Ahmad Asy Syaraa Gelar Open House di Istana Suriah
-
DAMASKUS (Arrahmah.id) — Presiden Ahmad Asy Syaraa bersama ibu negara
menggelar acara open house Idul Fitri 1446 H dengan menyambut anak-anak
Syuhada di Is...
KEHEBATAN PEMIMPIN.
-
KETIKA dia menundukkan diri, bukan kerana tunduk kepada manusia.
Tetapi kerana tingginya penghormatan kepada insan sekecil-kecilnya.
Inilah lambang kepimp...
-
Pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor? January 16, 2025 Share
SHAH ALAM: PAS Selangor melahirkan rasa bimbang dan kesal dengan kegiatan
pindah mi...
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
-
SECANGKIR KOPI 37
PAU 2019: UMNO MENUJU NARATIF POLITIK BAHARU
Hampir seminggu berlalu Perhimpunanan Agung UMNO 2019 (PAU 2019) melabuhkan
tirainya. Se...
Perbedaan Gadai BPKB Dan Gadai Unit
-
Jangan salah, program gadai kendaraan (mobil atau motor) itu bisa
dilakukan dalam dua jenis yakni gadai BPKB dan gadai unit. Sepintas
keduanya memang miri...
puisi usman awang
-
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila menga...
BANI JAWI HAQ ALLAH HU TA'ALLA
-
[image: Tiada penerangan foto disediakan.]
[image: Tiada penerangan foto disediakan.]
[image: Imej mungkin mengandungi: kasut]
[image: Imej mungkin meng...
SUKARELAWAN DIPERLUKAN SEGERA DI SABAH!
-
Majlis Belia Sabah 22 hrs · SUKARELAWAN DIPERLUKAN SEGERA! Pihak kami
mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan orang ramai yang prihatin
akan nasib ...
Video:How to make money using bitcoin telegram
-
Legitimate crypto telegrams bot list ✔ now & working ✔ 🔽
Honestly for me, i just stay with pirate, the only one i see legit , fun
and open about thei...
Prostitution in Pakatan Harapan
-
Prior to General Election, this guy, a workers' union leader call for 14
million workforce in Malaysia to vote Pakatan Harapan.
It end up, he come out wit...
TUN SAKARAN DANDAI MEMBUAT KEJUTAN DI SEMPORNA
-
I was very shocked with a new video clip that has emerged attributed to
YABhg. Tun Sakaran Dandai, former Sabah Chief Minister and minister in the
feder...
14 Aku Janji Manifesto BN PRU14
-
*14 AKUJANJI KEPADA RAKYAT DALAM MANIFESTO BN PADA PRU 14*
*1. Ekonomi Keperluan Rakyat*
》Kerajaan BN komited ke arah membantu rakyat dalam menangani p...
MANIFESTO BN 2018 TERBAIK DALAM SEJARAH
-
Manifesto BN bagi PRU14 yang menggariskan 364 inisiatif dilancarkan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi adalah yang terbaik dalam
seja...
Azmin Tak Perlu Gelabah Kalau Tak Buat Salah
-
[image: azmin-azwan-umi]
Bila terkena batang hidung sendiri pandai pula Azmin marah dan kecam pihak
yang cuba membuat serangan berbaur politik terhadap d...
Cepat Wehh Komer...Kemaskini BR1M 2018 !!!
-
*Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan
penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27
November 2017 sehin...
Parti dedak Mahathir tak mampu gugat UMNO.
-
*2 Ogos 2016* - Hebat mana sangat parti dedak yang bakal diasaskan bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tu??? Mampu menggegarkan seluruh
dunia ...
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA
-
Seorang pekerja seks di Peru, Angela Villion Bustamante bertanding dalam
pilihan raya umum negara itu pada tahun ini.
Pekerja seks selama 30 tahun itu me...
Anwar Gabra Nak Jawab Dia Biseksual
-
http://www.youtube.com/watch?v=hNuaXVnF1XAendofvid [starttext]Soalan berani
yang tak dijangka itu telah membuat Anwar tersalah 'spin' dan tak mampu
bagi ja...
Ucapan dari Moderator MF
-
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
*P*engetahuan rahsia itu hanya untuk mereka yang memahami.Kata-kata ini
tepat apabila anda sedang menc...
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN
-
Selain daripada bangsat Ng Wei Aik, Amir Ghazali dari PKR dan Yusni Mat
Piah dari PAS telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Mala...
MASYARAKAT Melayu masih ramai belum mengetahui bahawa di Melaka ada
beberapa orang tokoh dunia Melayu yang terkorban sebagai syuhada kerana
membela kemuliaan Islam dan bangsa Melayu.
Mereka sanggup berkorban apa saja, termasuk harta dan nyawa, demi
berjuang mengusir penjajah Portugis mahupun Belanda. Di antara sekian
ramai yang gugur sebagai syuhada termasuklah seorang ‘ulama’ sufi dunia
Melayu yang paling terkenal. Beliau bermakam di Melaka. Ulama yang
dimaksudkan ialah Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i yang terkorban sebagai
syuhada kerana berperang dengan Portugis.
Sejarah yang penting tentang tokoh besar yang syahid fisabilillah di
Melaka juga ialah Raja Haji bin Upu Daeng Celak yang terkorban kerana
melawan penjajah Belanda. Saya berpendapat bahawa Raja Haji ialah
pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung dan terhebat semacam
Hang Tuah memandangkan daerah operasinya di daratan dan maritim yang
amat luas. Raja Haji inilah yang menjadi topik perbicaraan dalam artikel
ini.
Daripada sebelah ayahnya, Raja Haji berasal daripada keturunan
raja-raja di tanah Bugis, negeri Luwuk. Di sebelah ibunya pula berasal
daripada keturunan raja-raja Melayu. Raja Haji lahir di Kota Lama, di
Hulu Sungai Riau, pada tahun 1139 H/1727 M dan wafat pada hari Rabu di
Teluk Ketapang, Melaka, 19 Rejab 1198 H/8 Jun 1784 M.
Hubungan dengan ulama
Raja Haji walaupun bukan seorang ulama, namun dibicarakan juga dalam
ruangan ini, disebabkan beberapa faktor. Pertama adalah kerana beliau
sempat bergaul dengan beberapa orang ulama. Dipercayai beliau sempat
berjumpa dengan Saiyid Husein al-Qadri di Mempawah, iaitu guru ayah
saudaranya Upu Daeng Menambon. Putera Upu Daeng Menambon bernama Gusti
Jamiril ini mendapat pendidikan Islam yang padu. Gusti Jamiril adalah
saudara sepupu Raja Haji, kedua-duanya sempat bergaul. Dengan demikian
tata cara pergaulan Islam, sekali gus amalan keilmuan saudara sepupunya
itu, berpengaruh terhadap Raja Haji.
Dalam masa yang sama Raja Haji dan Gusti Jamiril sempat belajar
kepada Syeikh Ali bin Faqih yang berasal dari Patani. Beliau ini ialah
Mufti Mempawah yang kedua, menggantikan Saiyid Husein al-Qadri. Makam
beliau disebut ‘Keramat Pokok Sena’ terletak di Perkuburan Kampung
Pedalaman Mempawah. Hubungan Raja Haji dengan Saiyid Abdur Rahman bin
Saiyid Husein al-Qadri, Sultan Pontianak yang pertama juga sangat dekat.
Saiyid Abdur Rahman al-Qadri ialah suami Utin Cenderamidi bin Upu Daeng
Menambon. Faktor kedua, daripada keturunan Raja Haji ramai yang menjadi
ulama di antaranya Raja Ali Haji (cucu beliau) yang sangat terkenal
itu. Keturunan beliau yang turut menjadi ulama ialah Raja Haji Umar bin
Raja Hasan bin Raja Ali Haji dan lain-lain.
Gelaran yang disandang
Raja Haji menyandang pelbagai gelaran yang diberikan antaranya ialah
Engku Kelana (1747M - 1777M), Pangeran Sutawijaya, Yang Dipertuan Muda
Riau-Johor IV (1777M - 1784M), Raja Api, Marhum Teluk Ketapang, Marhum
Asy-Syahid fisabilillah. Yang terakhir, secara rasmi atas nama sebuah
pemerintahan, Raja Haji dianugerahi gelaran Pahlawan Nasional Indonesia
memperoleh Bintang Mahaputera Adipradana oleh Presiden Republik
Indonesia di Jakarta pada 11 Ogos 1997.
Tahun 1756M - 1758M Raja Haji bersama sepupunya Daeng Kemboja
memimpin Perang Linggi melawan Belanda. Perang Linggi melibatkan
pasukan-pasukan Melayu yang berasal dari Linggi, Rembau, Klang, Selangor
dan Siak.
Sewaktu Syarif ‘Abdur Rahman al-Qadri memerangi Sanggau, Raja Haji
ialah sebagai Pahlawan Perang. Perang berlaku pada 26 Muharam 1192H/24
Februari 1778 M sehingga 11 Safar 1192H/11 Mac 1778 M. Raja Haji pula
melantik Syarif Abdur Rahman al-Qadri sebagai sultan yang pertama
Kerajaan Pontianak sekali gus Raja Haji menyusun kerangka pentadbiran
kerajaan itu.
Raja Haji merupakan satu-satunya pahlawan Nusantara yang pernah
menjejak kakinya hampir ke seluruh negeri-negeri Melayu. Di antaranya
Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Langkat, Inderagiri, Jambi,
Muntok/Bangka, Pontianak, Mempawah dan lain-lain. Jika kita bandingkan
dengan semua pahlawan di Nusantara, seumpama Pangeran Diponegoro, Imam
Bonjol, dan lain-lain, mereka hanya beroperasi di daratan saja dan tidak
mengalami perang maritim. Jika kita bandingkan dengan Sultan
Hasanuddin, beliau ialah seorang pahlawan maritim saja, tidak banyak
pengalaman dalam peperangan di daratan. Kalau ada hanyalah sekitar
Sulawesi Selatan.
Kalau kita banding dari segi yang lain pula, bukan bererti
memperkecil-kecilkan pejuang yang lain, tetapi sejarah mencatatkan
bahawa ramai pejuang ada yang menyerah kepada penjajah. Ada yang
tertangkap kerana ditipu secara licik dan lain-lain. Semua yang tersebut
berbeza dengan Raja Haji. Beliau lebih rela mati di medan juang
daripada menyerah ataupun tertipu oleh pihak musuh. Pada 18 Jun 1784 M
Raja Haji terbunuh sebagai syahid fisabilillah dalam peperangan melawan
Belanda pimpinan Jacob Pieter van Braam di Melaka. Pasukan Melayu yang
tewas bersama Raja Haji dianggarkan sekitar 500 orang. Sebagaimana pada
mukadimah yang telah saya nyatakan, “... Raja Haji bin Upu Daeng Celak
merupakan pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung dan terhebat
sesudah Hang Tuah....”
Walau bagaimanapun, haruslah kita sedar bahawa kisah Hang Tuah lebih
bercorak mitos. Berbeza dengan Raja Haji. Kisah beliau tercatat sebagai
sejarah yang dibuktikan dengan data dan fakta yang tidak dapat ditolak.
Oleh itu jika ditinjau dari segi sejarah bererti ‘Raja Haji pahlawan
dunia Melayu yang terbesar dan terhebat, bukan Hang Tuah.’
Kejadian aneh
Raja Ali Haji dalam Tuhfat an-Nafis meriwayatkan kejadian aneh
terhadap jenazah Raja Haji setelah mangkat dalam keadaan syahid
fisabilillah seperti berikut, “Syahdan adalah aku dapat khabar daripada
itu daripada orang tua-tua yang mutawatir, adalah sebelum lagi
ditanamnya mayat Yang Dipertuan Muda Raja Haji, al-Marhum itu, maka
ditaruhnya di dalam peti hendak dibawanya ke Betawi, sudah sedia kapal
akan membawa jenazah al-Marhum itu. Maka menantikan keesokan harinya
sahaja, maka pada malam itu keluar memancar ke atas seperti api daripada
peti jenazah al-Marhum Raja Haji itu. Maka gaduhlah orang Melaka itu
melihatkan hal yang demikian itu. Di dalam tengah bergaduh itu kapal
yang akan membawa jenazah al-Marhum itu pun meletup, terbakar, terbang
ke udara segala isinya serta orang-orangnya. Seorang pun tiada yang
lepas.
“Syahdan kata qaul yang mutawatir, tiadalah jadi dibawa jenazah
al-Marhum itu pindah ke negeri yang lain. Maka ditanamkan jua di Melaka
itu, hingga datang diambil dari negeri Riau adanya. Dan kata setengah
qaul yang mutawatir sebab itulah digelar oleh Holanda yang dahulu-dahulu
dengan nama Raja Api adanya....” (Tuhfat an-Nafis, Naskhah Terengganu,
hlm. 151)
Pada pandangan saya riwayat di atas mencerminkan kemuliaan seseorang
yang wafat dalam syahid fisabilillah kerana berjuang untuk kepentingan
agama Islam atau memperjuangkan bangsanya, iaitu bangsa Melayu yang
dicintainya. Perjuangan demikian mencerminkan kerana patuh kepada
perintah Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu tulisan Abdullah Munsyi dalam
buku Hikayat Abdullah yang mengatakan bahawa mayat Raja Haji ditanam
tempat kandang babi perlu dipertikaikan dan dibahas secara ilmiah.
Tulisan Abdullah Munsyi selengkapnya sebagai berikut, “Sebermula di
balik kebun kompeni itulah ditanamkan Raja Haji. Iaitu seorang Raja
Melayu yang berkuasa adanya. Asalnya iaitu keturunan Bugis. Maka
isterinya bernama Ratu Emas. Maka ialah yang telah datang memerangi
Melaka pada zaman Holanda – maka adalah daripada zaman itu sampai masa
ini (maksudnya hingga masa Abdullah Munsyi menulis hikayatnya, pen:)
kira-kira lebih sedikit daripada 60 tahun – maka hampir-hampir dapat
Melaka olehnya. Maka berkeliling jajahan Melaka dan kampung-kampung
semuanya sudah didapatnya melainkan tinggallah Melaka bulat-bulat sahaja
yang belum didapatnya. Maka pada masa itu segala bangsa yang ada di
dalam Melaka masuk perang melawan Holanda daripada Melayu, Keling, Cina,
Serani masing-masing ada dengan kapitannya dan kepala perangnya. Maka
adalah beberapa tahun diperanginya lalu matilah Raja Haji itu dimakan
peluru di Tanjung Palas nama tempatnya. Kemudian diambil Holanda
mayatnya itu ditanamkan di balik kebun yang tersebut itu. Ada pun
khabarnya yang kudengar, tempat itu kandang babi. Kemudian ada kira-kira
20, 30 tahun di belakang datanglah anak buah-anak buah Raja Haji itu
dari Lingga dan Riau ke Melaka meminta izin kepada raja Inggeris hendak
dipindahkannya kubur itu ke Riau. Maka diberikanlah izin. Lalu
dibawanyalah pergi....” (Hikayat Abdullah, hlm. 57 - 58)
Riwayat Abdullah Munsyi tentang Raja Haji ditanam di kandang babi
adalah sukar diterima disebabkan: Pertama, jauh berbeza dengan yang
ditulis oleh Raja Ali Haji seperti tersebut di atas. Kedua, orang yang
wafat keadaannya syahid fisabilillah adalah dimuliakan oleh Allah
s.w.t.. Dalam al-Quran disebutkan bahawa “orang-orang yang mati syahid
adalah tidak mati, dalam kubur mereka diberi rezeki.” Dalam hadis Nabi
s.a.w. pula sangat banyak menyebutkan kelebihan orang yang mati syahid.
Pandangan saya ini bukan bererti menuduh Abdullah Munsyi telah melakukan
pembohongan dalam tulisannya, kerana beliau sendiri menyebut pada awal
kalimatnya, “Ada pun khabarnya yang kudengar”. Oleh itu pelbagai andaian
boleh dibuat. Yang pertama, boleh jadi khabar yang didengar itu sengaja
diproses oleh pembohong-pembohong daripada kalangan penguasa penjajah
ketika itu untuk menghapuskan kebangkitan jihad orang-orang Melayu Islam
yang tidak suka negerinya dijajah oleh golongan yang bukan Islam.
Kedua, kemungkinan tekanan kuasa penjajah memaksa supaya Abdullah Munsyi
menulis sedemikian. Oleh itu kita perlu berfikir dan teliti setiap
kalimat dan perkataan yang ditulisnya.
Selain itu jika kita berfikir secara kritis dan membuat analisis
secara bebas, khusus pada konteks di atas, memang banyak kalimat ataupun
perkataan demi perkataan Abdullah Munsyi mengandung unsur-unsur politik
yang menguntungkan pihak penjajah pada zamannya. Sebagai contoh,
walaupun Abdullah Munsyi mengakui bahawa Raja Haji adalah seorang Raja
Melayu, namun pada sambungan kalimat Abdullah Munsyi menyebut pula
bahawa asal Raja Haji adalah keturunan Bugis. Kenapa Abdullah Munsyi
tidak menyebut Raja Haji dari sebelah ibunya adalah keturunan Melayu. Di
sini dapat diduga, jika disebut Raja Haji orang Melayu semangat orang
Melayu untuk berpihak kepada Raja Haji sukar dipadamkan.
Ahmad Asy Syaraa Gelar Open House di Istana Suriah
-
DAMASKUS (Arrahmah.id) — Presiden Ahmad Asy Syaraa bersama ibu negara
menggelar acara open house Idul Fitri 1446 H dengan menyambut anak-anak
Syuhada di Is...
-
Hello all,
It is with great sadness that I share with you the passing of our beloved
sister, Mother, and Grandmother, the individual that you all knew ...
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
-
Agihan Bubur lambuk secara percuma untuk masyarakat di Parlimen Jerai
GUAR CHEMPEDAK, 17 Apr 22 – Persatuan Parlimen Jerai Sejahtera akan
menganjurkan Pr...
عين ازال للعطورات
-
يمكنك من خلال متجر عين ازال للعطورات الحصول على عطور قديمة مميزة جدا، كما
يقدم المتجر كافة العطور والماركات العالمية وفق معايير الجودة والكفاءة.
يقدم ...
APA OPTION PALING BAIK YANG TSMY BOLEH PUTUSKAN?
-
Ketika termetrinya Piagam antara UMNO dan PAS, ramai yang menitis airmata.
Terharu dan gembira, bercampur baur perasaan. Berpuluh tahun bersengketa,
akhi...
Lebih 100 raikan Hari Keluarga Pasti An-Nadwah
-
SEMPORNA : Seramai 122 orang hadir dalam meraikan Hari Keluarga anjuran
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) An-Nadwah Kunak, yang diadakan di sebuah
pusat r...
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah
-
*NEWS:*
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana
Neg...
#BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!!
-
Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir
apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional
menar...
LIVE AJL 34
-
KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34
*Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online *
*PASANG CCTV MURAH *
*IKLAN TEKS RM10 SEBU...
PROBLEMS BLOGGING
-
Hi..
Macam mana nak buat bila posting kita nak sign in di ganggu dengan
kemunculan view screen sebegini? Anybody can help me to solve this matter?
Nak...
Kebocoran baru dedah adik Najib miliki firma BVI
-
EKSKLUSIF | Adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak,
Mohamed Nizam adalah antara mereka yang dinamakan sebagai pemilik sebuah
syarikat ...
Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN
-
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan
bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak
d...
KEM CUTI SEKOLAH SMA AL MASRIYAH SIMPANG RENGGAM
-
WORKSHOP PELAJAR CUTI SEKOLAH. SEWAKTU CUTI SEKOLAH MADRASAH AKAN
MENGADAKAN KEM CUTI SEKOLAH KEPADA PELAJAR MADRASAH DAN DIBUKA JUGA KEPADA
ORANG AWAM YA...
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN
-
*SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA
PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM
11/5/2018 (J...
Bajet 2018 : Kerajaan BN Adil
-
GEORGE TOWN- Pengumuman kerajaan akan menaik taraf Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dalam Bajet 2018 adalah bukti kerajaan
persekutuan ti...
PRU14 KELANTAN MILIK BN
-
Bahangan PRU14 semakin panas. Bahagian2 maupun negeri semakin sibuk
mengatur program mempastikan Kelantan menjadi milik UmnoBN pada PRU14
sekaligus dapat ...
hello blog.
-
Ini kali lah...! Posting menentang arus itu memang tak popular. Tapi jika
posting membodek dan mengampu tetap digemar oran " Jika kita mengejar
AKHIRAT, DU...
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.
-
Ini disertakan beberapa BUKTI dan Link kenyataan- kenyataan berkaitan
Pakatan Harapan bersekongkol dan menyokong LGBT.
http://www.malaysia-today.net/musl...
SVille Homestay Ukay Perdana Kuala Lumpur
-
Teletak di lokasi strategik di pinggir ibu kota, SVille Homestay yang
dikelilingi kehijauan alam menggamit kedatangan anda ke sini. SVille
Homestay yang ...
ALHUSSEYN
-
ALHUSSEYN
------------------------------
Tok Lebai Marang yang malang...
Posted: 28 Jan 2017 05:00 AM PST
Latihan berdemo.... Kesian dengan Tok Lebai ...
Syerlena, Eksploitasi Wanita & Hantu Lapar
-
Tujuh tahun lepas, 2009, ketika Air Asia galak menjaja punggung
pramugarinya di dalam iklan sebagai komoditi tambah nilai nikmat terbang
bersama mereka, sa...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
GANI PATAIL DIPECAT KERANA MAHU DAKWA NAJIB?
-
Apa kecoh-kecoh ni Gani Patail?
Sekarang ni heboh kononnya Gani Patail dipecat kerana beliau telah bersedia
untuk mendakwa Perdana Menteri . Kononnya beli...
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?
-
Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa
tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak..
Tak...
Tajam dan pedih ucapan akhir Anwar....!
-
Sesudah Ketua Hakim Ariffin Zakaria membaca keputusan mengekalkan keputusan
Mahkamah Rayuan yang mengenakan lima tahun pejara ke atasnya, Anwar diberi
...
Ukuran Tanah : Saiz 1 ekar tanah besar mana?
-
Saya tertanya-tanya bagaimana nak gambarkan keluasan tanah seluasa 1 ekar?
Apa perbandingan yang sama saiz dengan saiz 1 ekar ni?
Anggaran tepat keluasan ...
Situasi Terkini : TNB hadapi banjir
-
SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah dapat memulihkan 45 MW
(megawatt) dari 200 MW bekalan tenaga yang masih terjejas di negeri-negeri
yang ma...
Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah
-
*SHAH ALAM:* Cadangan Tan Sri Zainuddin Maidin agar Tun Dr Mahathir Mohamad
kembali menerajui kabinet memberi tamparan hebat bukan sahaja kepada
Perdana...
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap
-
*Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa,
PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!*
*JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...
LEMBU Korban MENGAMUK Di IPOH, 9 Cedera
-
IPOH : Sembilan warga pelancong Singapura telah diserang oleh seekor lembu
yang mengamuk di tengah-tengah pusat bandar di sini.
Kumpulan pelancong bersam...
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...
-
Nama Wanita Simpanan Mustapha Ali: Aishah Baby Binti Badar....
Alamat Kondo : BLOK D, TINGKAT 2, NOMBOR 3, D-2-3
Nama Kondo: EVERGREEN SCOT PINE CONDOMINI...
10 VIDEO LAGU PARODI YANG AKU SUKA
-
*salam... kali ni aku nak letak video lagu parodi yang aku suka layan je
la ok!!! hehe*
Anak Muslim (Anak Kampung Parodi)
Jawapan (Sayang-Shae Parodi)
...
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)
-
*Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)*
*Tan Sri Abdul Gani bin Patail*
Apa dah jadi.... Semua yang dibuat dan dirancang tak menjadi? Letak jawatan
adala...
Rafizi kaki tipu, Analisis Debat PTPTN
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sememangnya debat antara Saudara KJ
dan Rafizi mengenai topik PTPTN sangat hangat dibualkan. Ada yang mendakwa
bah...
WANG EHSAN RM100 : MASIH BELUM ADA PENJELASAN
-
Selain daripada bangsat Ng Wei Aik, Amir Ghazali dari PKR dan Yusni Mat
Piah dari PAS telah membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Mala...
Mengkunci atau Mempassword Screensaver
-
*Mempassword atau Mengkunci Screensaver* : Ketika kita sedang bekerja
dengan komputer, pastilah ada kalanya kita meninggalkannya masih dalam
keadaan menyal...
Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi
-
*Pilihan raya PBT, siapa untung siapa rugi*
*KERAJAAN jangan sama sekali tunduk desakan ultra kiasu untuk mengadakan
pilihan raya PBT. Kawasan bandar akan ...
Just an amusing observation..
-
Brightest students in A class, studied Science, became engineers, doctors,
architects, building the country etc.
Students in B class, studied Commerce, be...
-
Bismillahirrahmannirrahim,
............Allahu akbar, lamanya tak menulis, kali ini bukan saja
bersawang blog ni, tapi dah berkarat pun rasanya. memang tak...
Cari Duit Dengan Emas
-
Dari FB *Pakar Emas*,Tok Berlagak
Rm terus lemah berbanding Usd. Usd sudah mencapai 3.14. Malaysia akan Demam
Kura Kura. Maksudnya Rm yg kita ada sudah ma...
TAKZIAH KEPADA MH370, MANGSA DAN DUNIA!!
-
"Top priority", iaitu untuk menemui pesawat sudah tercapai berdasarkan
sidang akhbar Perdana Menteri jam 10 malam tadi.
Walaupun butiran lanjut hanya akan ...
BloggerUMNO
-
asalam...blog ini aslnya owner kepunyaan Cybertroopers UMNO under Media
UMNO.. xperlu di tnya mcm mna blog nie telah beralih tuan.. tpi saya nk
tnjukn pada...
Misteri pembinaan piramid terjawab
-
Sekian lama para saintis kebingungan tentang misteri pembinaan sebuah
piramid yang menjadi antara binaan ajaib dunia. Teknologi bagi mengangkat
batu-batuan...
Doa harian dan Pengertian doa
-
Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa
payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa
ta'ala ...