sumber: LINK
SEMPORNA 4 Mac - Mayat-mayat kumpulan penceroboh yang terbunuh dalam
kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan di Kampung Simunul
di sini Sabtu lalu sehingga kini masih belum dialihkan.
Tinjauan Utusan Online hari ini mendapati beberapa mayat bergelimpangan
di kawasan rumah penduduk kampung tersebut dan ada diantaranya dalam
keadaan mengerikan.
Dalam kejadian Sabtu lalu, enam anggota polis terkorban selepas mereka
diserang hendap oleh kumpulan penceroboh di Kampung Srijaya, Simunul.
Enam penceroboh turut terkorban.
Keadaan mayat penceroboh yang ditewaskan Pasukan Gerakan Am.
Penduduk Kg. Simunul turut melihat satu lagi mayat yang masih berada
di salah sebuah rumah di kampung berkenaan selepas pertempuran dengan
anggota PGA semalam.
Terdapat satu klip peluru senapang M16 di sebelah penceroboh yang ditembak mati.
Penduduk Kg. Simunul turut melihat mayat yang masih berada di salah
sebuah rumah di kampung berkenaan selepas pertempuran dengan anggota PGA
semalam.
Penduduk Simunul angkat sendiri mayat penceroboh Sulu
Penduduk kampung mengusung mayat salah
seorang penceroboh yang ditembak mati untuk dibawa keluar dari Kampung
Seri Jaya, Simunul di sini, Isnin.
Kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
Dalam kejadian Sabtu lepas enam anggota polis maut dan enam anggota kumpulan bersenjata turut terbunuh.
Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu
dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi para
penduduk sejak semalam.
Sabtu lepas, enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban dalam insiden berbalas tembakan yang turut mengorbankan tiga penceroboh.
Dalam pada itu, Ramli turut menasihati penduduk di situ agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kerana ia dapat mengeruhkan keadaan.
Ramli yang menjadi ketua kampung itu sejak tujuh tahun lepas, berkata tiada paksaan untuk penduduk kampung meninggalkan kediaman mereka, kerana ia merupakan hak individu.
Beliau optimis pasukan keselamatan negara mampu mengawal keadaan, dan menambah, keadaan kampung kembali tenang namun masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di bawah pengawasan polis. BERNAMA
Kiram Tipu Orang Dia Kata Kebal.
Bilangan
penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan
mereka tidak kebal, sekali gus menolak dakwaan penceroboh menggunakan
ilmu mistik untuk berhadapan dengan pasukan keselamatan.
"Ini terbukti apabila pasukan keselamatan berjaya menembak mati 54 orang daripada mereka," kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohammed Yusoff.
Beliau berkata perkara itu mulai tersebar di laman sosial apabila satu daripada gambar penceroboh militan yang terbunuh menunjukkan pengganas itu memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badannya.
Ramli berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan itu bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.
"Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita," katanya. - Bernama

TAHUKAH ANDA SEJARAH VAT 69...???
VAT 69 atau 69 Komando merupakan pasukan Operasi khas Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak dan manakala "Unit Tindak Khas"di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, diletakkan dibawah arahan Timb. Jabatan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam.
http://miazarraannur.blogspot.com/2013/03/tahukah-anda-sejarah-vat-69.html