Barang siapa makan barang haram sedang dia lama menjalankan ibadah , maka dia seperti burung merpati yang mengerami telur busuk. Dia telah memayahkan dirinya kerana lamanya diam di tepat padahal tak satupun yang menetas, sebaliknya telur itu keluar menjadi busuk. ___ Ali Al Khawwas

..

5 Makhluk Lagenda Dalam Cerita Rakyat Malaysia Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (A-li'Imraan 3:107) .
SUMBER ARKID DI LONDEH KLIK SINI
TV ALHIJRAH     /    TV1  /   TV2    /     TV3   /     NTV7   /    TV9
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. (Al-Baqarah 2:16) .

PANAS>>Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq

KUASA

SUDAH diberi ingat.... hendak juga.. ikut...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:149)) . .. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah 2:10) . Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(A-li'Imraan 3:177) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?(An-Nisaa' 4:144).

My Blog List

Monday, April 27, 2020

Negeri Melayu yang Meninggalkan Allah

Langkat - Warisan Kerajaan Melayu Negeri Melayu yang Meninggalkan Allah Sejarah Nenek Moyang Negara Amerika , dan Bukti sejarah Kaum Muslimin disana

Tanah Cagaran Ceti. Kampung Pulau Tiga

Tanah Cagaran Ceti. Kampung Pulau Tiga

https://ms.wikipedia.org/wiki/Chetty Titi Gajah November 2019. Misteri Muhammad Timbal Balik. PAHLAWAN PAHLAWAN JOHOR PAHANG RIAU LINGGA I KITA BUKAN PENGHIANAT KESULTANAN JOHOR RIAU PAHANG LINGGA DARI JOHOR KE SIAK Siak Sri Indrapura Melawan Lupa - Hati Merdeka Sultan Syarif Kasim II

Sunday, April 26, 2020

Kerajaan Majapahid Dari Jawa Meyerang Kerajaan Aceh...

Kerajaan Majapahid Dari Jawa Meyerang Kerajaan Aceh Samudra Pasai Dan Aceh Tamiang

SEJARAH BERMUKA MUKA DAN KEKEJAMAN KOMUNIS BINTANG TIGA

BAHAGIAN I
SEJARAH BERMUKA MUKA DAN KEKEJAMAN KOMUNIS BINTANG TIGA KE ATAS ORANG ISLAM MELAYU DI JOHOR DAN PEMBUNUHAN KEJAM DI BENUT 1945 M.

Orang Melayu terpengaruh dengan propaganda komunis pada peringkat awal. Ini kerana mereka termakan janji bahawa akan diberi peluang untuk mentadbir Tanah Melayu selepas perang. Di Batu Pahat, pergaduhan di antara Melayu dengan Cina bermula sejak Mac 1945 dan bertambah panas pada 21 Ogos 1945 selepas MPAJA menguasai kawasan pekan. Situasi cemas juga turut dialami pada awal Ogos 1945 apabila terdapat berita bahawa gerila komunis akan menguasai kawasan perkampungan. Beberapa hari kemudian MPAJA telah menguasai Balai Polis Kepala Batas, Alor Janggus, Takai dan Simpang Empat di Kedah serta merampas senjata api. Di Batu Pahat dan Yong Peng, Johor, ramai orang Melayu yang terpaksa bekerjasama dengan komunis. Mereka terpaksa kerana ingin mempertahankan nyawa penduduk kampung yang lain. Antara yang mempertahankan kelangsungan hidup orang Melayu ialah Haji Sahran bin Abdul Ghani. Kekejaman komunis terhadap orang Melayu telah menyebabkan beliau terus protes dan tidak memberikan sokongan kepada komunis. 

Orang Melayu mula bersatu apabila komunis mengancam institusi politik, kekeluargaan dan berlaku pelanggaran ke atas budaya dan agama Islam. Orang Melayu telah diseksa tanpa perikemanusiaan. Terdapat orang Melayu yang dikurung dalam keranjang babi, diseksa, ditikam dan dikelar serta disepak. Ada juga yang ditanam hidup-hidup dengan kepalanya diatas tanah untuk disepak. Terdapat juga yang dibawa masuk ke dalam hutan tanpa berita. Tekanan dan kekejaman yang dilakukan oleh komunis menyebabkan orang Melayu bersatu serta membentuk barisan parang panjang bagi mempertahankan diri dan kelangsungan hidup. 

Gangguan komunis dalam urusan keagamaan di surau dan masjid menyebabkan orang Melayu hilang kepercayaan terhadap orang Cina keseluruhannya. Peristiwa sebegini berlaku di Batu Pahat, Johor sebelum tentera Jepun menyerah kalah dan ketika itu umat Islam sedang berpuasa. Tentera Bintang Tiga melarang orang Melayu berkumpul di surau atau masjid untuk menunaikan sembahyang terawih dan beribadat. Masjid juga dicemari dan Al-Quran dijadikan sebagai pengesat najis. Masjid dan surau sering kali dijadikan sebagai tempat bermesyuarat komunis. Orang Islam di Batu Pahat, Johor berada dalam keadaan yang amat tertekan dan tidak selamat, khususnya apabila mereka berkumpul secara beramai-ramai di masjid atau surau. Gerila komunis menggunakan kesempatan membunuh orang Islam dengan menembak dan membakar masjid ketika mereka sedang mengerjakan solat Jumaat. Masjid dicemari dengan kejadian menyembelih babi.

Ruang masjid digunakan sebagai tempat memasak daging babi dan orang Melayu telah dipaksa untuk menyertai mereka. Hal yang demikian menyebabkan masyarakat setempat terganggu untuk melaksanakan ibadat. Orang Melayu di kawasan perkampungan Air Hitam yang disyaki sebagai tali barut Jepun, dibunuh, dicincang lumat dan diberikan sebagai makanan kepada babi. 

Larangan dan sekatan beribadat membuatkan orang Melayu semakin bersatu. Surau dan masjid dilihat sebagai tempat yang amat strategik bagi orang Islam berkumpul dan merancang masa yang sesuai menghadapi komunis. Jumlah kekuatan Kuomintang (KMT) dan komunis ketika menentang Jepun dianggarkan seramai 300,000 orang. Manakala jumlah anggota AJU seramai 10,000 ke 12,000 orang. 95% daripada mereka terdiri daripada orang Cina dan selebihnya orang Melayu serta India. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk mengukuhkan kekuasaan mereka semasa dan selepas perang.

Kekalahan Jepun menyebabkan MPAJA dengan mudah dapat menguasai Balai Polis Bandar Maharani dan Parit Jawa. MPAJA menawan balai polis tersebut dengan kelengkapan persenjataan yang cukup dan bilangan tentera seramai tiga buah lori. Gangguan terhadap institusi keagamaan orang Islam dilakukan oleh komunis dengan tujuan untuk melemahkan semangat perjuangan orang Melayu. Oleh yang demikian, surau dan masjid sentiasa penuh bukan sahaja ketika waktu solat berjemaah tetapi juga diwaktu lain. Masjid dan surau digunakan dengan sebaik mungkin sebagai tempat berkumpul dan membincangkan survival orang Islam. Walau bagaimanapun, usaha awal orang Melayu ialah dengan berdoa kepada Allah agar mereka sentiasa terpelihara daripada kesusahan.

Pencerobohan ke atas kesucian agama Islam menjadikan orang Melayu yang menganggotai MPAJA mulai beralih angin setelah melihat tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap orang Melayu. Hal yang demikian ini juga telah meningkatkan kebencian terhadap komunis. Kebencian ini juga beralih kepada semua komuniti Cina yang terpengaruh dengan propaganda komunis. Akibatnya ramai diantara orang Melayu yang diseksa oleh komunis di Bakri Batu Enam Bukit Mor. 

Penolakan orang Melayu terhadap propaganda komunis menyebabkan MPAJA menaruh perasaan benci terhadap agama Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, MPAJA yang mengambil alih pentadbiran di Batu Pahat menjalankan hukuman ke atas orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka menyerang kampung dan membunuh orang Melayu yang dianggap sebagai tali barut Jepun seperti penghulu, polis dan askar Melayu. Pada 10 Jun 1945, MPAJA membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail Abdullah ketika berunding dengan MPAJA di Benut, Johor. Pada hari Ahad 10 Jun 1945, satu rombongan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai kerajaan, diketuai oleh Ismail bin Dato’ Abdullah, Pegawai Daerah menerima jemputan untuk menghadiri perjumpaan di Sekolah Cina Benut yang dianjurkan oleh penduduk tempatan. Rombongan telah bertolak dari Batu Pahat pada sebelah pagi. Rombongan ini bertolak selepas singgah sebentar di pekan Senggarang, sebelum meneruskan perjalanan ke Benut. Pada jam 3.00 petang, tersebar berita yang memeranjatkan iaitu rombongan ini diserang dan dibunuh oleh Bintang Tiga ketika berada di bilik jamuan sekolah. 

Berita pembunuhan itu menyebabkan seorang anggota polis dari Benut meminta bantuan dari Penggaram. Berikutan itu, sepasukan askar Jepun dan polis tiba di tempat kejadian. Mereka menjumpai lima mayat yang terdiri daripada mayat Encik Ismail bin Dato’ Abdullah (Pegawai Daerah), Tuan Haji Hasbullah bin Haji Arshad (Kadi Batu Pahat), Dr. S. Woodhull (Pegawai Perubatan), Mr. Sato (Pegawai Perhubungan Jepun) dan seorang lagi yang tidak dikenali. Kelima-lima mayat dibawa balik ke Batu Pahat pada waktu Maghrib dan kemudiannya dikebumikan. Bagi meredakan keadaan, pada hari Rabu 13 Jun 1945, Gabenor Johor, Sunakawa datang ke Batu Pahat bagi menyampaikan ucapan takziah dan saguhati kepada waris-waris yang terkorban. Beliau menyampaikan ucapan dihadapan pegawai-pegawai kerajaan bahawa kematian Pegawai Daerah dan pegawai lain adalah satu pengorbanan besar ketika melaksanakan tugas. Beliau juga telah berjanji untuk menangkap dan menghukum pesalah tersebut. 

Orang Melayu hilang kepercayaan terhadap perjuangan MPAJA apabila ramai saudara mara dan penduduk kampung yang dibunuh. Orang Melayu yang berusaha mempertahankan nyawa dan keselamatan telah bersatu dan mula menentang MPAJA dengan melakukan serangan di pekan kecil, ladang getah dan kawasan kebun sayur. Serangan ini juga sering kali berakhir dengan pembunuhan, kejadian membakar rumah kediaman dan rompakan. Beberapa buah kawasan perkampungan seperti di Mukim Simpang Kiri, Simpang Kanan, Senggarang, Parit Raja, Seri Mendapat dan Seri Gading adalah kampung yang paling teruk menerima tekanan dan kezaliman Bintang Tiga. Keengganan orang Melayu bekerjasama menyebabkan komunis mula membunuh pemimpin tempatan dan ulama serta membakar mereka sekeluarga. Terdapat juga orang Melayu yang pergi ke kawasan pekan dan bandar ditangkap dan direbus. Di Kampung Separap, Batu Pahat, Johor, Tuan Haji Yunus telah diracun oleh orang Melayu yang menjadi tali barut komunis ketika minum disebuah kedai di Batu Pahat. 

Pada hari Jumaat, 23 Ogos 1945, jam 8.00 pagi, penduduk bandar Penggaram gempar dan terperanjat apabila terdengar sorakan Bintang Tiga. Mereka berbaris dan berarak mengelilingi bandar Penggaram. Sebahagian besar daripada mereka membawa senjata automatik dan senapang yang dikutip daripada Jepun dan British. Saki baki askar Jepun dan anggota polis tidak memberikan tentangan terhadap perarakan Bintang Tiga. Dalam waktu yang singkat, mereka berjaya menawan Balai Polis dan Kelab Batu Pahat dan menaikkan Bendera Merah komunis. Sekolah Cina dan kelab suku kaum Cina yang banyak terdapat di Batu Pahat juga mengibarkan bendera merah komunis. Kelab Batu Pahat dijadikan sebagai tempat tahanan sementara sebelum dibawa ke Balai Polis yang dikuasai oleh Bintang Tiga. 

Terdapat tahanan yang ditoreh badan mereka dengan pisau, kemudian dicucuh dengan puntung rokok. Sesetengahnya dipaksa minum air sabun. Antara tempat seksaan Bintang Tiga di Batu Pahat di Kelab Cina, Jalan Jenang disebelah pawagam Odeon. Bangunan perniagaan Cina di Jalan Rahmat dijadikan sebagai markas Bintang Tiga. Antara lokasi lain markas Bintang Tiga di Batu Pahat di Bukit Pasir. Sementara cawangannya terletak di Semerah, Seri Medan, Yong Peng dan Senggarang. Bukit Pasir inilah yang telah menjadi markas dimana ramai penduduk kampung yang dalam perjalanan ke bandar Penggaram diculik dan dibunuh. Terdapat ramai orang Melayu yang ditangkap dan diadili di Mahkamah Tentera Bintang Tiga atau Kangaroo Court. Pada kebiasaannya tindakan yang dikenakan adalah tidak munasabah dan hukuman mati menanti pesalah yang diadili di mahkamah tersebut. 

Tindakan balas dendam dan kezaliman komunis semakin berleluasa khususnya terhadap penduduk Mukim Simpang Kiri, Seri Medan. Terdapat satu pasukan kecil Bintang Tiga yang secara bergilir-gilir menunggu penduduk kampung yang datang berhampiran dengan jeti sungai yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Kastam. Terdapat juga peristiwa yang berlaku di pasar awam bandar Penggaram di mana Bintang Tiga telah menggempur orang ramai yang sedang membeli barangan di pasar. Terdapat orang Melayu yang ditangkap dan diculik. Yahya, seorang mata-mata gelap yang sedang minum dikedai kopi Jalan Engan telah diseret keluar, diseksa dan dibawa ke kem komunis. Komunis bersikap prejudis dengan menyatakan bahawa orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun dan menindas komuniti Cina. Oleh yang demikian, orang Melayu menjadi sasaran kekejaman mereka. 

*Episod akan datang KEBANGKITAN PARANG PANJANG@SELEMPANG MERAH

 KREADIT DAENG BAHTIAR
https://www.facebook.com/daeng.bahtiar.5/posts/2192223567685329

Tragedi Tr4gis Kesultanan Melayu Bulungan (KALIMANTAN UTARA) yang Jarang Diungka

TERUNGKAP!!! SEJARAH Kesultanan Melayu SAMBAS DAN Hubungannya Dengan Brunei Bagian Akhir Revolusi Sosial Atau Penghapusan Etnik Melayu 1946

Saturday, April 25, 2020

SERAM!! The Legend of Ulek Mayang MALAM JUMAT CAK LONJONG

SERAM!! The Legend of Ulek Mayang MALAM JUMAT CAK LONJONG Semangat Ulek Mayang | Kisah Seram | Pukul Tiga Pagi Kisah Seram Ulek Mayang Berdasarkan Kisah Benar Ulek Mayang in Esplanade

...Sumpahan Mahsuri,PUTERI GUNUNG LEDANG,Siapa Cik Siti Wan Kembang..

Sumpahan Mahsuri Siapa Cik Siti Wan Kembang? PUTERI GUNUNG LEDANG

Tuesday, April 7, 2020

KAPAL PURBA SUNGAI BATU

KAPAL PURBA SUNGAI BATU

Dibawah adalah gambar dimana penyelidik USM sedang bertungkus lumus untuk cuba mengangkat kapal purba tersebut. Namun akibat kekurangan peralatan dan ilmu untuk mengangkat kapal tersebut terpaksa dihentikan demi menjaga kualiti bahan purba tersebut. Ia memerlukan dana yang besar untuk mengangkatnya naik ke atas. Sebenarnya tidak mustahil jika seseorang jutawan itu sayang akan tinggalan bangsanya tanpa mengira berapa wang pelaburan yang telah dikeluarkan.

Ada di dalam sungai kuno itu lima sehingga 11 buah kapal atau tongkang lama. Tiang layar (kapal-kapal purba) itu pun sudah nampak. Kapal-kapal atau tongkang purba itu adalah 40 hingga 50 kaki panjangnya.

Tinggalan-tinggalan kapal purba itu dikesan tertanam di dalam sebuah kawasan berpaya dan berselut di tapak arkeologi itu yang ribuan tahun dahulu adalah sebuah sungai kuno yang dalam dan luas.

Kita menemui struktur-struktur itu yang dipercayai kapal purba itu ketika melakukan analisis Geofizik (di tapak arkeologi Sungai Batu).

Ditanya usia struktur kapal purba itu, beliau berkata ia berkemungkinan memiliki usia yang sama seperti Tamadun Sungai Batu itu sendiri iaitu 788 SEBELUM MASEHI.

Beberapa pengkaji yang ditemui di tapak arkeologi Sungai Batu itu turut mengakui penemuan tinggalan kapal purba itu yang boleh disifatkan sebagai antara penemuan paling penting setakat ini di kawasan itu.

Agak-agaknya bilalah akan diangkat untuk tatapan umum seperti di Indonesia, Sepanyol, Italy, Sweden dan Norway. Sedih pon ada. Bangkitlah wahai bangsa Melayu. Buktikan pada dunia akan kehebatanmu. Apa yang anda lihat dibawah baru hanya satu kapal. Didalam tasik tersebut terdapat lebih dari 7 buah kapal yang terbenam disitu. TASIK KUNO SUNGAI BATU.

Kita juga tidak meminta untuk mengangkat semua, cukuplah satu sebagai tanda kehebatan tinggalan nenek moyang kita dahulu dalam berdagang di seluruh dunia sehingga gelaran PUSAT BESI DUNIA diberikan dalam kitab kuno mereka. Agar kita boleh merindui kesan tinggalan purba nenek moyang kita.

link video
https://www.facebook.com/sungaibatu788SM/videos/688384384916183/

Kalau musim panas kemarau, silalah datang ke tapak arkeologi. Anda akan berpeluang dapat melihat tiang layar apabila tasik kering. Mungkin ini sajalah yang akan dapat mengubat rindu kita untuk lihat kapal-kapal purba tu. Admin mohon bantuan anda share sebanyak mungkin untuk kita sama-sama realisasikan impian kita ini kepada pihak yang berkaitan. 

Terima kasih.

Mohon like page backup di Sungai Batu Antara Tamadun Terawal Dunia 788BC. Terima kasih.

..

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:177) .

LONDEH

LONDEH

BLOG-BLOG PISANG PANAS

ADA LAGI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

ada di LONDEH2U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
GAMBAR-GAMBAR pelik yang seakan di londehkan oleh si tukang gambar dan yang pelik-pelik secara semula jadi. x LIVE webcam dimana jua
  • LIVE webcam online (3)
  • LAYAN - Live Image (Webcamera)
  • LAYAN.. live on.. African wilderness! LIVE Safari
  • http://www.justin.tv/wildearthtv/popout
  • Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash