KDN: Mat Sabu selawat Syiah, kagumi Khomeini

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai 10 bukti untuk mengaitkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah, kata Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan pemimpin nombor dua PAS itu didakwa cenderung dengan fahaman Syiah.”Antara bukti itu adalah beliau pernah menggesa umat Islam supaya mencontohi kepimpinan Khomeini menerusi tulisannya bertajuk “Teladan Pemerintahan
Nabi Yusuf, Khomeini” di ruangan akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008,” katanya.
Beliau berkata, selain itu Mat Sabu secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan, Sayyid Hassan Nasarullah dan mengaku beliau dan isterinya kerap bertemu dengan pemimpin Syiah berkenaan lebih daripada empat kali.
Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2013 Sabtu lalu mendakwa orang nombor dua PAS terbabit dengan fahaman Syiah.
– BH Online