BEIJING - Seorang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram yang baru lahir
berjaya diselamatkan dari paip kumbahan sebuah apartmen di Jinhua
selepas dipam melalui lubang tandas, kata beberapa media tempatan.
“Nasib baik bayi itu selamat,” kata seorang polis yang enggan dikenali lapor portal berita hangzhou.com.cn.
Beberapa penduduk di Jinhua, di wilayah timur Zhejiang menghubungi
bomba selepas terdengar tangisan bayi berusia dua hari di tingkat empat
bangunan tersebut.
Anggota bomba dan doktor mengambil masa hampir sejam untuk menggeluarkan bayi dari paip kumbahan yang dipotong. - AFP