Barang siapa makan barang haram sedang dia lama menjalankan ibadah , maka dia seperti burung merpati yang mengerami telur busuk. Dia telah memayahkan dirinya kerana lamanya diam di tepat padahal tak satupun yang menetas, sebaliknya telur itu keluar menjadi busuk. ___ Ali Al Khawwas

..

5 Makhluk Lagenda Dalam Cerita Rakyat Malaysia Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (A-li'Imraan 3:107) .
SUMBER ARKID DI LONDEH KLIK SINI
TV ALHIJRAH     /    TV1  /   TV2    /     TV3   /     NTV7   /    TV9
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. (Al-Baqarah 2:16) .

PANAS>>Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq

KUASA

SUDAH diberi ingat.... hendak juga.. ikut...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:149)) . .. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah 2:10) . Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(A-li'Imraan 3:177) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?(An-Nisaa' 4:144).

My Blog List

Saturday, December 18, 2010

ANWAR SEMAKIN GELISAH...SAIFUL SEMAKIN TENANG

SAIFUL SEMAKIN TENANG MANAKALA ANWAR SEMAKIN GELISAH
WikiLeaks : Dr M Yakin Lee Kuan Yew Tahu Aktiviti Anwar


Bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan sisi gelap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar Australia bahawa Lee Kuan Yew sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) bahawa beliau sendiri mempercayai Anwar sememangnya melakukan aktiviti liwat itu bersama seorang pembantu lelakinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.Klik sini dan di sini

“Ya memang… saya pun fikir dia (Lee) tahu tapi parti politik saja buat tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Globalizing Malaysians in 2020” di Universiti Tenaga Nasional di Putrajaya hari ini.

Pendedahan akhbar Australia itu bersumberkan pendedahan sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya itu terbongkar.

Agensi perisikan Singapura mempercayai Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berasaskan bukti risikan teknikal, yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.

Pada 22 September 1998, Dr. Mahathir telah dimaklumkan mengenai perlakuan sumbang di luar tabii Anwar Ibrahim semasa Tun Hanif Omar menjadi Ketua Polis Negara lagi, pada tahun 1993, tetapi beliau tidak mempercayainya.

‘Dan tahun lalu (1997) saya mendengarnya semula… pada mulanya saya mengesyaki mungkin tuduhan itu dibuat atas perasaan cemburu (oleh musuh politik Anwar)”, kata Dr Mahathir.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, untuk mempercayai tuduhan-tuduhan terhadap Anwar, beliau telah menemu ramah sendiri mangsa-mangsa yang dikatakan terbabit dengan aktiviti luar tabii Anwar itu, iaitu Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan pemandunya (Azizan Abu Bakar) tanpa kehadiran pihak-pihak lain (termasuk polis). Klik di sini

Tun Haniff Omar memberi keterangan di Mahkamah Tinggi sebagai saksi pihak pendakwa kes liwat I pada tahun 1999.Tun Haniff Omar turut mengesahkan beliau pernah memberitahu Dr Mahathir mengenai kegiatan Anwar itu pada 9 Oktober 1993, yang memaklumkan bahawa Anwar mempunyai hubungan homoseksual dengan dua lelaki yang salah seorang daripadanya adalah warganegara asing.

Menurut bekas Ketua Polis Negara itu, Dr Mahathir ketika itu mendiamkan diri yang menunjukkan reaksi tidak mempercayai laporan tersebut. Katanya, dua tiga hari selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir pada Oktober 1993, beliau didatangi oleh orang perantaraan Anwar yang menyatakan keinginan Anwar untuk berbincang dengannya.

”Saya tanya kepada orang perantaraan itu, sebab apa Anwar hendak jumpa? Mereka berkata, ‘sebab benda sensitif yang Tan Sri telah taklimatkan kepada PM’.

”Pada jangkaan saya Anwar telah dimaklumkan oleh Dr. Mahathir (berhubung perlakuan seks luar tabii),” katanya.

Berikutan itu, satu pertemuan telah diatur di antara Haniff dengan Anwar di kediaman Anwar selepas sembahyang Subuh.

Katanya, jelas pada pertemuan itu Anwar mengetahui apa yang beliau (Haniff) tahu dan Anwar tidak bertanya bagaimana beliau mendapat tahu dan mengapa ia dilaporkan kepada Perdana Menteri.

Ketika ditanya adakah Anwar menafikan maklumat tersebut, Haniff menjawab, Anwar tidak menafikan dan tidak bertanya lebih lanjut.

Dalam pertemuan dengan Anwar itu, Haniff pernah menasihatkan Anwar supaya menghentikan perbuatan homoseksualnya selepas polis menemui bukti-buktinya berkenaan hubungan seks luar tabii itu.Klik di sini

Dr M Menang, Mahkamah Persekutuan Kekal Imej Anwar Sebagai GAY
AIDCNews


http://pakmie.blogspot.com/



SELURUH DUNIA YANG MAHUKAN KEBENARAN AMINKAN DOA SAIFUL

YANG HAK PASTI BERDIRI YANG BATIL PASTI JATUH...AMIN...
Peringatan kepada puak PKR yang buta hati dan memperlekehkan doa Saiful Bukhari ketika berada di tanah suci selama 42 hari.Dari Mu'adz bin Jabal Radhiyallahu 'anhu bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:Maksudnya: Takutlah kepada doa orang-orang yang teraniyaya, sebab tidak ada hijab antaranya dengan Allah (untuk mengabulkan)[Shahih Muslim, kitab Iman 1/37-38].

Dipetik daripada blog Saiful,


http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/2010/12/kenangan-terindah-haji-1431.html


PEMIMPIN YANG KOTOR

MENJADI PEMIMPIN DENGAN CARA TIPU DAYA...

Anwar ternyata kalut, masalah Sungai Buloh, masalah Putera Jaya, masalah PKR, masalah dalam Pakatan dan sebagainya. Orang yang menjadi harapan pula seorang demi seorang meninggalkan beliau. Ada juga kenalan yang lama dan rapat yang meninggalkan beliau sekarang pula menjadi penyambut tetamu jika ditakdirkan kunjungan beliau sekali lagi ke Sg Buloh. Satu langkah bijak jika Anwar ke Sg Buloh sedikit sebanyak meringankan bebanan fikiran Anwar yang diluar - Anwar boleh tumpu hukuman dalam penjara sahaja. Anwar terus tersepit - diluar pun berat didalam pun berat. Depan belakang sama sahaja...Kita sebagai rakyat marhean jangan sesekali mengheret masalah pemimpin semacam ini kedalam fikiran kita, keluarga kita,masyarakat kita, agama kita dan seterusnya kepada negara kita Malaysia.

Baca lagi...

http://pakmie.blogspot.com/


Hanya menunggu waktu dan ketika yang tepat, waiting for the right time..

Kali ini info diterima dari utara tanahair. Ada rakaman VCD bakal diedarkan tidak lama lagi. VCD ini akan membuktikan betapa bercabangnya lidah makhluk yang bernama Anwar Ibrahim..!!

Rakaman VCD pendek, memakan masa lima minit dua puluh saat [5;20;00]. Ianya berlaku jam 4.35 petang bertempat di Yayasan Aman, Penanti, Bukit Mertajam pada 8 Januari 2008, sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Pembahagian Kerusi Barisan Alternatif [waktu itu belum menang besar, Pembangkang belum lagi menggunakan nama Pakatan Rakyat].

Ketika ini dikatakan waktu yang amat sesuai untuk diedarkan VCD tersebut kerana semakin banyak insiden demi insiden yang menunjukkan hubungan dalaman Pakatan Pembangkang sudah semakin rapuh..! Dalam rakaman VCD ini, Anwar Ibrahim telah menghentam, mengutuk pemimpin dan konsep parti PAS dan DAP didepan pemimpin PKR. Begitu emosinya Anwar melabelkan DAP dan PAS sebagai TAMAK,,! BODOH…! SOMBONG…! Tindakan Anwar ini amat memeranjatkan ramai pemimpin PKR ketika itu kerana sebaik sahaja pemimpin DAP dan PAS hadir, Anwar terus berubah nada dan kata katanya semakin lemah lembut, terserlah “mainan wayang” serta lakonan Penasihat PKR itu…

http://medan-info-kita.blogspot.com/2009/08/gempar-ada-vcd-anwar-bakal-diedarkan.html

..

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:177) .

LONDEH

LONDEH

BLOG-BLOG PISANG PANAS

ADA LAGI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

ada di LONDEH2U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
GAMBAR-GAMBAR pelik yang seakan di londehkan oleh si tukang gambar dan yang pelik-pelik secara semula jadi. x LIVE webcam dimana jua
  • LIVE webcam online (3)
  • LAYAN - Live Image (Webcamera)
  • LAYAN.. live on.. African wilderness! LIVE Safari
  • http://www.justin.tv/wildearthtv/popout
  • Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash