SUDAH MAHIL.. MENGAKU SENDIRI TUH?tanpa segan silu )
Pengakuan penyanyi Krisdayanti (KD) bahawa hamil empat bulan telah mendapat kecaman daripada ulama. Mereka berdua baru bernikah 20 Mac lalu tetapi KD sudah hamil 4 bulan. Pemimpin Front Pembela Islam (FPI) DKI Jakarta, Habib Selon berkata, perbuatan KD itu lebih buruk daripada mendedahkan aurat dan pergaulan bebas.
Dipetik dari Lulupages
Krisdayanti (KD) sedang mengandung anak pertama dari pernikahan keduanya dengan Raul Lemos. Ketika diawal kehamilan, anehnya Raul yang mengidam.
"Yanti tidak mengidam apa-apa. Malah Raul yang mengidam," ungkap sahabat KD, Iis Dahlia.(macam rileks je kan?)
Menurut Iis, KD gembira dengan kehamilan anak pertamanya dari Raul. Apatah lagi, mantan isteri Anang Hermansyah itu memang menginginkan seorang anak dari Raul.
"Ya, dia gembira. Inikan khabar baik. Semua orang yang nikah pasti menginginkan anak. Apalagi mereka ingin memiliki seorang anak," tukasnya. (baca betul2 ayat yang diBOLDkan. Suka ek dia?rileks je buat pengakuan)
Pada mulanya KD dikhabarkan sedang hamil dua bulan, sedangkan pernikahan belum genap sebulan sejak akad nikah di Masjid Sahid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Jakarta, 20 Mac 2011.
Namun muncul pengakuan KD di salah satu tabloid bahawa dirinya benar sedang hamil. Bukan 2 bulan, tapi 17 minggu iaitu 4 bulan.(MENGAKU SENDIRI TUH?tanpa segan silu )
dan ini pulak pengakuan KD berkaitan isu tersebut : sumber MakNgohSelamoh
Tegasnya, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya terima ketentuan itu dengan hati yang terbuka
"Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak," katanya.
maknanya memang betul la anak luar nikah?aduhh. Dia ni Islam kan?dah la public figure. Tunjuk pulak contoh tak betul . Aku rasa la kan, kalau di Malaysia mau dah kena macam macam dah lepas buat pengakuan berani mati cam tu. Dah la di Indonesia taraf KD ni dah Diva macam Datuk CT kat Malaysia. tak leh bayangkan kalau CT mengaku macam ni, apa orang akan fikir?(sebagai contoh. CT tak macam tu kan?)
Kris Dayanti akhirnya mengaku hamil empat bulan
Penyanyi Kris Dayanti akhirnya mengaku dia telah hamil empat bulan dan terpaksa menerima hakikat itu biarpun dilempar dengan pelbagai kecaman oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah.
Mahu atau tidak, Kris, 36, dan suaminya, Raul Lemos, 40-an, menerima berita itu dengan rasa tanggungjawab selepas menyedari kesilapan mereka sebelum berkahwin.
“Kami sudah dewasa. Kami menerima berita ini (kehamilan) dengan rasa tanggungjawab,’’ jelas Kris yang kini berada di Bali bersama suaminya.
Kris bernikah dengan usahawan dari Timor Leste itu pada 20 Mac lalu.
Dalam teks khidmat pesanan ringkas (SMS), Kris memberitahu Kosmo!, dia pada mulanya tidak berniat menghebahkan secara terbuka berita kehamilan itu kerana ia perkara sensitif.
Namun Kris berpendapat, adalah lebih baik dia sendiri mengesahkan perkara itu daripada membiarkan ia keluar dari mulut orang lain.
“Benda ini (kehamilan) sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul cerita yang tidak betul seperti saya melakukan abortion (gugurkan kandungan) pula,” katanya.
Berita hiburan indonesia gempar lagi dengan pengakuan Kris Dayanti yang hamil 4 bulan.. beliau di ceraikan oleh ANang pada 2 Sep 2009 dan berkahwin dengan Raul Lemos pada 20 Mac 2011… baru berapa bulan ni?? satu bulan kan? dah hamil 4 bulan..
So, erkkk…pandai pandai lah korunk pikir ek. huhuh.. Jangan la ada kat Malaysia artis camni..adoi..
JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti mengakui dia kini hamil empat bulan selepas bernikah dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos pada 20 Mac lalu.
Tegasnya, hal itu sudah pun terjadi dan dia serta suaminya terima ketentuan itu dengan hati yang terbuka.
"Kehamilan ini sudah terjadi. Kalau apa yang diberikan Allah ini tidak saya akui, nanti timbul pula cerita yang tidak betul. Kononnya, saya gugurkan anak," katanya.Source : Harian Metro
Pernikahan Krisdayanti 1