[Gempar!!!] Jamalul Kiram III Keturunan Pembunuh???!!!...
Banyak pihak yang keliru berkenaan status Sultan Kiram.Siapakah Kiram?
Keluarga
Kiram dari jalur Kesultanan Sulu ini sebenarnya bermula dari saat
pemerintahan Sultan Muhammad Jamalul Kiram I (1832-1842) bin Sultan
Muhammad Alimuddin III (1808).
Dari Jamalul Kiram I inilah
bermulanya nama Kiram yang kita kenal hari ini, yang kemudian nama ini
berakhir selepas kewafatan Sultan Jamalul Kiram II (1884-1936) yang
mangkat tanpa zuriat ketika zaman kedatangan Amerika Syarikat ke Sulu.
Selepas itu tiada lagi Sultan Sulu yang diterima oleh rakyat Tausug disebabkan dominasi Amerika Syarikat itu.
Hal
ini dilihat oleh rakyat bahawa Sultan dari keluarga Kiram adalah tali
barut Amerika Syarikat yang tergamak merestui pembunuhan para keluarga
Datu dan Syarif Tausug di Bud Dahu, Mac 1906 dan Disember 1911 serta
pertempuran di Bud Bagsak, Jun 1913.
Sultan Kiram II yang terakhir
itu terpaksa memberikan restu kepada Amerika Syarikat membunuh muslimin
rakyatnya sendiri berjumlah labih 4,000 orang (yang syahid 1,600 orang
termasuk wanita dan kanak-kanak) yang memilih menentang USA dan arahan
Sultan.
Tausug menentang Sultan kerana bersekongkol dengan USA
yang terkeluar dari undang-undang Darul Islam yang mana Tausug enggan
dikutip cukai kepala oleh USA.
Menurut Tausug, Allah s.w.t tidak
pernah berfirman kepada RasulNya untuk mengutip cukai kepala kepada
ummah. Maka Tausug beramai-ramai naik ke gunung duduk di gua batu
sebagai mana ASHABUL KAHFI.
Hal ini bagi mereka adalah fitnah
besar yang mengancam akidah mereka maka wajib meninggalkan kemewahan
kampung halaman menuju ke gunung untuk selamat dari fitnah itu.
Sebaliknya mereka dibunuh oleh Amerika atas restu Sultan KIRAM.
Hari
ini, kita dikejutkan dengan kedatangan tentera KIRAM yang mengaku
sebagai tentera Sultan Sulu. Keluarga Kiram sangat ramai. Ada keluarga
dari sebelah Puteri Piyandao bin Sultan Badaruddin I, ada Kiram dari
jalur keluarga Sultan Esmail I (ini yang serahkan Sulu kepada Filipina
pada tahun 1962) bin Rajamuda Mawallilwasit.
Malah ada juga Kiram
dari Datu Punjungan bin Rajamuda Mawallilwasit (inilah ayahanda Jamalul
Kiram III yang kerahkan tentera upahan ke Lahad Datu), dan banyak lagi
kiram yang sekarang sedang merancang untuk menjadi Sultan kesemuanya.
Kalau
ada 1,000 lelaki kiram hari ini, maka Sulu akan ada 1,000 sultan yang
mengaku Sultan Sulu dari keluarga Kiram. Berebut menjadi Sultan tanpa
rakyat, masuk bakul angkat sendiri. Tanpa pengetahuan sejarah protokol
kesultanan, tanpa mengetahui tertib pertabalan, tanpa mengetahui adat
para Datu dan Syarif Tausug. Jadilah seperti Kiram yang kita lihat hari
ini.
Tahukah anda bagaimana Sultan Sulu ditabalkan oleh rakyat,
kehendak rakyat, kehendak para Datu dan Syarif? Tahukah anda bahawa
kehilangan institusi kesultanan Sulu itu hanya dapat kembali dengan
menyedarkan Tausug agar membuang kewarganegaraan Filipina
menggantikannya kepada rakyat Sulu secara hakiki.
Sebab itu muncul
seorang pembela dari keluarga Maharaja Adinda Aranan Puyo masuk ke
kampung-kampung tanpa rasa takut membangkitkan semangat juang Tausug
tanpa senjata, memacak bendera Sulu Darul Islam terakhir sambil
melaungkan ALLAHU AKBAR!! TAUSUG BANGKIT!! KALIAN BUKAN FILIPINO HAMBA
KEPADA KING PHILIP II SEPANYOL!! KALIAN ADALAH MERDEKA SEJAK SULTAN
SYARIFUL HASYIM MENYATUKAN KITA DENGAN DARUL ISLAM!! TAUSUG BANGKIT!!
Beliau
ialah cucu kepada Datu Aranan Puyo ini adalah cicit SULTAN BANTILAN
MUIZZUDDIN I (1748-1763) yang digelar oleh ahli sejarah dunia sebagai
DEFENDER OF ISLAM. Sempena nama moyangnya ini maka Baginda dinamakan
Sultan BANTILAN MUHAMMAD MUIZZUDDIN II. Setelah berjaya menghimpunkan
puluhan ribu penyokong di Jolo, beliau diangkat menjadi Sultan Sulu yang
berdaulat pada tanggal 19 Mac 2009 oleh rakyat jelata dengan laungan
takbir dan dendangan Salawat.
Sejak itu Keluarga KIRAM bungkam
seribu bahasa. Hanya satu perkara yang boleh mereka buat ialah mencabar
siapa sahaja dengan senjata. Walhal mereka tahu, bukan sahaja mereka
yang pandai BERMAIN senjata. Semua TAUSUG semula jadi pakar bermain
senjata, bukan hanya Kiram.
Sultan Bantilan II ini jauh lebih
bijak walau tak pernah mencecah darjah 3 di sekolah Siasi. Namun Baginda
adalah pemidato, pedagang yang berjaya, pandai mengatur manusia, handal
dalam diplomasi, dan mendapat dokongan generasi muda Tausug. Berjiwa
merdeka, tak seperti Kiram yang hanya mengusung bendera Filipina bersama
mereka ke hulu ke hilir.
Sultan Bantilan II walau bergerak secara
aman tanpa senjata, anti peperangan dan anti keganasan, namun
gerakannya ditakuti. Sehingga peluru musuh menjadi AIR dengan izin Allah
s.w.t.
Mereka yang menceroboh Lahad Datu adalah keluarga Kiram
yang suatu masa dahulu telah menganiayai rakyatnya sendiri dengan
merelakan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Amerika. Terang-terangan
saja mereka ditolak oleh rakyat Sulu sendiri.
Masih wajarkah
mereka menuntut Lahad Datu sebagai hak mereka sedangkan Sulu sudah
mempunyai seorang sultan yang baru. Seorang sultan yang dilantik oleh
rakyat Sulu sendiri yang mana juga merupakan seorang berketurunan sultan
dari susur galur SULTAN BANTILAN MUIZZUDDIN I?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
sumber:
http://kulaanniring.blogspot.com/2013/03/gempar-jamalul-kiram-iii-keturunan.html