah diikut atau diamalkan oleh umat Islam dan rakyat Malaysia, kecuali akidah atau kepercayaan bagi mereka yang tidak beragama Islam.
Ertinya hukum dari Al Quranul Karim tidak boleh ditolak kecuali atas sebab-sebab mengikut yang diluluskan oleh agama Islam.
b. Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Sebarang hukum dan hal ehwal dalam agama Islam mengikut seperti
a. Al Quranul Karim (di atas).
c. Ijmak ulama.

Semua hukum dan hal ehwal agama Islam yang tidak wujud dalam Al Quraul Karim dan As Sunnah atau Hadis Nabi Muhammad s.a.w., dirujukkan kepada ijmak ulama.

Ijmak ulama,iaitu satu kumpulan alim ulama Islam yang terdiri dari ahli hukum (perundangan) dalam Al Quranul Karim , As Sunnah, biologi, biokimia, perubatan, jurutera dan beberapa bidang lagi.
d. Qias.

Sesuatu hukum dan hal ehwal dalam Islam yang tidak terdapat dalam Al Quranul karim dan As Sunnah boleh dipertimbangkan oleh institusi alim ulama mengikut Qias.

Pada masa ini, masalah mengguna mazhab sebagai ikutan umat Islam di seluruh negara tidak sekata atau tidak selari. Negeri-negeri Johor, Malaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pianang, Sabah dan Sarawak mengikut mazhab Shafie. Semua hukum yang tidak wujud dalam Al Qurnul Karim dan As Sunnah[6] atau Hadis Nabi Muhammad s.a.w. hanya boleh dirujuk pada hukum yang bersandarkan mazhab Shafie sahaja. Tidak dibolehkan mengikut atau merujuk kepada mazhab-mazhab lain dalam mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Ertinya negeri-negeri tersebut mengikut atau berpegang kepada sebahagian (furuk) dari mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah sahaja.

Hanya, negeri Perlis yang mengikut Ahlus Sunnah wal Jamaah. Di antara imam-imam terkemuka dalam mazhab itu, ialah Imam Hanafi (80H – 150H), Imam Maliki (94H – 179H), Imam Shafie(150H – 204H) dan Imam Hambali(164H – 241H).

‘…pada tahun 1959 dan seterusnya diperkukuhkan pada tahun 1963, Undang-Undang tubuh Kerajaan Perlis menyebutkan bahawa ia berpegang kepada aliran ‘Ahlus Sunnah wal Jamaah’, yakni terus berpegang kepada kitab al Quran dan Sunnah, bukan kepada mazhab-mazhab seperti mana yang berlaku di negeri – negeri lain di Malaysia’[7].
AHLUS SUNNAH WAL JAMAAT

Di antara negara-negara umat Islam di seluruh dunia dan di negara-negara lain yang mengikuti atau berpegang kepada mazhab-mazhab, ialah:

1 – Afghanistan: Mazahab Hanafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
2- Aljazair: Mazhab Hanafi dan Ahlus Sunah wal Jamaah.
3 - Arab Saudi: Mazhab Wahabi[8] dan sedikit Shafie, Hanafi, Hambali dan Ahlus
Sunnah wal Jamaah.
4 - China: Mazhab Hanafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
5 - India: Mazhab Hanafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
6 - Indonesia: Mazhab Shafie dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
7 - Iran: Mazhab Syi’ah 12.
8 - Iraq: Mazhab Hanafi, Ahlus Sunnah wal Jamaah dan Syi’ah.
9 - Labnon: Mazhab Hanafi, Ahlu Sunnah wal Jamaah dan sedikit Syi’ah.
10-Libya: Mazhab Hanafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
11-Malaysia: Mazhab Shafie, Ahlus Sunnah wal Jamaah dan sedikit Shiah.
12-Mesir: Mazhab Hanafi, Shafie dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
13-Nejeria:Mazhab Hanafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
14-Pakistan: Mazhab Hambali, Ahlus Sunnah wal Jamaah dan sedikit Qadyani.
15-Pilipina: Mazhab Shafie dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
16-Sonalia: Mazhab Shafie dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
17-Sudan: Mazhab Hanafi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah.
18-Yaman: Mazhab Shafie,Ahlus Sunnah wal Jamaah dan sdikit Syi’ah Zaidiyah.
Umat Islam di Great Britain, Amerika Syarikat dan negara-negara Kristian lainnya berpegang kepada mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, Hanafi, Maliki, Shafie, Hambali, Syi’ah dan Qadyani dan mazhab-mazhab lain.
Umat Islam di sekitar Soviet Union berpegang kepada mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, Hanafi dan sedikit Syi’ah 12.
Di kalangan golongan mazhab Syi’ah berpendapat, bahawa mazhab itu mempunyai 21 silsilah imam-imam seperti berikut:

1 - Syedina Ali bin Abi Talib.
2 - Syedina Hassan bin Ali bin Abi Talib.
3 - Syedina Husein bin Ali bin Abi Talib.
4 - Ali Zainal Abidin bin Husein bin Ali bin Abi Talib.
5 - Mohd.Al Baqir bin Ali Zainal Abidin.
6 - Ja’afar Siddiq bin Muhammad Al Baqir.
7 - Musa Al Khazim bin Ja’afar Siddiq.
8 - Ali Redha bin Musa Al Ghazim.
9 - Muhammad Al Jawa bin Ali Redha.
10- Ali Muhammad bin Ali Redha.
11- Hassan bin Ali bin Muhammad Al Askari.
12- Muhammad bin Hassan Al Mahdi*

* Muktamad bin Hassan Al Mahdi telah lenyap (tidak ditemui wafat) pada 260H. Bagi penganut-penganut mazhab Shi’ah, bahawa dialah yang dipercayai Imam Mahadi.

PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
Sesuai dengan perubahan-perubahan drastik yang sedang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Abdullah Badawi dan Jemaah Menterinya, maka institusi alim ulama akan dapat membantu beliau dalam menjayakan harapan dan cita-cita besar beliau.

Jika dapat diterima, saya mengesyorkan, bagi melicinkan atau menyelaraskan perjalanan dan pentadbiran agama Islam di seluruh negara, amat baik di kaji semula – mungkin boleh dipinda perlembagaan -, iaitu mengenai hak mentabdir atas hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa Raja-Raja yang memerintah di tiap-tiap negeri, diletakkan di bawah Kerajaan Pusat. Diwujudkan pula Kementerian Hal Ehwal Agama Islam. Dengan kewujudan kementerian tersebut, maka hak-hak yang ada di tangan jabatan-jabatan agama Islam di negeri-negeri diagih kepada kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri. Di antaranya:

1 - Semua mahkamah syariah diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Pusat.
2 - Melaksanakan hukum-hukum dalam Islam terletak di bawah Kerajaan Pusat.
3 - Melaksanakan tindakan undang-undang terhadap pelanggar-pelanggar hukum Islam terletak di bawah Perajaan Pusast.
4 - Pentadbiran ke atas masjid, surau dan sekolahagama (negeri) di bawah jabatan-jabatan agama Islam di negeri-negeri.
5 - Tauliah mengajar agama terletak di bawah jabatan-jabatan agama di negeri-negeri.
6 - Hal ehwal nikah, cerai dan seumpamanya dibawah jabatan-jabatan agama di negeri-negeri.
7 - Pentadbiran zakat, fitrah dan tanah wakaf di bawah jabatan-jabatan agama Islam di negeri-negeri.
8 - Baitul Mal boleh dilaksanakan bersama antara kerajaan-kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertukar kepada Menteri Hal Ehwal Agama Islam Malaysia. Menteri tersebut mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dari sekarang.
Masalah yang saya telah kemukakan di atas mungkin bagi sesetengah pihak terasa ada kerumitannya atau ada yang menentangnya.Tetapi kalau dengan keinsafan untuk melicinkan penyelarasan pentadbiran agama Islam di negara ini,maka perkara itu patut difikirkan sesuai dengan falsafah Cemelang, gemilang dan terbilang. Walau bagaimana rumit sekali pun akan dapat diatsi dengan cara bermasyawarah atau mengikut falsafah kegotong – royongan.
Sesuai dengan kewujudan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, maka Majlis Fatwa Kebangsaan mestilah mempunyai kerjasama yang erat dengan institusi alim ulama (jika diwujudkan) ayang saya kemukakan itu. – Mokhtar Petah





------------------------------------------------------
[1] Lihat KAMUS DWEBAHASA,1979.Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka, hal.226 dan 1186.
[2] Ali Imran: 112
[3] MALAYSIA KITA, 1991, Kuala Lumpur,Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN),hal. 564.
[4] Lihat Mokhtar Petah, 1997, SHEIKH ABDULLAH FAHIM PENENTU TARIKH KEMERDEKAAN
NEGARA 31 0G0S ’57, Kuala Lumpur, Pustaka Antara Sdn.Bhd.
[5] Mingguan Malaysia,1 Ogos 2004,colom 1,muka 8.
[6] Mula wujud pada akhir abad ke 3 Hijrah Nabi Muhammad s.a.w.,dipeloporfi oleh dua orng ulama
Usuluddin, iaitu Imam Abu Hassan Ali Ash Shaaril lahir di Basrah (Iraq)pada tahun 260 H,iaitu setelah
55 tahun Imam Shafie meninggal dunia, wafat di Basra, pada tahun 324H.
[7] Abdul Rahman Haji Abdullah,1989, GERAKAN ISLAH DI PERLIS SEJARAH DAN
PEMIKIRAN, Kuala Lumpur,Penebitan Pena Sdn.Bhd., hl. ii.
[8] Mazhab atau gerakan ini dinamakan ‘Wahabiyah’. Ia dibangunkan oleh ulama, Muhmmad bin Abdul
Wahab (1702 M – 1787M). Mazhab ini terkenal dengan nama ‘Al Muwahhdun’. Semua hokum hakam
dalam ilmu Fiqh (fekah), berpegang kepada mazhab Hambali.
 



http://mokhtarpetah.blogspot.com/


..

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:177) .

LONDEH

LONDEH

BLOG-BLOG PISANG PANAS

ADA LAGI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

ada di LONDEH2U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
GAMBAR-GAMBAR pelik yang seakan di londehkan oleh si tukang gambar dan yang pelik-pelik secara semula jadi. x LIVE webcam dimana jua
  • LIVE webcam online (3)
  • LAYAN - Live Image (Webcamera)
  • LAYAN.. live on.. African wilderness! LIVE Safari
  • http://www.justin.tv/wildearthtv/popout
  • Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash