Majlis JAIS 8/1/07 Video 6 - Aurad Muhammadiah Tak Sesat!
Asy-Syeikh Muhammad bin Abdullah As-Suhaimi telah dikenali oleh
murid-muridnya dengan gelaran Kiyahi Agung, kerana banyak bekas
murid-muridnya telah menjadi kiyahi (iaitu guru ugama), dan banyak pula
orang-orang yang memang sudah menjadi kiyahi telah belajar lagi padanya,
iaitu menjadi murid-muridnya. Tetapi orang orang yang lain daripada
murid-muridnya telah memanggilnya “Syeikh Muhammad Suhaimi” atau “Kiyahi
Suhaimi” ataupun “Syeikh Suhaimi” sahaja.
NASAB ATAU ASAL-USUL SYEIKH SUHAIMI
Nasab atau asal-usul atau keturunan Syeikh Suhaimi ialah Muhammad bin
Abdullah bin ‘Umar bin Abdur-Rahim bin AbdulKarim bin Muhyiddin bin
Nuruddin bin Abdur-Razzaq Al-Madani bin Hasan bin ‘Ali bin Ahmad bin Abu
Bakr Asy-Syaibani bin Muhammad Asadullah bin Hasan At-Turabi bin ‘AIi
bin Muhammad Al-Faqih bin ‘Ali bin Muhammad Sahibul-Marbat bin ‘Ali
Khali’ bin ‘Alawi Ats-Tsani bin Muhammad bin ‘Alawi Al-Awwal bin
‘Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir bin ‘Isa Ar-Rumi bin Muhammad An-Naqib
bin ‘Ali Al-’Aridhi bin Ja’far As-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir bin ‘AIi
Zainal-’Abidin bin Saiyidina Husain bin Saiyidina ‘Ali bin Abu Talib,
dan sedia ma’lum bahawa ibu Saiyidina Husain itu ialah Saiyidatina
Fatimah binti Rasulullah s.a.w.
http://www.kisahteladan.info/ulama/syeikh-suhaimi-1.html
http://tawakkaltu.blogspot.com/2012/12/manaqib-asy-syeikh-as-saiyid-muhammad.html
Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1434H 1/8
Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1434H 2/8
Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1434H 3/8
Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1434H 4/8
Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1434H 5/8
Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1434H 6/8
Maulidur Rasul 12 Rabiul Awal 1434H 7/8