Antara teras utama ajaran dan fahaman Syiah ialah kebencian serta 
permusuhan terhadap para Sahabat Rasulullah s.a.w. Yang tidak mereka 
musuhi hanyalah Syaidina Ali r.a, Syaidina Salman Al-Farisi r.a dan 
beberapa orang yang lain sahaja. Manakala yang lain, semuanya bahkan 
Ummul Mukminin seperti Syaidatina Aisyah r.a dan Syaidatina Habsah r.a 
dianggap sebagai musuh yang sangat hina.
Dek kerana itulah, dalam apa juga keadaan, mereka akan cuba menghinakan 
para Sahabat r.a dengan sebarang cara. Tak dapat cara kasar, mereka akan
 gunakan cara halus dengan menuturkan cerita yang sekali imbas seperti 
cerita biasa, tetapi akhirnya setelah diamat-amati, barulah dapat 
dikesan penghinaan keterlaluan sepertimana kisah terhadap Syaidina Saad 
bin Abi Waqqas r.a, yang seringkali digambarkan sebagai seorang yang 
pemarah dan perungus serta pelaku kekejaman terhadap isterinya sendiri.
Kepala Syiah Ithnaasyariah moden yang paling terkenal, Khomeini acapkali
 semasa hidupnya menuturkan penghinaan terhadap para Sahabat r.a, dengan
 tumpuan utama kepada Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, dan Syaidina 
Umar Al-Khattab r.a, yang disifatkan sebagai SYAITAN dan makam mereka di
 sebelah makam Nabi s.a.w sebagai BERHALA yang perlu dimusnahkan dan 
dikorek, dibungkas serta dihapuskan.
Syaidatina Habsah r.a dan Syaidatina Aisyah r.a pula disifatkan sebagai 
PELACUR yang dihantar oleh bapa-bapa mereka iaitu Syaidina Umar 
Al-Khattab r.a, dan Syaidina Abu Bakar As-Siddiq r.a kepada Nabi 
Muhammad s.a.w sebagai RASUAH agar mereka menjadi pengganti selepas 
kewafatan baginda.
Akhirnya Allah Taala tunjukkan keburukan terhadap syaitan berserban 
tersebut dengan menghinakan mayatnya sebagai pengajaran kepada umat 
Islam yang lain!
Syiah, walau apa pun pertuturan mereka, walau apa pun alasan kepada 
kewujudan mereka, mereka sebenarnya adalah bangsa yang paling terkutuk 
dan terhina. Asal mula dengan membunuh kedua-dua orang cucunda 
kesayangan Rasulullah s.a.w, Syaidina Hasan r.a dan Syaidina Husin r.a, 
kemudian mereka menyalahkan pihak lain dan dengan ajaran Abdullah bin 
Saba' laknatullah yang mereka putarbelitkan kononnya itu adalah figura 
fiksyen untuk menafikan ajaran Syiah adalah sebenarnya diwujudkan oleh 
Yahudi berkenaan.
Selama ini, Syiah bertaqiyyah kononnya mereka adalah umat Islam, umat 
Muhammad s.a.w dan beriman dengan Allah Taala. Hakikatnya, Syiah adalah 
Syaitannirrojim yang dinyatakan oleh Allah Taala dalam Ayat 60, Surah 
Yassin.
(baca Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Jilid 7, muka surat 555)
Itu masa mereka tidak ada kuasa. Masa mereka tidak kuat. Apabila mereka 
berasakan mereka sudah kuat, mereka membunuh sesiapa sahaja yang 
menentang Syiah sebagaimana kerajaan Iran membunuh pengikut Ahlu Sunnah 
Wal Jamaah dengan menggantung di khalayak ramai sehinggakan Iran yang 
suatu ketika dahulu melahirkan ramai ulama-ulama mazhab Syafie sekarang 
ini hanya dipenuhi oleh pelbagai aliran Syiah dan Yahudi.
Di negara-negara berhampiran di mana Syiah adalah golongan yang kuat, 
itulah yang mereka lakukan. Pertembungan kuasa di Syria telah 
menzahirkan kejahatan Syiah dan kebencian Syiah terhadap para Sahabat 
r.a. Makam Syaidina Khalid Al-Walid r.a, yang semasa hidupnya digelarkan
 baginda s.a.w sebagai Saifullah atau Pedang Allah, yang terletak di 
Homes, Syria telah dimusnahkan dalam serangan puak Syiah beberapa hari 
lepas.
Inilah golongan yang diterima oleh PAS, bahkan menjadi penyokong kuat 
sebarang gerakan anarki dalam negara ini. Inilah juga golongan yang 
menurut Presiden PAS, amat dialu-alukan ke dalam PAS asalkan mereka 
menentang UMNO dan Barisan Nasional.
Bayangkanlah kalau kaum Syiah di Malaysia sudah bertaring dan bergigi. 
Mereka tidak sahaja akan membunuh rakyat Malaysia yang beragama Islam 
dan berfahaman Sunnah Wal Jamaah, bahkan akan menjadikan negara ini 
sebagai pelaksana hukuman bunuh di khalayak ramai sepertimana yang 
dilakukan di Iran!!!
http://tawakkaltu.blogspot.com/search/label/AMALUDDIN%20DARUS
Briged Al-Qassam akan menyerahkan tahanan Israel pada petang ini
                      -
                    
Jumaat, 31/10/2025 – Briged Al-Qassam, sayap bersenjata gerakan Hamas, 
mengumumkan yang mereka akan menyerahkan seorang tahanan Israel pada petang 
ini. D...
4 days ago





