Salam 2 all.
Selepas sah di umum yang Anwar Ibrahim dipilih menjadi calon PKR untuk
Pilihanraya Kecil DUN N.25 Kajang (walaupun SPR belum pun buat
pengumuman kekosongan kerusi); barulah saya faham mengapa isu PKNS
tercetus, mengapa Khalid Ibrahim diserang bertubi-tubi oleh partinya
sendiri tanpa belas-ihsan; kenapa kes cerai fasakh Nurul Izzah
didedahkan; mengapa kerusi DUN Kajang dikosongkan tanpa sebab dan kenapa
UMNO/ BN didendangkan dengan Pelan Damai Nasional!
Ada kopi disebalik karipap rupanya yop!
SEJARAH BERULANG - KES SAIFUL BUKHARI MENGHANTUI ANWAR
Teringat saya selepas PRU-12 tahun 2008 dahulu. Setelah memenangi kerusi
Kulim Bandar-Baharu pada 08.03.2008, berlaku satu insiden yang sangat
menakutkan Anwar. Pada 28.06.2008, Saiful Bukhari Azlan, pembantu
peribadi Anwar membuat lapuran polis dia diliwat oleh Anwar pada
26.06.2008.
Ketakutan Anwar masa itu memang agak luar biasa! Saya tidak bercadang
menceritakan secara terperinci apa yang saya sendiri lihat masa itu. Itu
lain kali jika perlu. Tetapi cukup sekadar memberitahu bagaimana Anwar
pergi menyembunyikan diri di rumah Duta Turki pada 29.06.2008. Kenyataan
rasmi yang dikeluarkan pada masa itu ialah Anwar meminta perlindungan
kerana ada 'cubaan mahu menembak Anwar'!!!
Anwar baru sahaja bebas daripada penjara pada 02.09.2004 setelah
menjalani hukuman 6 tahun penjara di Penjara Sg. Buloh setelah
disabitkan pada 14.04.1999 dengan kesalahan menyalahgunakan kuasa
sebagai TPM mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan Akuan Bersumpah
palsu daripada Umi Hafilda dan Azizan Abu Bakar (pemandunya) yang
mendakwa diliwat oleh Anwar pada bulan Mac 1993 di Tivolli Villa.
Anwar tahu kalau dia diheret ke Mahkamah dan dikenakan pertuduhan dan
disabitkan kesalahan meliwat Saiful, hukuman penjara melebihi 6 tahun
menanti beliau. Segala harapan dia nak menjadi PM akan hancur berkecai;
malah pada umur senja, dia mungkin reput dalam penjara!
Salah satu strategi yang dirangka pada masa itu ialah untuk memastikan
Anwar menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang; dan dicanangkan
kemungkinan Anwar akan menjadi PM melalui konspirasi 16.09.2008. Dengan
81 Ahli Parlimen dibelakang beliau, dengan jawatan sebagai Ketua
Pembangkang, kemungkinan untuk Anwar disabitkan kesalahan meliwat Saiful
agak tipis.
Mana mungkin Anwar akan dihukum penjara. Satu dunia akan bising. Amerika
akan bising. Turki akan bising. IPU akan bising. UNHRC akan bising.
Amnesty International akan bising. Dan kita ada Kerajaan yang takut
dengan bunyi bising diluar!
Jadi perancangan untuk melaksanakan agenda itu dimulakan dengan mengenal
pasti kerusi mana Anwar hendak bertanding. Teman yang pada masa itu
penuh dengan semangat dan ketaatan mengkhinzir buta telah menawarkan
kerusi Parlimen Kulim Bandar-Baharu. Namun kerja Allah tidak siapa dapat
mengatasinya. Petisyen pilihanraya yang difailkan di Mahkamah Tinggi
Alor Setar terhadap kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu menyebabkan
kerusi itu tidak dapat dikosongkan mengikut perancangan.
Lalu Wan Azizah isteri tercinta, Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen
Permatang Pauh terpaksa mengorbankan kerusinya demi 'kesejahteraan PKR'.
Dan Anwar memenangi PRK P-044 Permatang Pauh pada 26.08.2008. Setelah
mengangkat sumpah pada 28.08.2008, Anwar dilantik menjadi Ketua
Pembangkang.
Setelah melalui proses perbicaraan yang meleret-leret dengan jumlah
penangguhan yang melayakkan kes dimasukkan kedalam Malaysia Book of
Record, pada 10.01.2012, Mahkamah membebaskan Anwar daripada dakwaan
meliwat Saiful!***
Sekarang Anwar berdepan dengan rayuan kes Saiful. Mahkamah Rayuan telah
menetapkan tarikh perbicaraan dalam masa terdekat ini (iaitu 11, 12
& 13 Februari); dan sekali lagi Anwar berdepan dengan risiko hukuman
penjara yang panjang jika Mahkamah menerima rayuan Pendakwaraya.
Dan kali ini Pendakwaraya diwakili peguam veteran terkemuka Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah, seorang peguam no-nonsense yang diperakui
kehebatan guamannya!
Risiko dipenjarakan menjadi real; risiko impian menjadi PM ke 7 hancur
lebur menjadi real; dikala umur 67 tahun dan sudah masuk waktu kubor
kata mari, Anwar tidak mungkin boleh menerima hukuman penjara yang
panjang. Ianya mesti dipintas at all cost!
Siapa yang berani mahu menghukum penjara seorang Menteri Besar yang
berpengaruh atas tuduhan meliwat? Siapa yang berani berdepan dengan
masyarakat dunia liberal barat sebagai pemimpin negara yang menghukum MB
Selangor dengan tuduhan meliwat? Siapa yang berani nak berdepan dengan
kuasa besar Amerika Syarikat? Siapa mahu berdepan dengan Erdogan dan
Turki? Siapa nak berdepan dengan Amnesty International, Human Rights
Commission dan negara liberal Eropah yang lain - yang mengamalkan seks
bebas terbuka termasuk membenarkan homoseksual!
Matlamatnya - Anwar mesti jadi MB Selangor at all cost untuk memastikan
Penjara Sg. Buloh bukan destinasi terakhir Anwar dimuka bumi ini!
TAN SRI KHALID PENGHALANG
Tapi Tan Sri Khalid Ibrahim ada disana sebagai MB. Beliau mendapat
sokongan penuh DAP; masyarakat peniaga dan korporat Cina dikatakan
menyukai cara pentadbirannya yang dikatakan business-friendly, efficient
& corrupt free Menteri Besar!
PAS pula tidak senang dengan pendirian Anwar yang liberal, yang
menyokong penggunaan kalimah Allah oleh kristian yang bercanggah dengan
ketetapan Majlis Syura' PAS.
Dan Khalid bukan jenis yang akan tunduk na'am kepada semua kehendak
Anwar. Walaupun beliau diketepikan sebagai Ketua Perhubungan PKR Negeri
Selangor, beliau masih lagi berpengaruh. Bila Anwar menghantar Saifudin
Nasution sebagai Liason Director antara pejabat MB dengan PKR, Khalid
memperlekehkan perlantikan tersebut dengan menyumbat Saifudin di Tingkat
5 dan 'kami boleh berhubung dengan email' - begitu Khalid memperlekeh
duta Anwar ke pejabat MB.
Khalid tahu kekuatannya terletak kepada perlindungan dan pengaruh
Presiden, Datin Seri Wan Azizah. Selagi Wan Azizah menyokongnya, Anwar
dan konco-konconya tidak akan berani melakukan sesuatu terhadap Khalid.
Sebab itu Faekah Hussein, panglima kanan Wan Azizah, wanita besi yang
paling dibenci oleh segelintir kumpulan anti-Khalid didalam PKR dilantik
memegang beberapa portfolio berpengaruh dan berkuasa didalam pejabat
MB. Beliau bukan sahaja Setiausaha Politik dan Pegawai Khas MB, beliau
juga Pengerusi MBI, badan korporat paling bepengaruh dalam negeri
Selangor dengan kekuatan dana yang besar!
Saya kenal Faekah Hussin ini. Beliau adik bekas Ketua Pengarah BPR Datuk
Zaki Hussin. Beliau jenis no-nonsense; dan saya cukup yakin beliau
tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menyundal dan
merampok khazanah Negeri Selangor. Dan Faekah ini jenis tidak gentar
dengan sesiapa - almaklumlah dia seorang peguam! Ini antara punca saya
percaya Faekah menjadi begitu tidak terkenal, malah dibenci oleh
segelintir mereka dalam PKR yang anti Tan Sri Khalid!
Lalu bagaimana nak pastikan Wan Azizah, dan Faekah, tidak lagi melindungi Khalid?
CHECK-MATE TERHADAP WAN AZIZAH & NURUL IZZAH
Tiba-tiba terbongkar kisah juicy permohonan perceraian fasakh oleh Nurul
Izzah, anak sulong Wan Azizah dengan suaminya Raja Ahmad Syahrir.
Sebenarnya permohonan sudah difailkan lama, dan tiada sesiapa pun
mengetahuinya kecuali peguam, Mahkamah dan beberapa inner-circle dalam
PKR.
Tiba-tiba Ahad 26 Jan lepas, berita permohonan perceraian itu
terbongkar. Ada sumber dalaman PKR telah mendedahkannya kepada para
blogger dan media arus perdana. malah ada yang menerima transkrip
terperinci sebab-sebab permohonan perceraian itu dimohon oleh Nurul
Izzah, termasuk gambar seorang jejaka yang agak 'jambu' turut
disebarkan.
Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR, Ahli Parlimen Lembah Pantai dan
rising star didalam PKR. Malah beliau pernah menyatakan hasrat menentang
orang kanan Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Presiden dalam
pemilihan lalu. Beliau penyokong kuat ibunya Wan Azizah dan Khalid
Ibrahim.
Sebarang sokongan terbuka daripada Nurul Izzah, disertai sokongan
terbuka ibunya Wan Azizah terhadap kepimpinan Khalid sebagai MB akan
menyukarkan sebarang cubaan untuk menjatuhkan Khalid.
Jadi Wan Azizah dan Nurul Izzah harus dikekang!
Pembongkaran kes permohonan cerai fasakh oleh Nurul Izzah dengan segala
kisah sensasinya menjadi check-mate terhadap Wan Azizah dan Nurul Izzah.
Bagaimana mungkin sekarang Wan Azizah dan Nurul Izzah mahu memberikan
sokongan terbuka kepada Khalid - pasti mereka akan dicemuh supaya pergi
urus hal rumahtangga engkau sendiri lah!
Lalu Khalid terkonteng-konteng keseorangan, tanpa sokongan Presiden dan
Naib Presiden, tanpa sebarang jawatan dalam parti. Hanya tinggal DAP dan
PAS menjadi sandaran akhir Khalid!
STRATEGI MENGGUSARKAN DAP-PAS
Tiba-tiba muncul pula isu tuntutan untuk terus mengguna-pakai kalimah
Allah dalam upacara keagamaan kristian digereja-gereja mereka di
Selangor. Pelik! Hanya di gereja-gereja di Selangor, tidak di Pulau
Pinang! Dalam keadaan mereka sudah pasti tahu Selangor mempunyai Enakmen
Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang melarang penggunaan
kalimah Allah oleh bukan Islam.
Bila isu rampasan bible versi Bahasa Melayu yang menyalah-terjemahkan
kalimah Allah tercetus dan JAIS melaksanakan tugasnya mengikut
undang-undang dan merampas bible-bible tersebut, ruang terbuka luas
untuk Khalid diserang.
Kesempatan ini diambil untuk menakutkan DAP. Sikap Khalid tiba-tiba
membuat kenyataan menyokong titah Tuanku Sultan Selangor melarang
penggunaan kalimah Allah dan akan terus akur dengan titah itu sudah
pasti menggusarkan parti cauvinis DAP ini. Sikap ini sudah pasti akan
mengendurkan sokongan DAP kepada Khalid.
Diwaktu yang sama, tindakan Khalid mengarahkan JAIS mengembalikan bible
yang dirampas menyebabkan ada penentangan daripada PAS. Kenyataan Exco
Hal Ehwal Islam daripada PAS, YB Solehin Mukhyi dilihat tidak senada
dengan kenyataan Khalid. Saya cukup pasti faktor ini akan digunakan
sepenuhnya untuk menakutkan elemen-elemen didalam PAS Selangor. Kononnya
kalau dibiarkan Khalid terus menajdi MB, PAS akan hilang lebih banyak
kerusi dalam PRU nanti, sebab orang Melayu benci! Ini akan pasti
menyebabkan PAS berfikir dua tiga kali untuk terus menyokong Khalid!
Akhirnya dengan strategi yang cukup licik dan holistik, Khalid
terkonteng-konteng keseorangan. Kali ini Khalid benar-benar terjebak.
Dia sudah tidak boleh lari.
Perletakkan jawatan YB Lee Chin Cheh dan pengosongan kerusi DUN Kajang
sekadar pelengkap kepada konspirasi menjatuhkan Khalid dan menobatkan
Anwar Ibrahim sebagai MB. Malah kemungkinan YB Lee sendiri tidak
menyedari permainan politik puak-puak ini!
PELAN DAMAI NASIONAL MEMERANGKAP UMNO
Dan untuk memastikan semuanya berjalan lancar mengikut perancangan, maka
ditawarkan kepada UMNO dan Barisan Nasional 'Pelan Damai Nasional'! Ini
lawak senario abad ini. Bagaimana mungkin parti yang cacamerba penuh
dengan percakaran dalaman dengan begitu sardin mengemukakan 'Pelan Damai
Nasional'. Saya ingat Saiful Apek boleh mati ketawa tertelan gigi palsu
mendengar berita ini.
Jika UMNO/BN menerima pelan ini, saya cukup yakin nanti akan timbul
desakan supaya UMNO/BN membuktikan keikhlasan dengan tidak meletakkan
calon bagi PRK N.25 DUN Kajang ini. Sekaligus memberikan Anwar
laluan-percuma untuk menjadi ADUN Kajang dan selayaknya ditabalkan
sebagai MB Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.
Kalau UMNO/ BN termakan dengan taktik ini, saya kira tidak ada ayat lagi
nak diberi kepada UMNO/ BN selain daripada melafazkan innalillah hiwa
inna ilai hiro ji'un kepada UMNO/ BN. Nampak sangat UMNO/ BN bekerja
keras untuk menjadi pembangkang dalam PRU-14 nanti.
Dan jika ditakdirkan berlaku PRK N.25 Kajang, saya menasihatkan UMNO
meletakkan calon UMNO disitu. Saya percaya dengan calon UMNO yang
berkaliber dan punya integriti dan kewibawaan, UMNO punya peluang cerah
memenangi kerusi DUN Kajang. Jangan dibiar hak demokrasi rakyat Selangor
diliwat dengan begitu mudah oleh para peliwat democrazy ini.
TAKTIK AKHIRUL KALAM - VIDEOKLIP
Saya menerima maklumat jika semua perancangan ini gagal, atau pun jika
rancangan ini memerlukan satu water-tight ending, maka sebuah videoklip
yang diambil daripada sebuah sudut yang agak tinggi disebuah kediaman
akan disebarkan. Apa video itu...tunggu dan lihat!
RUMUSAN & OPSYEN BUAT TAN SRI KHALID
Persoalan cepumas sekarang ialah: adakah riwayat Khalid sudah berakhir!
Belum. Jangan write-off Khalid cepat sangat. Beliau seorang tokoh
korporat, beliau sudah biasa dengan taktik dan maneouvre seperti ini.
Khalid sekarang ada beberapa opsyen:
1. Khalid boleh buat keras kepala dan terus kekal sebagai MB. Tiada
sesiapa pun boleh menggugat kedudukannya. Kalau Khalid memilih opsyen
ini, Anwar tidak ada pilihan selain meminta DUN Selangor memanggil
sidang tergempar membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid. Untuk
itu Anwar memerlukan sokongan penuh ADUN DAP dan PAS selain ADUN PKR
sendiri. Atau dalam keadaan ekstrim, Anwar boleh mengarahkan semua ADUN
PKR tidak menyokong Khalid. Ini akan menjadikan satu suasana DUN
tergantung. Tetapi ini semua belum tentu berjaya; dan kalau berjaya pun
Anwar akan dilihat sebagai aggressor yang tamak mahukan jawatan sehingga
menganiaya dan mengkhianati MB sendiri!
2. Khalid boleh mempengaruhi kesemua ADUN PKR, DAP dan PAS untuk terus
menyokong beliau dengan mengadakan undi kepercayaan dalam Dewan. Tetapi
ini juga mempunyai risiko kerana tidak mungkin ADUN PKR akan menyebelahi
beliau;
3. Khalid boleh membuat pakatan dengan ADUN BN, dengan syarat dia boleh
membawa jumlah ADUN yang cukup menyokongnya untuk membentuk sebuah
Kerajaan Perpaduan, dan dia terus menjadi MB. Ini juga opsyen yang
mempunyai risiko yang tinggi kerana Khalid akan sentiasa duduk dibawah
ugutan dan tekanan ADUN-ADUN ini;
4. Atau Khalid boleh mengambil opsyen menelan sahaja apa yang berlaku.
Terima sahaja takdir masanya dah berlalu, dah tak ada rezeki. Lantak pi
lah siapa pun nak jadi MB. Elok pencen jaga cucu dudok kat masjid bilang
buah tasbih; cari pahala sikit; atau
5. Opsyen terakhir dan paling realistik untuk Khalid sekarang ialah
membubarkan DUN Selangor. Sebagai MB, hanya beliau, dan tidak ada orang
lain dalam dunia ini, yang mempunyai hak legal dan politikal untuk
menasihatkan Tuanku Sultan Selangor untuk membubarkan DUN Selangor.
Beliau boleh menggunakan alasan bahawa hak demokrasi rakyat Selangor
untuk menentukan kepimpinan Kerajaan Selangor yang baru harus dihormati.
Sekiranya beliau digulingkan dengan cara democrazy pintu nelakang luar
tabi'e ini, maka apa yang terjadi sebenarnya ialah hak demokrasi rakyat
Selangor telah diliwat melalui kaedah politiking pintu belakang akibat
mainan politik luar tabi'e pihak tertentu!
Dan jika Tuanku Sultan Selangor memperkenankan sembahan beliau, DUN
Selangor boleh dibubarkan dan Pilihanraya Negeri Selangor wajib diadakan
dalam tempoh 60 hari. Khalid boleh mengadakan kerjasama-strategik
dengan UMNO-BN untuk menawan semula Selangor dengan syarat beliau kekal
menjadi MB.
Saya percaya UMNO/BN terbuka dalam menimbang kerjasama-strategik ini.
Apa yang penting ialah hak demokrasi rakyat Selangor tidak dicabul
sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab!
Apa pun, hayat-politik Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sudah
hampir ke penghujungnya. Malaikat sakarat-politik sedang menunggu di
pintu Bukit Malawati. Tetapi Khalid boleh menukar destinasi politiknya
jika bijak mengatur langkah.
Nasihat saya kepada Tan Sri Khalid, baca dan perhalusi sejarah bagaimana
Allahyarham Tun Gafar Baba jatuh terkangkang akibat mainan politik luar
tabi'e ini.
Pisau ditangan Tan Sri, timun pun ditangan Tan Sri. Buat apa yang Tan
Sri patut buat untuk memastikan hak demokrasi rakyat Selangor terus
terpelihara, dan maruah Tan Sri dipertahankan!
Wallahua'alam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Rabi'ul Akhir 1435
01 Februari 2014
***Kenyataan ini tidak bermaksud dan tidak sepatutnya difahami yang
Mahkamah membebaskan Anwar kerana beliau Ketua Pembangkang atau Ahli
Parlimen, atau kerana Mahkamah takut kepada tekanan dalam dan luar
negara. Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan berdasarkan kepada
pertimbangan undang-undang, fakta dan keterangan yang telah dikemukakan
kepada Mahkamah dan merumuskan keputusan sewajarnya. Samada penghakiman
Mahkamah Tinggi itu wajar atau tidak kita tunggu keputusan Mahkamah
Rayuan nanti insyallah. Untuk penjelasan lanjut, sila baca keputusan
bertulis Mahkamah Tinggi itu didalam mana-mana jurnal perundangan dan
kehakiman.
SUMBER
http://kerisputera.blogspot.com/2014/02/minda-pencacai-terus-diliwat-anwar.html
UMAT RAKHINE LEBIH BERPAHALA DARIPADA MELAYAN ANUAR IBRAHIM UNTUK MENANG PILIHAN RAYA
LELAKI Islam Rohingya ini memeluk
lutut pengawal pantai Bangladesh, merayu agar dia dan keluarganya tidak
dihantar balik ke Myanmar kerana tidak mahu menjadi mangsa pembersihan
etnik di kampung halamannya pada 19 Jun 2012. - AFP
JARAK Yangon dan Kuala Lumpur adalah 1,597.7 kilometer (km) atau
992.8 batu. Masa penerbangan di antara kedua-dua ibu nega-ra itu adalah
dua jam 13 minit.
Ia terlalu hampir dengan negara kita. Ter¬lalu dekat berbanding dengan negara Pales¬tin, Bosnia atau Sudan.
Myanmar ialah rakan Malaysia dalam ASEAN. Kini sesuatu yang menjelekkan se¬dang berlaku di negara itu.
Etnik beragama Islam Rohingya, agama yang turut dianuti oleh majoriti
rakyat ne¬gara ini sedang disembelih, dibakar hidup-hidup dan wanita
serta kanak-kanaknya diasingkan daripada lelaki dan dibawa ke lokasi
rahsia.
Apa yang dilakukan ke atas mereka hanya Allah sahaja yang tahu.
Sebagai orang Islam marilah kita doakan keselamatan mereka daripada
manusia berhati binatang itu.
Hanya binatang sahaja yang sanggup memperlakukan rakyat sendiri
seperti bina¬tang - hanya gara-gara Rohingya beragama Islam, bukan
Buddha dan etnik yang ber¬beza daripada kaum majoriti.
Ya Allah, beruntungnya sesiapa yang menghuni di negara Melayu ini.
Majori¬ti Melayu ialah orang yang cukup sabar walaupun sedang
diperlakukan dengan macam-macam provokasi, fitnah, prejudis dan
prasangka.
Laporan demi laporan yang dihantar oleh agensi berita antarabangsa
dari Myanmar seolah-olah merayu perhatian dunia terha¬dap apa yang
berlaku terhadap etnik itu.
Malangnya di Malaysia kita sedang sibuk dengan perdebatan mengenai
politik picisan. Berita mengenai penghapusan satu bangsa itu oleh
kerajaan negara Myanmar sama sekali tidak dipedulikan.
Saya juga tidak nampak satu kesung¬guhan daripada pihak kerajaan
Malaysia sendiri untuk menghantar nota bantahan terhadap apa yang
berlaku di negara itu.
Atas semangat agama Islam dan ummah, apa salah campur tangan dalam
hal Rohing¬ya ini. Alihkan perhatian rakyat daripada isu politik dalam
negara kepada isu Roh¬ingya ini.
Ayuh bangkit Malaysia, kita buat bising untuk menghentikan pembunuhan bera¬mai-ramai umat Islam itu.
Satukan umat Islam di Indonesia, Brunei dan ASEAN untuk bersuara dengan kita.
Walaupun mangsa itu bukan Islam sekali pun kita amat sedih melihat, membaca dan mengetahui mengenai tragedi kemanu¬siaan ini.
Hentikan terus daripada bercakap men¬genai Anwar Ibrahim kerana
selagi kita ter¬us bercakap mengenainya, negara ini akan terus
berpolitik dan dia akan terus segar-bugar.
Kita semua sudah tahu dia ialah seorang yang gilakan perhatian dan publisiti sejak berada dalam kerajaan BN lagi.
Pedulikan dia. Ayuh alihkan perhatian kepada soal kemanusiaan ini.
Etnik Rohingya sedang disembelih, kam¬pung mereka dibakar. Laporan
Agensi Sabtu lalu memetik seorang aktivis Rohingya meny-atakan, anggota
etnik dilayan seperti haiwan.
Saya merasa sangat takut. Kami tidak mempunyai sebarang perlindungan
di ne¬gara ini. Kerajaan kami sedang menindas kami," katanya seperti
dilaporkan laman web akhbar Burma Times.
Etnik Rohingya Islam sering menjadi mangsa penindasan pihak berkuasa
Myan¬mar dengan ada antara wanita dan gadis di¬rogol serta dibunuh
dengan kejam.
Tahun lalu, saluran televisyen BBC me¬laporkan, kanak-kanak Rohingya
Islam dibakar hidup-hidup ketika konflik agama dan etnik itu merebak di
tengah Myanmar.
Kebanyakan serangan itu turut dirakam di hadapan anggota polis Myanmar, lapor BBC.
Laporan terbaharu dari daerah Naypy¬idaw, Sabtu lalu, menyebut
Myanmar me¬mulakan operasi pembersihan etnik Ro¬hingya Islam apabila
seorang saksi yang terselamat mendakwa sebanyak 700 wanita dan
kanak-kanak dibawa menaiki beberapa trak tentera ke lokasi yang tidak
dinyatakan dalam satu kejadian 22 Januari lalu.
Menurut saksi itu, Aisha kepada badan ke¬bajikan Partners Relief
Development (PRAD), dia melihat banyak trak tentera membawa askar dan
anggota pelampau bersenjata api dan belantan memasuki kampungnya,
Kil¬ladong Majarpara, di barat Myanmar yang didiami lebih 2,500 orang
etnik itu.
Ayuh umat Islam Malaysia, kasihanilah saudara seagama kita di sana. Bersatulah. Kalau bukan kita, siapa lagi?
Amnesty International hanya buat bising jika polis kita menyembur air
ke atas para pendemo pakatan pembangkang, tapi di mana mereka apabila
etnik itu sedang diha¬puskan?
Di mana masyarakat antarabangsa?
Mengapa Amerika Syarikat tidak mahu mengenakan sekatan ekonomi terhadap Myanmar di atas pembunuhan beramai-ramai itu?
Adakah sekatan ekonomi hanya dikena¬kan semasa darling Barat yang
mereka panggil pemimpin prodemokrasi, Aung San Suu Kyi dikenakan tahanan
dalam rumah?
Apakah mereka mahu melihat satu lagi Bosnia yang disembelih oleh Serb tanpa dipedulikan oleh sesiapa?
dan lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

Islam adalah agama ilmu. Orang berilmu mempunyai kedudukan tinggi dalam
Islam kerana mengenali Wujud yang tertinggi, iaitu Wujud yang hakiki dan
pengenalan itu menimbulkan sifat takut dan gerun kepada-Nya (Fatir:
28). Dengan itu al-Quran menggelarkan mereka ‘ulama’.
Sayyidina Ali RA. menyatakan mengenal Allah adalah permulaan agama
kerana tidak mungkin seorang hamba benar-benar mengerjakan ketaatan
kepada-Nya tanpa mengenali Zat, Sifat dan Perbuatannya.
Mengenal Allah adalah maksud sebenar al-Quran, manakala syariat dan
ibadah adalah jalan kepada-Nya. Pastilah nyata keutamaan maksud dan
jalan yang menyampaikan kepada maksud.
Takut kepada Allah adalah tanda mengenali-Nya, maka wajiblah kita fahami
bahawa mereka yang tidak takut kepada-Nya adalah mereka yang tidak
mengenali-Nya. Mereka bukanlah ulama menurut takrifan al-Quran walaupun
seluruh manusia menggelarkan mereka ulama. Mereka adalah ulama palsu.
Ciri-ciri ulama palsu
Antara tanda seseorang itu tidak kenal Allah adalah dia berani bercakap
sembarangan tentang-Nya, persis percakapan kaum yang kafir yang mengikut
hawa nafsu, sedangkan kita ditegah daripada menuruti hawa nafsu mereka
setelah datang kepada kita ilmu, yakni petunjuk al-Quran (al-Baqarah:
120).
Ulama palsu tidak takut kepada Allah kerana mereka lebih bimbangkan
kedudukan dan kemasyhuran mereka di sisi manusia. Bagi memastikan
kedudukan dan kepentingan diri dan puak yang mereka sokong, mereka
sanggup menyembunyikan kebenaran dan membiarkan kebatilan.
Contoh kebatilan itu ialah yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini
bahawa menurut seorang tokoh agama dari Timur Tengah, kalimah Allah
adalah milik semua manusia. Sekiranya benarlah itu yang dikatakannya,
maka ia adalah kebatilan nyata.
Bagaimanakah mungkin dari segi adab untuk kita mengatakan bahawa Nama
Allah milik semua manusia sedangkan Allah telah menegaskan dalam
al-Quran bahawa Nama-nama Yang Indah itu adalah milik-Nya (al-Hashr:
24), iaitu Nama-nama yang Dia berikan sendiri bagi merujuk kepada
Zat-Nya.
Oleh itu, sesiapa pun selain daripada-Nya tidak layak untuk
menggunakannya. Tiada orang yang akan memakai nama Allah, al-Rahman,
al-Rahim dan al-Jabbar melainkan dia benar-benar jahil lagi sesat dan
tiada kerajaan Islam akan membenarkan perbuatan seumpama itu dilakukan
tanpa pembanterasan.
Yang dibenarkan adalah apabila ditambah di hadapannya perkataan ‘Abd’
yang bererti ‘hamba.’ Maka kita temui nama-nama seperti Abdullah, Abdul
Rahman, Abdul Rahim dan Abdul Jabbar.
Sekiranya nama itu milik semua manusia, sememangnya tiada masalah untuk
sesiapa pun menggunakannya kerana pemilik sesuatu memang berhak
memperlakukan apa saja dengan apa yang dia miliki.
Sejarah al-Hallaj
Sejarah menunjukkan bahawa al-Hallaj telah dihukum mati dengan sebab
kata-katanya: “Akulah al-Haqq!” Alasannya amat jelas: nama ‘al-Haqq’ itu
milik Allah semata-mata, dan ia tidak boleh digunakan
sewenang-wenangnya bagi merujuk kepada yang selain daripada-Nya. Nasib
Hallaj pastilah berbeza sekiranya dia mengatakan: “Ana Abd al-Haqq”
(akulah hamba al-Haqq) kerana itu adalah kenyataan yang benar.
Hanya mereka yang tidak kenal Allah dan tidak takut kepada-Nya akan
mengeluarkan kenyataan sedemikian. Kenyataan itu ternyata selari dengan
pandangan kaum yang disebut dalam al-Quran sebagai pengikut hawa nafsu.
Kenyataan seperti itulah yang dinanti-nantikan oleh puak Katholik yang
berkeras bahawa kalimah ‘Allah’ adalah milik semua. Mereka mendakwa
‘berhak’ menggunakan nama itu bagi merujuk kepada sebarang tuhan yang
disebut dalam kitab mereka sama ada yang dirujuk sebagai ‘God’ (Allah),
‘god’ (allah), mahupun ‘gods’ (allah-allah).
Ternyata mereka berjaya mengelirukan sebahagian orang Melayu dengan
memakai hujah kebebasan beragama. Hakikatnya, ini bukanlah soal hak
kebebasan beragama, sebaliknya soal pemalsuan kalimah dan penyelewengan
makna.
Malang sekali, terlalu ramai dalam kalangan Muslimin terpedaya kerana
bertuankan ulama palsu yang melihat kepentingan politik mengatasi
kepentingan agama dan bangsa.
Penulis adalah Fello Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia
-BH.