Barang siapa makan barang haram sedang dia lama menjalankan ibadah , maka dia seperti burung merpati yang mengerami telur busuk. Dia telah memayahkan dirinya kerana lamanya diam di tepat padahal tak satupun yang menetas, sebaliknya telur itu keluar menjadi busuk. ___ Ali Al Khawwas

..

5 Makhluk Lagenda Dalam Cerita Rakyat Malaysia Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (A-li'Imraan 3:107) .
SUMBER ARKID DI LONDEH KLIK SINI
TV ALHIJRAH     /    TV1  /   TV2    /     TV3   /     NTV7   /    TV9
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. (Al-Baqarah 2:16) .

PANAS>>Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq

KUASA

SUDAH diberi ingat.... hendak juga.. ikut...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:149)) . .. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah 2:10) . Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(A-li'Imraan 3:177) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?(An-Nisaa' 4:144).

My Blog List

Showing posts with label Amaluddin Darus. Show all posts
Showing posts with label Amaluddin Darus. Show all posts

Thursday, February 4, 2016

KERUNTUHAN ARAB DAN KEBANGKITAN ISLAM

1- RENUNGAN KE ZAMAN SILAM

Oleh : AMALLUDDIN DARUS


'Kamu ini, hai (bangsa Arab) yang diajak supaya membelanjakan (mengorbankan harta dan juga diri kamu ) pada jalan Allah, tetapi diantara kamu ada yang bakhil.
Barangsiapa yang bakhil (maka kebakhilan itu hanya membahayakan) terhadap dirinya sendiri. Allah adalah kaya, sedang kamu adalah faqir.



Sekiranya kamu berpaling (maka Allah akan) menggantikan (kamu) dengan bangsa yang lain daripada kamu. Adapun bangsa itu tidaklah bersikap (berperangai) seperti kamu." Maksud AlQuran Surah 47 (Muhammad) : 38. Apabila mahu memperkatakan perkara kebangkitan Islam yang akan membawa kemenangan kepada manusia yang percayakan Allah dan hari akhirat di akhir zaman manusia keturunan Adam, maka memulai dengan sejarah ringkas kejatuhan muslimin dan sebab-sebabnya, justeru tentu sekali tidak pantas diperkatakan perkara kebangkitan kembali Islam dan penganutnya, jika di sana tidak ada kejadian kejatuhannya setelah ia dibangun dan dike dikembangkan.


Islam telah dibangun dan dikembangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bersama-sama para sahabat Muhajir dan Anshar di mana mereka itulah sebagai teras kepada perjuangan menyiarkan risalah Islam dengan kata-kata dan tindakan-tindakan yang Setelah Rasullulah s.a.w. wafat, setelah Abu Bakar wafat clan sesudah Umar wafat, maka bermulalah fitnah yang diatur olch Abdullah bin Sabak, seorang pendeta Yahudi dari Yaman yang telah tnenjadi muslim dan memperlihatkan dirinya sebagai seorang yang paling warak dan tagwa Jarum fitnahnya mulai marak di zaman pemerintahan Utsman bin Affan, disebahkan sate kesilapan kecil yang rupanya seperti ketumpahan minyak yang memberi peluang kepada Abdullall bin Sabk di satu pihak dan Mu'awiyah di satu pihak lagi menyalakan apinya lalu bernyala dan membakar, membara dan meredap beberapa abad lamanya.


Kesilapan yang mulanya kecil sahaja itu, ialah terjadi sesudah sesuatu yang paling dibimbangkan dan diperingatkan oleh Umar bin Khattab, seolah olah sebagai wasiatnya, supaya sesuatu it itu tidak akan terjadi di dalam tubuh umat muslimin.


Sekalipun Umar telah berwasiat, namun dengan sangat malang kejadian yang sangat ditakuti oleh Umar itu telah terjadi jua.

Sebagai panduan untuk memahami kejadian yang merupakan kesilapan kecil pada mulanya, di mana katakan sebagai sangat malang itu, marilah kita mengikuti catatan sejarah mengenai pesanan atau wasiat Umar bin Khattab.



Sebelum beliau menghemhus nafas yang akhir. Umar, telah ditikam sebanyak tiga kali oleh seorang abdi yang bukan muslim, sewaktu beliau sedang hendak memulakan sembahvang subuh. Umar rebah berlumuran darah dan beliau meminta Abdur Rahman bin `Auf menjadi imam sembanhyang. Apabila selesai sembahyang barulah Umar diusung keluar dari masjid menuju ke rumahnya.


Orang ramai ber pusu-pusu melihatnya, dan mereka meminta beliau menunjuk bakal gantinya sebagai Khalifah.

Dalam keadaan kecemasan itu, Umar berkata: Demi Allah, saya tidak memaksa kamu semua semasa hidupku, dan tidak memaksa kamu pada masa kematianku. Saya sendiri, kata Umar, telah ditunjuk oleh orang, menjadi Khalifah.



Adapun yang memilih dan menunjuk saya, dia (Abu Bakar) adalah orang yang mulia daripada saya. Jika saya telah ditinggalkan, maka yang meninggalkan saya adalah seorang yang lebih mulia daripada saya (yaitu Nabi s.a.w.). Berkata Umar lagi: Jika Abu Ubaid bin Jarrah masih hidup, saya pasti akan memilihnya, j justeru saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. berkata, bahwa Abu Ubaid adalah wakil rakyat.


Atau sekiranya Salim, abdi kepada I-lazifah itu masih hidup lagi, saya tentu akan menunjuk dia untuk jabatan Khalifah, kerana saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. menyebut bahwa Salim adalah seorang pencinta Allah yang paling baik. Kemudian Umar meminta supaya dikumpul beberapa sahabat Nabi s.a.w. yang diketallui oleh orangramai, bahawa orang-orang itu adalah mempunyai keutamaan di sisi Nabi Muhammad s.a.w. Yang dimaksudkan oleh Umar ialah Ali bin Abu Thalib, Utsman bin Affan, Thalhah bin Ubaidullah, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Wqas clan Abdur Rahman bin `Auf. Umar meminta supaya keenam-enam sahabat itu diterima sebagai calon Khalifah.


Sementara pemilihan itu dibuat, pimpinan sembahyang ditugaskan kepada seorang lelaki bekas ahdi bernama Shuhaib. Umar mengarahkan supaya semua ketua-ketua dari orang Anshar hendaklah dijemput.


Begitu juga Hasan bin Ali dan Abdullah bin Abhas, kerana mereka keluarga dekat Rasulullah S.A.W. Beliau juga menyatakan supaya anaknya Abdullah diundang sama untuk menyaksikan dan menyelesaikan perkara pemilihan Khalifah itu.


Tetapi mereka yang lain dari enam orang itu tidak diperbolehkan untuk menjadi calon, dan anaknya Abdullah hendaklah menjadi jurubicara atau sebagai pengerusi dalam perbincangan tersebut Dalam suasana sedih yang menyelubungi orangramai, ada di antara mereka menyatakan perasaan hati secara jujur: Ya Amirul Mukminin, anak amh (Abdullah) adalah sangat layak memegang jawatan ini. Tunjuklah dia sebagai pengganti anda kami bersedia menerimanya.


Kepada sarman ini, Umar menjawab: Tidak ada tujuan keturunan Al Khattab hendak mengambil jawatan Khalifah untuk mereka Abdullah ticlak akan ikut merebut jawatan ini.

Cukuplah seorang sahaja dari keluarga Khattab yang akan menghadapi Allah dengan tanggung jawabnya terhadap umat ini. Kemudahan, sambil memandang kepada anaknya, Abdullah, Umar berkata: Anakku Abdullah! Sekali kali jangan!



Sekali-kali jangan anda meletakkan keinginan hendak mengambil jawatan ini. Abdullah bin Umar menyambut permintaan ayahnya dengan berkata: Baiklah ayah. Abdullah sungguh patuh kepada ayahnya, kerana itu sampai di saat akhir beliau tidak ikut serta dan tidak berpihak ke mana-mana dalam perbalahan antara Ali dan Mu'awiyah.


Umar mungkin telah merasa salah satu daripada sahabat yang menjadi menantu Rasulullah s.a.w. mungkin terpilih, kerana itu Umar berpaling kepada Ali bin Abu Thalib dan berkata: Wahai Ali, sekiranya anda yang dipilih menjadi Khalifah maka takutlah kepada Allah, ya Ali! Jangan anda beri jalan kepada Bani Hasyim untuk menekan kepala manusia.


Kemudian beliau berpaling kepada Ustman bin Affan dan Berkata: Sekiranya andalah yang mereka pilih menjadi Khalifah, maka dengan memegang jawatan itu janganlah anda beri hati kepada suku anda Bani Umaiyah sehingga ditekannya kepala manusia. Umar bin Khattab adalah juga seorang dari keturunan Quraisy, seperti Ali dan Ustman juga.

Tetapi beliau bukanlah dari suku yang dikatakan Bani Hasyim seperti Ali dan tidak juga dari suku Bani Umaiyah seperti Utsman. Bagi orang-orang Arab, kesukuan adalah satu persoalann hesar. Inilah di antara kejahatan jahiliyah mereka sebelum Islam.

Tetapi Islam telah datang rnenghancurkannya. Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan: Bukanlah daripada saya mereka yang menyeru kepada `ashabiah' (kesukuan) atau Kebangsaan). Umar tentulah sangay mengetahui akan bahaya semangat jahiliyah itu dan beliau mempunyai pandangan yang sangat jauh dalam hal ini.

Kita sebagai orang yang telah mengikuti sejarah Arab akan dapat merasai kenapa Umar merasa bimbang dan kerana kebimbangannyalah maka secara langsung beliau memberi nasihat kepada All dan Utsman. Setelah Umar wafat, maka persoalan memilih seorang Khalifah daripada enam orang calon itu mulailah dirasai keberatannya.

Abdur Ralunan bin `Auf menyedari akan kesulitan yang bakal dihadapi disebabkan jumlah calon yang ramai itu. Beliau mengemukakan pertanyaan kiranya ada sesiapa yang rela menarik diri diri pencalonan, siapa yang menarik diri maka dialah orang yang boleh menunjuk calon Khalifah. Semuanya diam, menandakan masing-masing mahu kepada jabatan Khalifah itu.

Apabila semuanya diam, Abdur Rahman bin `Auf menyatakan beliau menarik diri, dan dialah yang akan memilih siapa di antara mereka itu sebagai Khalifah.

Tiga hari telah berlalu, Khalifah belum dapat dipilih lagi. Abdur Rahman bertanya kepada Ali siapakah yang layak untuk jabatan itu, Ali rnenunjuk Utsman. Ditanya pula kepada Utsman, katanya Ali yang pantas untuk itu. Persoalan yang rumit ini memanglah tersangat rumit kerana sebelumnya tidak ada cara memilih timbalan Khalifah telah dibuat.

Sekiranya Khalifah dan timbalannya telah dipilih bersama, maka tentulah tidak menjadi kesulitan lagi apabila berlaku kekosongan jawatan itu oleh apa-apa hal jua pun. Pada masa itu orang belum sampai kepada memikirkan soal betapa perlunya jawatan timbalan diadakan.

Dalam beberapa hari Abdur Rahman rnenghubungi orangramai untuk mengetahui pendapat umurn. Beliau dapati orang-orang dari Bani Hasyim semuanya mahu kepada Ali, sebaliknya orang-orang lain lebih cenderung kepada Utsman.

Alasan orangramai, sekiranya jabatan Khalifah diberi kepada Ali, mungkin akan menjadi warisan kepada suku Banff Hasyim Yang demikian pendapat umurn lebih cenderung diserahkan kepada Utsman yang diharap beliau akan mencontohi Umar dan Abu Bakar dalam perkara kekhalifahan.
Orang ramai bimbangkan Bani Hasyim akan menggunakan kedudukan Ali untuk kepentingan mereka, kerana memang sifat Bani Hasyim merasa merekalah semulia-mulia suku dari suku bangsa Quraisy, malah dari segala bangsa Arab.

Sifat dan perasaan ini adalah sifat bangsa Arab, maka kerana itulah Rasululah s.a.w. telahpun memajukan beberapa contoh untuk mematikannya.

Sayang sekali sampai sekarang perasaan berasaskan jahiliyah yang sepatutnya telah hapus, masih lagi hidup subur sekalipun tanpa kuasa. Orangramai tidak bimbang kepada Utsman, bukan sahaja kerana peribadinya yang lembut dan ternyata tagwanya seperti Ali dan lain-lain sahabat juga, tetapi mereka ketahui betapa Utsman telah herkorban untuk Islam, padahal beliau adalah dari suku Umaiyah, yaitu satu sukubangsa dari Quraisy yang cerdik dan paling hebat menentang Nabi clan Muslimin.

Mereka baru menerima Islam setelah Mekah ditawan oleh muslimin, maka suku Bani Umaiyah inipun terpaksa menerima Islam sesudah tidak ada pilihan lagi.

Abdullah bin Sabak yang telah lama mencari jalan untuk melaga-lagakan muslimin mendapat kesempatan yang baik untuk mengadu domba Muslimin dengan bersikap membela Ali, dan menunjukkan Ali sepatutnya menjadi khalifah dengan bermacammacam alasan selain daripada bisik-bisik tentang wasiat Rasulullah s.a.w. bahwa Ali adalah penggantirnya dan khalifahnya.
Sejarah menceritakan kepada kita, Ali telah menerima pemilihan Utsman sebagai khalifah, dan sentiasa bersikap sebagai penasihat kepada Utsman sebelum Utsman dikelilingi oleh keluarganya dari Bani Umaiyah.

Kesilapan Utsman secara sedar atau tidak sedar telah menyebabkan suku Bani Umaiyali menguasai Khalifah Utsman, di mana Abdullah bin Sabak dengan begitu licin telah memainkan peranannya, sehingga api fitnah pun bernyalalah yang menyebabkan timbul pemberontakan terhadap Utsman, sedang beliau yang tetap bersikap lembut dan tidak rela berlaku pertumpahan darah sesama Muslimin akhirnya terbunuh di tangan pemberontakan yang datang dari Mesir dan Iraq.

Di saat Madinah dikuasai oleh kira-kira 6,000 pemberontakan, ketua-ketua pemberontak itu melantik Ali bin Abi Thalib men jadi Khalifah mengganti Utsman, dan memaksa para sahabat mengakui kekhalifahan Ali dengan pedang.

Peristiwa pembunuhan Utsman telah dijadikan satu isu politik oleh Bani Umaiyah dan Mu'awiyah bin Abu Sofian yang berkedudukan sebagai Gabnor dari Syria (meliputi Syria, Lubnan, Jordan dan Palestin sekarang) telah mengambil kesempatan menentang Ali atas alasan menuntut bela darah Utsman yang terbunuh oleh pemberontak.

RENUNGAN KE ZAMAN SILAM (2)

Suatu hal yang malang sekali, ialah Ali sebagai Khalifah tidak dapat mengadili perkara pembunuhan terhadap Utsman, justeru secara kebetulan beliau adalah Khalifah yang ditunjuk oleh pemberontak, malah merekalah yang sedang mengelilinginya pada masa itu. Abdullah bin Sabak tetap memperlihatkan dirinya sebagai pembela Ali.

Fitnah yang telah lama dirancangkan telahpun menjadi api dan menyalakan api peperangan yang mengorbankan terlalu ramai Muslimin.

Peperangan Ali dengan Mu'awiyah sekalipun kemenangan hampir akan dicapai oleh Ali, telah dihentikan kerana tipudaya pihak Mu'awiyalh yang menjulang Quran sambil menyeru kembali kepada Allah dan RasulNya.

Tertipunya Ali, membawa kepada beliau dianggap telah dipecat dari jabatannya. Akibat daripada sikap Ali yang terpaksa berhenti perang untuk berunding, sate golongan dari para penyokong Ali mengeluarkan din daripada barisan tentera Ali, clan mereka yang pada mula berjuang bersama-sama Ali menentang Mu'awiyah mengambil sikap menentang Ali dan Mu'awiyah. Golongan ini digelar sebagai `Kawarij' di dalam sejarah umat Islam.

Peristiwa kelahiran apa yang disebut golongan 'khawarij' adalah merupakan gerakan politik oposisi yang pertama di dalam sejarah umat Islam. Golongan yang mengeluarkan diri ini menganggap Ali, Mu'awiyali dan 'An,ru bin 'Ash adalall punca dari perpecahan dan peperangan sesama• Muslimin, kerana itu mereka berpen dapat, ketiga-tiga orang ini mestilah dihapuskan. Ali telah dapat mereka bunuh, tetapi orang-orang yang ditugaskan membunuh Mu'awiyah dan `Amru bin `Ash telah tidak berjaya melaksanakan tugas mereka.

Dengan terbunuhnya Ali, para penyokonghya yang digelar Syi'ah telah melantik Hasan bin Ali sebagai pengganti dengan gelaran Imam Hasan. Tetapi demi mengelakkan pertumpahan darah sesama Muslimin, Hasan bersetuju menyerahkan jabatan Khalifah atau dengan lain perkataan mengakui kekhalifahan Mu'awiyah.

Sebab-sebab lain yang mendorong Hasan membiarkan kekuasaan terlepas ke tangan Mu'awiyah ternyata di kalangan penyokong-penyokong Ali dan kemudian dikatakan penyokong-penyokong Hasan, di antara mereka itu ada yang lebih tertarik kepada janji-janji yang lebih menarik daripada Mu'awiyah. Penyokong-penyokong Ali atau yang dikatakan Syi'ah Ali pada masa itu malah penyokong-penyokong Mu'awiyah juga adalah terdiri dari berbagai-bagai golongan dan beranekaragam pula.

Mereka kebanyakannya adalah manusia yang baru menerima Islam. Setelah kemaraan Muslimin dari Hijaz yang dipelopori oleh para sahabat yang terdiri daripada Muhajirin dan Anshar.
Mu'awiyah yang pintar telah menggunakan harta benda membeli manusia yang kebendaan, dan di atas asas kebendaan inlahi Mu'awiyah telah dapat mengumpul kekuatan dan mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah.

Sebenarnya pengambil alih kuasa memerintah oleh Mu'awiyah dan diwarisi kepada ketururrannya adalah satu pencabulan terhadap konsep republik yang menjadi asas dari kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. bahwa pemimpin itu hendaklah dipilih menurut aturan yang telah digariskan oleh beliau. Pada waktu pegeseran antara Mu'awiyali dengan Ali bin Abu Thalib, ternyata sekali Mu'awiyah tidaklah dimasuk kira sebagai orang-orang yang layak untuk jawatan Imam atau pemimpin Muslimin.

Apatah lagi di kalangan Muslimin pada waktu itu masih hanyak Muhajir dan Anshor yang masih hidup samada dari keturunan Arab atau bukan Arab, di mana di antara mereka sahajalah orang-orang yang layak dipilih untuk jawatan Imam Muslimin atau yang digelar sejak Umar bin Khattab sebagai Amirulmukininin. Rasulullah s.a.w. telah memberi garis-garis panduan dalam perkara memilih Imam atau pernimpin yaitu:

1. Adapun yang menjadi Imam pada satu kaum itu hendaklah yang lebih mengerti isi kitab Allah.
2. Kalau mereka bersamaan tentang itu maka hendaklah yang lebih mengerti tentang sunnah Rasulullah.
3. Kalau mereka bersamaan pula tentang itu hendaklah yang lebili dahulu hijrah
4. Kalau mereka bersamaan pula tentang hijrah maka hendaklah yang lebih tua umurnya. Demikianlah antara lain panduan yang ditunjuk oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk kebaikan umatnya supaya jangan terpedaya oleh iblis ..... terjatuh ke dalam jurang kebinasaan. Garis panduan di atas adalah bersumber dari hadits yang dicatat oleh Muslim.

Ternyata tindakan Mu'awiyah adalah salah dan penyokong-penyokongnya juga adalah pihak yang tidak benar. Ketidak benar inilah yang mernbawa kepada tentangan dem tentangan telah diperalatkan oleh Muslimin seliingga kepada pemberontakarr oleh Abdullali bin Zubir di Mekah.

Sayarng sekali, semua tentangan itu telah dapat ditumpaskan dengan cara yang kejam olehh pemerintah di Damsyik, yang mana kerana itu bersemaraklah gerakan bawah tanah yang disusun untuk menggulingkan kekuasaan Umaiyah.

Di dalam keadaan yang kucar kacir ini, di samping kesedaran MUslimin terhadap ticlak betulnya pemerintahan Umaiyah, golongan Yahudi dan yang bukan Yahudi, tetapi mempunyai niat yang buruk terhadap Islam telah menimbulkan berbagai-bagai ragam sehingga gerakan Syiah sebagai partai oposisi berpecah-pecah dan menjadi berbagai aliran yang membawa kepada berlaku campur aduk antara 'aqidah dan urusan politik.

Perpecahan yang hebat berlaku lagi setelah kejatuhan kekuasaan Umaiyah yang diganti oleh kekuasaan Bani Abbas di dalam sejarah dikenali sebagai daulah Abbsiyah. Golongan Syiah yang telah memberi sokongan kepada gerakan bawah tanah untuk menjatuhkan pemerintahan Umaiyah, rupanya terperangkap kepada tipudaya golongan keturunan Abbas yang mempergunakan mereka untuk cita-cita yang sama sahaja salahnya seperti golongan Umaiyah. Kezaliman berlaku dengan sewenangwenangnya.

Orang-orang Syi'ah baik Arab atau Parsi menentang dengan hati mereka melalui kegiatan bawah tanah yang beranekaragam.

Syi'ah di waktu itu bukanlah satu mazhab Fiqih, malah sebenarnya diceritakan oleh sejarah bahwa mereka itu yang dikatakan imam-imam mazhab oleh orang-orang dikemudian mereka, seperti Abu Hanifah, Malik, Shafie clan Aihmad bin Hambal, adalah di antara orang yang pernah menjadi korban dari kezaliman pemerintahan di zaman Umaiyah dan Abbasiyah.

Muhammad bin Idris yang lebih dikenali sebagai Imam Shafie pernah ditangkap dan dibelenggu dengan rantai dan dibawa dari Yaman ke Baghdad bersama orang-orang lain atas tuduhan bekerjasama dengan golongan Syi'ah di Yaman yang terkenal kegiatan-kegiatan mereka di lapangan politik bawah tanah dengan tujuan untuk menggulingkan pemerintahan Abbasiyah yang pada waktu itu dipimpin oleh Harun Ar Rasyid.

Demikian yang terjadi dari segi politik sehingga Allah mendatangkan bangsa Monggol dan Tartar mengajar pemerintahan ashabiah Arab langsung dihancur leburkan mereka. Muslimin tidak berdaya mengalahkan mereka lagi.

Tetapi Allah telah mengalahkan mereka dengan menjadikan mereka menerima Islam. Dengan keislaman mereka barulah daerah Islam yang telah ditawan oleh mereka kembali kepada kekuasaan Muslimin.

Golongan oposisi terhadap politik Umaiyah dan Abbasiyah yang dikenali sebagai Syi'ali bertambah lumpuh dan lemah dan tertambah jauh menyimpang dari kebenaran oleh sebah begitu lama ditekan dan ditindas sehingga terjadilah berbagai-bagai kepercayaan tahyul yang didorong oleh rasa putus asa hasil dari kezaliman pemerintahan orang-orang yang zalim.

Setelah tidak ada daya untuk melawan lagi maka timbullah ingatan kepada Imam Mahdi justeru kerana memang ada hadlts-hadits dari Nabi Muhammad s.a.w. mengenai kedatangan Mahdi dari keturunan Fatimah yang akan memerintah dengan adil setelah orang-orang mememerintah dengan slim.

Segala kegiatan ini sekalipun untuk melawan kezaliman sejak dari mula lagi didalangi oleh seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Sabak yang berpura-pura menjadi Syi'ah Ali Onaknanya menyokong Ali). Kegiatan Abdullah bin Sabak mengadu dombakan Muslimin telah lama berlaku, dan hash dari mainannyalah maka terjadi pertentangan terhadap khalifah Utsman bin Affan.

Orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab yang ada penyakit di dalam hati mereka, telah memasukkan jarum perpecahan politik di samping memesongkan keimanan orang-orang Islam, seperti Saul atau St. Paul telah memesongkan keimanan umat Nabi Isa dan memecahbelahkan mereka sehingga menjadi golongan Katolik.

Pemerintahan khalifah-khalifah dari keluarga Umaiyah dan Abbasiyah adalah di antara perkara-perkara yang terdapat MA'ARUF di dalamnya di samping terdapat MUNKAR bersama-sama dengannya. Begitu jualah dengan yang berlaku kemudian daripada itu bertambah-tambah jua MUNKAR di samping terdapat jua di antaranya yang MA'ARUF. yang mana kerananya muslimin yang mukmin di mana-mana sahaja tidak tertahan melihat perpecahan umat Islam baik dari segi perpaduan politiknya, maupun dari sudut perbedaan perundangannya.

Hal yang demikian berjalan terus hinggalah keluar DAJJAL dalam bentuk yang luas setelah Konstantinopal atau Istanbul jatuh ke tangan Muslimin Turki, maka pada umumnya beberapa ratus tahun kemudian Muslimin pun mulai dijajah oleh kuasa-kuasa yang dikuasai oleh Dajjal dari Barat.-


sedekahkan : Al-fhatihah buat Allahyarham AMALLUDDIN DARUS


sumber  http://tawakkaltu.blogspot.my/

Monday, May 28, 2012

Nukilkan catatan Amaluddin Darus ..usahanya mengembangkan PAS di Kelantan1 :

Berikut adalah dinukilkan catatan Amaluddin Darus rahimahullah mengenai usahanya mengembangkan PAS di Kelantan1 :

"Menerusi saudara Ahmad Yatim, saya diminta memberi penerangan di Masjid Repek, kira-kira tiga batu dari Pasir Mas. Saya pergi ke sana dan menemui Imam, dan dibenarkan saya memberi penerangan selepas sembahyang Jumaat. Saya tidak tahu siapakah yang meminta saya bersyarah di sana. Saya pergi bersendirian, dan bersyarah di sana. Orang-orang mendengar penerangan saya dan kemudian bersurai. Tidak ada seorangpun pedulikan saya.

Saya keluar dari Masjid setelah bersalaman dengan Imam lalu menuju ke sebuah kedai kopi, kerana perut telah terasa kosong benar.

Saya meminta secawan teh dan memakan kueh, sambil tunduk memikirkan bagaimana sambutan yang saya terima. Dalam hati saya mengatakan bahawa apa yang terjadi kepada saya juga pernah terjadi kepada hamba-hamba Allah yang lain. Atas apa-apa hal pun, saya telah melaksanakan tugas dan kewajiban saya. Semuga ini semua tidak akan disia-siakan oleh Allah.

Dalam keadaan begitu tiba-tiba satu suara mengejutkan saya. Suara itu dari seorang muda yang sedang berdiri sambil menarik kerusi.

"Huh! katanya, "Boleh saya tanya sikit".

Saya merenung pemuda ini dan mempersilakan dia membuat pertanyaan.

"Demo yang bersyarah tadi. Demo ingat bila PAS boleh menang nak perintah Kelantan?"
Saya tersenyum kepadanya. Dia mengulang lagi, "Bila PAS boleh perintah Kelantan?".

Amaluddin Darus
(Pengasas PAS Kelantan)

Kata saya, perjuangan ini seperti kita bertanam padi, Kita membuka hutan, menebang, membakar, membuat batas, mencedung atau menanam, menaruh baja, menghalau burung dan babi, itulah kerja kita, tetapi menggantung buah padi itu adalah urusan Allah sendiri dan bukannya urusan saya. Bagaimanapun pada hemat saya apabila sahaja Tokguru-tokguru di Kelantan membuka mata melihat perjuangan PAS ini, maka pada waktu itulah PAS menang dan insya Allah akan memerintah negeri Kelatan ini.

Beliau mengucapkan terima kasih, dan mengatakan tidak perlu bayar harga teh dan kueh itu. Dia adalah anak dari tuan punya kedai itu barangkali.

Beberapa hari setelah pilihan raya tahun 1959, di mana PAS menang 28 dari 30 kerusi negeri Kelantan, pemuda ini yang namanya saya tidak ingat telah bertemu dengan saya di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu. Beliau memanggil saya dan berjabat tangan sambil mengingatkan kepada saya apa yang telah saya terangkan kepadanya pada tahun 1953 dahulu.

Katanya, "Apa yang ustaz kata dulu memang betul. Saya masa itu adalah seorang pemuda UMNO dan mulai tahun 1958 saya telah menyokong PAS".

Penubuhan PAS2 di Kelantan sebenarnya bertitik tolak daripada pelbagai faktor. Asas berpolitik yang dibina dalam tahun-tahun 1920-an oleh Datuk Perdana Menteri Haji Mahmood bin Ismail, Tok Kenali atau Haji Muhammad Yusoff bin Ahmad, Haji Muhammad bin Muhammad Said dan lain-lain sangat berperanan dalam membuka hati rakyat menyambut dan menyokong parti politik yang selari dengan pemikiran mereka. Memenuhi tuntutan inilah, PAS muncul sebagai parti yang memperjuangkan "survival" politik di Kelantan3 . Sementara dalam konteks yang lain, Amaluddin Darus membayangkan terdapat faktor lain yang menggerakkan tokoh-tokoh tempatan menubuhkan PAS:

"Muhammad Asri, Hasan dan Abdul Rahim adalah kawan lama, dan mereka adalah pemuda-pemuda dari API atau Angkatan Pemuda Insaf. Saya berkenalan dengan Hasan dan Abdul Rahim setelah API diharamkan, di mana banyak daripada mereka di Kelantan telah ditangkap oleh British bersama-sama pemimpin-pemimpin PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya.


Di antara pemimpin-pemimpin API itu, ada juga yang cerdik dan melarikan diri dari Kelantan. Bila Muhammad Asri kembali ke Kelantan dan bertemu dengan teman-teman seperjuangannya, mereka berbincang hebat mengenai politik.

Cara berfikir, Hasan dan Abdul Rahim masih sama seperti dulu, ke kiri. Selalunya radikal dan progresif. Tetapi cara berfikir Muhammad Asri sekarang telah berubah. Beliau memandang politik nasional dengan kacamata Islam"4 .




(Dari kiri: Ustaz Khaidir dan emaknya, adik Ustaz Khaidir dan Bustamin)

Walau apapun, faktor sebenar PAS cepat bertapak dan berkembang di Kelantan adalah hakikatnya kerana arus perjuangan Islam telah lama bertapak di kalangan tokoh tempatan khususnya di sekitar Kota Bharu. Pengaruh perjuangan Islam tersebut telah dibawa oleh beberapa pimpinan Masyumi Indonesia yang datang menetap dan melawat Kelantan. Di antara mereka yang dimaksudkan ialah Tamee @ Bustamin bin Ismail yang telah datang menetap di Kelantan sejak tahun 1932. Beliau dilahirkan di Bukit Tinggi Sumatera Barat. Di Kota Bharu, beliau telah membuka perniagaan restoran menyedia menu masakan ala Sumatera. Beliau telah bersahabat baik dengan Mohd Daud bin Salleh seorang penulis petisyen bertauliah di Kota Bharu. Mohd Daud adalah seorang yang meminati dan menghayati perjuangan Islam Masyumi.



Mohd Asri Hj Muda



Ahmad Yatim

Semasa PAS ditubuhkan tahun 1951, berita itu cepat sampai ke pengetahuan Bustamin dan Mohd Daud. Mereka mendapat maklumat daripada beberapa rakan dan individu tertentu di Perak, khususnya melalui Khaidir Khatib yang asalnya dari Sumatera juga sedang mengajar agama di Maahad Ehya al-Syariff Gunung Semanggol. Pada masa itu, Dato' Mohd Asri yang aktif dalam API telah berpindah ke Perak lebih awal untuk mengelak dari diburu oleh pihak berkuasa dan berkahwin dengan Ustazah Sakinah anak kepada Haji Joned, salah seorang guru di Ehya Al-Syariff yang berasal dari Sumatera. Pada masa di Ehya Al-Syariff itulah Dato' Mohd Asri telah mula memahami perjuangan Islam dan kemudian bekerja dengan pejabat PAS di Kepala Batas, Seberang Prai selepas PAS ditubuhkan. Dato' Mohd Asri adalah adik ipar kepada Mohd Daud. Dengan sokongan moral dan kewangan dari Mohd Daud dan Bustamin, beberapa rakan turut sama mengadakan ceramah mengembangkan PAS di sekitar Kota Bharu. Sehingga mereka berjaya menubuhkan rating PAS pertama di Kota Bharu dalam tahun 1952. Di antara tokoh yang bersama-sama Mohd Daud dan Bustamin ialah Mohd Amin bin Yaakob (pembantu Mohd Daud), Ishak Lotfi bin Omar (anak tiri Mohd Daud/pegawai Majlis Agama) dan Abdul Rahman Sulong (imam di Dewan Beta)5.

PAS Kelantan Ditubuh

PAS cawangan pertama (sekarang ini dikenali sebagai PAS Kawasan) di Kelantan mula-mula sekali ditubuhkan atas usaha Amaluddin Darus, Omar bin Yusuf, Ustaz Abdullah Ahmad dan lain-lain. Medan pertama PAS ialah di Pasir Mas yang ditubuhkan secara rasmi pada 23 Julai 1953. Berteraskan perjuangan Islam, PAS berjaya menarik golongan yang benar-benar cintakan Islam seperti para ulama', ustaz-ustaz dan pelbagai lapisan masyarakat6.

Melihatkan kejayaan cawangan Pasir Mas, tokoh-tokoh awal seperti Amaluddin Darus, Ahmad bin Yatim dan Mohd Noor bin Senik terus menyebarkan PAS ke seluruh negeri Kelantan dengan berbagai cara termasuklah dengan cara berbual di kedai kopi. Kesempatan berbual di kedai kopi dimanfaatkan dengan memperkenalkan dasar perjuangan PAS7 .

Cawangan kedua PAS ialah di Machang pada 21 September 19538 dan orang yang bertanggungjawab membawa PAS ke Machang ialah Hj. Muhammad Nor bin Hj Yusoff atau lebih dikenali sebagai Haji Mohd Nor Machang.

Tuan Hj. Mohd Nor Yusof
(Pengasas PAS Machang)
Selepas cawangan Machang, PAS berjaya menubuhkan rantingnya di Tanah Merah9 dan diikuti dengan Kota Bharu dan Pasir Puteh pada tahun 1954. PAS dikatakan berkembang pesat setelah kepulangan Mohamad Asri Hj Muda dibantu oleh Ishak Lotfi Omar anak saudaranya dan Ustaz Othman Abdullah, Ketua Pemuda PAS, di samping seorang tokoh tempatan dari Pasir Puteh, Ustaz Hj Adam Kamil. Hasilnya PAS telah berkembang sebagai cawangan di Tanah Merah (1955), Bachok (1956), Kuala Krai (1958) dan Tumpat (1959)10.

Perkembangan PAS Di Kelantan

Apa yang jelas selepas tahun 1955, perkembangan PAS membuka lambaran baru dengan kepulangan Dato' Asri ke Kelantan dan beliau diberi penghormatan menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu. Sementara Amaluddin Darus selaku Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan dan Terengganu11. Ketokohan Dato' Asri yang boleh menggerakkan sentimen kefahaman politik Islam dengan gandingan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis dan pandai bermain sentimen dengan menyelitkan unsur-unsur nasionalisme berjaya menarik guru-guru pondok menyertai PAS. Kesannya PAS telah menjadi tarikan guru-guru pondok di antaranya ialah Tuan Guru Haji Abdullah Tahir dari pondok Bunut Payung12. Setelah ditubuhkan selama empat tahun, PAS menyertai pilihan raya Majlis Undangan Persekutuan tahun 1955. PAS meletakkan 11 calon kesemuanya. Di Kelantan PAS telah bertanding dalam tiga kawasan pada masa itu, dan ketiga-tiga calon PAS telah kalah. Bagaimanapun satu kemenangan tunggal yang didapati oleh PAS di Kerian, Perak. Calon PAS yang telah berjaya itu ialah Tuan Haji Ahmad Tuan Husain, tuanguru pondok Pokok Sena, Seberang Prai13. Sementara calon PAS di Kelantan yang kalah ialah Mohammad Asri (Bachok dan Pasir Puteh) Muhammad Nor Hj Yusof (Machang dan Ulu Kelantan) dan Haji Mokhtar Hj Ahmad (Pasir Mas)14. Berikutan dengan kekalahan itu, jentera PAS bergerak lebih aktif lagi, contohnya Dato' Asri dan Amaluddin b. Darus hanya berehat seminggu dan terus berusaha menyebarkan PAS ke seluruh Kelantan15.

Berkat kerja keras, pilihan raya pertama selepas merdeka pada Ogos 1959, PAS telah dianugerahkan kemenangan oleh Allah. PAS menang 28 kerusi Dewan Undangan Negeri daripada 30 kerusi. Kemenangan yang menguji PAS Kelantan untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri. Dalam pilihan raya 1959 itulah, Profesor Zulkifli Muhammad, selaku Naib Yang Dipertua PAS Pusat seorang tokoh PAS Pusat telah didatangkan bertanding di parlimen Bachok. Beliau telah menang dan berjaya menjadi salah seorang ahli parlimen pembangkang yang paling disegani16.
(bersambung di keluaran akan datang)

Bibiliografi:

1. Amaluddin Darus (1977), Kenapa Saya Tinggalkan PAS, Harimau Press Sdn Bhd., Kuala Lumpur. ms. 33-35.
2. Nama PAS muncul daripada singkatan ejaan jawi, Fa Alif Sin. Nama PAS sebelumnya adalah "Persatuan Islam Se-Malaya" sebagaimana persetujuan oleh Muktamar Ulama' Ketiga di Butterworth pada 23 November 1951. Kemudian 14 Jun 1955, Persatuan ini didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dengan nama Pan Malayan Islamic Party (PMIP) sehari sebelum penamaan calon Pilihan Raya Persekutuan yang pertama. Kemudian pada 25 Disember 1958 dalam Muktamar PAS bersetuju sekali lagi ditukar nama kepada Persatuan Islam Se-Tanah Melayu, dan pada tahun 1971 bertukar dan kekal sehingga kini sebagai Parti Islam Se-Malaysia (Sumber: Majalah Dunia Islam, Ogos 1991, Penerbitan Zin, Kuala Lumpur. ms 26-27).
3. Alias Muhammad (1984), Kelantan di Bawah PAS, Masalah Tanah dan Rasuah, Insular Publishing House Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. ms. 81.
4. Amaluddin Darus, op.cit., ms. 46.
5. Temubual dengan Tuan Haji Mohd Amin bin Yaakob, seorang pengasas PAS di Bachok di rumahnya pada 16 Disember 1997 dan temubual dengan Armin anak ketiga (bongsu) Bustamin bin Ismail, di restorannya di Kota Bharu pada 17 Disember 1997; restoran "Sumatera" yang ada adalah peninggalan Bustamin yang sekarang diuruskan oleh Armin. Bustamin meninggal dunia pada tahun 1981, mempunyai tiga anak Tamerin @ Tamberin, Salmah dan Armin.
6. Alias Muhammad (1994), PAS' Platform: Development and Change 1951 - 1986, Gateway Publisihing House Sdn. Bhd., Petaling Jaya. ms. 49-50; lihat juga, Amalauddin Darus, ibid, ms 25-27.
7. Faridah Bt Ali (1974), "Sejarah Awal Perkembangan PAS di Kelantan 1953-1959", dalam JEBAT, Journal Jabatan Sejarah UKM, Bangi.
8. Alias Muhammad (1994), op. cit., ms 50.
9. Amaluddin Darus, op.cit., ms 33.
10. Ibid., ms 67; lihat juga Alias Muhammad (1994), op.cit., ms 50.
11. Amaluddin Darus, Ibid. ms 73-74.
12. Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan (1992), Laporan Tahunan 1991/1992 untuk Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-38, Kota Bharu. ms 1.
13. Amaluddin Darus, op.cit., ms 74-75.
14. Ibid., ms 75.
15. Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, op. cit., ms 1.
16. Ibid., ms 2. o

SUMBER: http://paskel.tripod.com/sejarah/sejarah.htm

..

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:177) .

LONDEH

LONDEH

BLOG-BLOG PISANG PANAS

ADA LAGI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

ada di LONDEH2U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
GAMBAR-GAMBAR pelik yang seakan di londehkan oleh si tukang gambar dan yang pelik-pelik secara semula jadi. x LIVE webcam dimana jua
  • LIVE webcam online (3)
  • LAYAN - Live Image (Webcamera)
  • LAYAN.. live on.. African wilderness! LIVE Safari
  • http://www.justin.tv/wildearthtv/popout
  • Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash