Barang siapa makan barang haram sedang dia lama menjalankan ibadah , maka dia seperti burung merpati yang mengerami telur busuk. Dia telah memayahkan dirinya kerana lamanya diam di tepat padahal tak satupun yang menetas, sebaliknya telur itu keluar menjadi busuk. ___ Ali Al Khawwas

..

5 Makhluk Lagenda Dalam Cerita Rakyat Malaysia Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (A-li'Imraan 3:107) .
SUMBER ARKID DI LONDEH KLIK SINI
TV ALHIJRAH     /    TV1  /   TV2    /     TV3   /     NTV7   /    TV9
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. (Al-Baqarah 2:16) .

PANAS>>Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq

KUASA

SUDAH diberi ingat.... hendak juga.. ikut...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:149)) . .. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah 2:10) . Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(A-li'Imraan 3:177) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?(An-Nisaa' 4:144).

My Blog List

Friday, May 1, 2020

Cikgu Azmi Abd Hamid - Dalang Sebenar Pembunuhan Rohingya

ORANG MELAYU PUN ADA DI NYANMAR- Asal usul Rohingya

LIMA MINIT 79: SUASANA PASAR MINGGU DI TELUK CHINA, PULAU DUA, SELATAN

MYANMAR LIMA MINIT + 78: KENDURI MASJID DI MYANMAR UNIK


LIMA MINIT + 75: JEJAK MELAYU MYANMAR BAHAGIAN 2

 LIMA MINIT + 81: Asal Usul Orang Melayu Di Selatan Myanmar

 Asal usul Rohingya - syafiqhalim

 Masyarakat Melayu di Pulau Dua @ Kawthaung, Myanmar

 ASAL USUL MELAYU DI MYANMAR (BURMA).

Monday, April 27, 2020

Negeri Melayu yang Meninggalkan Allah

Langkat - Warisan Kerajaan Melayu Negeri Melayu yang Meninggalkan Allah Sejarah Nenek Moyang Negara Amerika , dan Bukti sejarah Kaum Muslimin disana

Tanah Cagaran Ceti. Kampung Pulau Tiga

Tanah Cagaran Ceti. Kampung Pulau Tiga

https://ms.wikipedia.org/wiki/Chetty Titi Gajah November 2019. Misteri Muhammad Timbal Balik. PAHLAWAN PAHLAWAN JOHOR PAHANG RIAU LINGGA I KITA BUKAN PENGHIANAT KESULTANAN JOHOR RIAU PAHANG LINGGA DARI JOHOR KE SIAK Siak Sri Indrapura Melawan Lupa - Hati Merdeka Sultan Syarif Kasim II

Sunday, April 26, 2020

Kerajaan Majapahid Dari Jawa Meyerang Kerajaan Aceh...

Kerajaan Majapahid Dari Jawa Meyerang Kerajaan Aceh Samudra Pasai Dan Aceh Tamiang

SEJARAH BERMUKA MUKA DAN KEKEJAMAN KOMUNIS BINTANG TIGA

BAHAGIAN I
SEJARAH BERMUKA MUKA DAN KEKEJAMAN KOMUNIS BINTANG TIGA KE ATAS ORANG ISLAM MELAYU DI JOHOR DAN PEMBUNUHAN KEJAM DI BENUT 1945 M.

Orang Melayu terpengaruh dengan propaganda komunis pada peringkat awal. Ini kerana mereka termakan janji bahawa akan diberi peluang untuk mentadbir Tanah Melayu selepas perang. Di Batu Pahat, pergaduhan di antara Melayu dengan Cina bermula sejak Mac 1945 dan bertambah panas pada 21 Ogos 1945 selepas MPAJA menguasai kawasan pekan. Situasi cemas juga turut dialami pada awal Ogos 1945 apabila terdapat berita bahawa gerila komunis akan menguasai kawasan perkampungan. Beberapa hari kemudian MPAJA telah menguasai Balai Polis Kepala Batas, Alor Janggus, Takai dan Simpang Empat di Kedah serta merampas senjata api. Di Batu Pahat dan Yong Peng, Johor, ramai orang Melayu yang terpaksa bekerjasama dengan komunis. Mereka terpaksa kerana ingin mempertahankan nyawa penduduk kampung yang lain. Antara yang mempertahankan kelangsungan hidup orang Melayu ialah Haji Sahran bin Abdul Ghani. Kekejaman komunis terhadap orang Melayu telah menyebabkan beliau terus protes dan tidak memberikan sokongan kepada komunis. 

Orang Melayu mula bersatu apabila komunis mengancam institusi politik, kekeluargaan dan berlaku pelanggaran ke atas budaya dan agama Islam. Orang Melayu telah diseksa tanpa perikemanusiaan. Terdapat orang Melayu yang dikurung dalam keranjang babi, diseksa, ditikam dan dikelar serta disepak. Ada juga yang ditanam hidup-hidup dengan kepalanya diatas tanah untuk disepak. Terdapat juga yang dibawa masuk ke dalam hutan tanpa berita. Tekanan dan kekejaman yang dilakukan oleh komunis menyebabkan orang Melayu bersatu serta membentuk barisan parang panjang bagi mempertahankan diri dan kelangsungan hidup. 

Gangguan komunis dalam urusan keagamaan di surau dan masjid menyebabkan orang Melayu hilang kepercayaan terhadap orang Cina keseluruhannya. Peristiwa sebegini berlaku di Batu Pahat, Johor sebelum tentera Jepun menyerah kalah dan ketika itu umat Islam sedang berpuasa. Tentera Bintang Tiga melarang orang Melayu berkumpul di surau atau masjid untuk menunaikan sembahyang terawih dan beribadat. Masjid juga dicemari dan Al-Quran dijadikan sebagai pengesat najis. Masjid dan surau sering kali dijadikan sebagai tempat bermesyuarat komunis. Orang Islam di Batu Pahat, Johor berada dalam keadaan yang amat tertekan dan tidak selamat, khususnya apabila mereka berkumpul secara beramai-ramai di masjid atau surau. Gerila komunis menggunakan kesempatan membunuh orang Islam dengan menembak dan membakar masjid ketika mereka sedang mengerjakan solat Jumaat. Masjid dicemari dengan kejadian menyembelih babi.

Ruang masjid digunakan sebagai tempat memasak daging babi dan orang Melayu telah dipaksa untuk menyertai mereka. Hal yang demikian menyebabkan masyarakat setempat terganggu untuk melaksanakan ibadat. Orang Melayu di kawasan perkampungan Air Hitam yang disyaki sebagai tali barut Jepun, dibunuh, dicincang lumat dan diberikan sebagai makanan kepada babi. 

Larangan dan sekatan beribadat membuatkan orang Melayu semakin bersatu. Surau dan masjid dilihat sebagai tempat yang amat strategik bagi orang Islam berkumpul dan merancang masa yang sesuai menghadapi komunis. Jumlah kekuatan Kuomintang (KMT) dan komunis ketika menentang Jepun dianggarkan seramai 300,000 orang. Manakala jumlah anggota AJU seramai 10,000 ke 12,000 orang. 95% daripada mereka terdiri daripada orang Cina dan selebihnya orang Melayu serta India. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk mengukuhkan kekuasaan mereka semasa dan selepas perang.

Kekalahan Jepun menyebabkan MPAJA dengan mudah dapat menguasai Balai Polis Bandar Maharani dan Parit Jawa. MPAJA menawan balai polis tersebut dengan kelengkapan persenjataan yang cukup dan bilangan tentera seramai tiga buah lori. Gangguan terhadap institusi keagamaan orang Islam dilakukan oleh komunis dengan tujuan untuk melemahkan semangat perjuangan orang Melayu. Oleh yang demikian, surau dan masjid sentiasa penuh bukan sahaja ketika waktu solat berjemaah tetapi juga diwaktu lain. Masjid dan surau digunakan dengan sebaik mungkin sebagai tempat berkumpul dan membincangkan survival orang Islam. Walau bagaimanapun, usaha awal orang Melayu ialah dengan berdoa kepada Allah agar mereka sentiasa terpelihara daripada kesusahan.

Pencerobohan ke atas kesucian agama Islam menjadikan orang Melayu yang menganggotai MPAJA mulai beralih angin setelah melihat tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap orang Melayu. Hal yang demikian ini juga telah meningkatkan kebencian terhadap komunis. Kebencian ini juga beralih kepada semua komuniti Cina yang terpengaruh dengan propaganda komunis. Akibatnya ramai diantara orang Melayu yang diseksa oleh komunis di Bakri Batu Enam Bukit Mor. 

Penolakan orang Melayu terhadap propaganda komunis menyebabkan MPAJA menaruh perasaan benci terhadap agama Islam itu sendiri. Oleh yang demikian, MPAJA yang mengambil alih pentadbiran di Batu Pahat menjalankan hukuman ke atas orang yang dianggap bekerjasama dengan Jepun. Mereka menyerang kampung dan membunuh orang Melayu yang dianggap sebagai tali barut Jepun seperti penghulu, polis dan askar Melayu. Pada 10 Jun 1945, MPAJA membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail Abdullah ketika berunding dengan MPAJA di Benut, Johor. Pada hari Ahad 10 Jun 1945, satu rombongan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai kerajaan, diketuai oleh Ismail bin Dato’ Abdullah, Pegawai Daerah menerima jemputan untuk menghadiri perjumpaan di Sekolah Cina Benut yang dianjurkan oleh penduduk tempatan. Rombongan telah bertolak dari Batu Pahat pada sebelah pagi. Rombongan ini bertolak selepas singgah sebentar di pekan Senggarang, sebelum meneruskan perjalanan ke Benut. Pada jam 3.00 petang, tersebar berita yang memeranjatkan iaitu rombongan ini diserang dan dibunuh oleh Bintang Tiga ketika berada di bilik jamuan sekolah. 

Berita pembunuhan itu menyebabkan seorang anggota polis dari Benut meminta bantuan dari Penggaram. Berikutan itu, sepasukan askar Jepun dan polis tiba di tempat kejadian. Mereka menjumpai lima mayat yang terdiri daripada mayat Encik Ismail bin Dato’ Abdullah (Pegawai Daerah), Tuan Haji Hasbullah bin Haji Arshad (Kadi Batu Pahat), Dr. S. Woodhull (Pegawai Perubatan), Mr. Sato (Pegawai Perhubungan Jepun) dan seorang lagi yang tidak dikenali. Kelima-lima mayat dibawa balik ke Batu Pahat pada waktu Maghrib dan kemudiannya dikebumikan. Bagi meredakan keadaan, pada hari Rabu 13 Jun 1945, Gabenor Johor, Sunakawa datang ke Batu Pahat bagi menyampaikan ucapan takziah dan saguhati kepada waris-waris yang terkorban. Beliau menyampaikan ucapan dihadapan pegawai-pegawai kerajaan bahawa kematian Pegawai Daerah dan pegawai lain adalah satu pengorbanan besar ketika melaksanakan tugas. Beliau juga telah berjanji untuk menangkap dan menghukum pesalah tersebut. 

Orang Melayu hilang kepercayaan terhadap perjuangan MPAJA apabila ramai saudara mara dan penduduk kampung yang dibunuh. Orang Melayu yang berusaha mempertahankan nyawa dan keselamatan telah bersatu dan mula menentang MPAJA dengan melakukan serangan di pekan kecil, ladang getah dan kawasan kebun sayur. Serangan ini juga sering kali berakhir dengan pembunuhan, kejadian membakar rumah kediaman dan rompakan. Beberapa buah kawasan perkampungan seperti di Mukim Simpang Kiri, Simpang Kanan, Senggarang, Parit Raja, Seri Mendapat dan Seri Gading adalah kampung yang paling teruk menerima tekanan dan kezaliman Bintang Tiga. Keengganan orang Melayu bekerjasama menyebabkan komunis mula membunuh pemimpin tempatan dan ulama serta membakar mereka sekeluarga. Terdapat juga orang Melayu yang pergi ke kawasan pekan dan bandar ditangkap dan direbus. Di Kampung Separap, Batu Pahat, Johor, Tuan Haji Yunus telah diracun oleh orang Melayu yang menjadi tali barut komunis ketika minum disebuah kedai di Batu Pahat. 

Pada hari Jumaat, 23 Ogos 1945, jam 8.00 pagi, penduduk bandar Penggaram gempar dan terperanjat apabila terdengar sorakan Bintang Tiga. Mereka berbaris dan berarak mengelilingi bandar Penggaram. Sebahagian besar daripada mereka membawa senjata automatik dan senapang yang dikutip daripada Jepun dan British. Saki baki askar Jepun dan anggota polis tidak memberikan tentangan terhadap perarakan Bintang Tiga. Dalam waktu yang singkat, mereka berjaya menawan Balai Polis dan Kelab Batu Pahat dan menaikkan Bendera Merah komunis. Sekolah Cina dan kelab suku kaum Cina yang banyak terdapat di Batu Pahat juga mengibarkan bendera merah komunis. Kelab Batu Pahat dijadikan sebagai tempat tahanan sementara sebelum dibawa ke Balai Polis yang dikuasai oleh Bintang Tiga. 

Terdapat tahanan yang ditoreh badan mereka dengan pisau, kemudian dicucuh dengan puntung rokok. Sesetengahnya dipaksa minum air sabun. Antara tempat seksaan Bintang Tiga di Batu Pahat di Kelab Cina, Jalan Jenang disebelah pawagam Odeon. Bangunan perniagaan Cina di Jalan Rahmat dijadikan sebagai markas Bintang Tiga. Antara lokasi lain markas Bintang Tiga di Batu Pahat di Bukit Pasir. Sementara cawangannya terletak di Semerah, Seri Medan, Yong Peng dan Senggarang. Bukit Pasir inilah yang telah menjadi markas dimana ramai penduduk kampung yang dalam perjalanan ke bandar Penggaram diculik dan dibunuh. Terdapat ramai orang Melayu yang ditangkap dan diadili di Mahkamah Tentera Bintang Tiga atau Kangaroo Court. Pada kebiasaannya tindakan yang dikenakan adalah tidak munasabah dan hukuman mati menanti pesalah yang diadili di mahkamah tersebut. 

Tindakan balas dendam dan kezaliman komunis semakin berleluasa khususnya terhadap penduduk Mukim Simpang Kiri, Seri Medan. Terdapat satu pasukan kecil Bintang Tiga yang secara bergilir-gilir menunggu penduduk kampung yang datang berhampiran dengan jeti sungai yang terletak bersebelahan dengan Pejabat Kastam. Terdapat juga peristiwa yang berlaku di pasar awam bandar Penggaram di mana Bintang Tiga telah menggempur orang ramai yang sedang membeli barangan di pasar. Terdapat orang Melayu yang ditangkap dan diculik. Yahya, seorang mata-mata gelap yang sedang minum dikedai kopi Jalan Engan telah diseret keluar, diseksa dan dibawa ke kem komunis. Komunis bersikap prejudis dengan menyatakan bahawa orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun dan menindas komuniti Cina. Oleh yang demikian, orang Melayu menjadi sasaran kekejaman mereka. 

*Episod akan datang KEBANGKITAN PARANG PANJANG@SELEMPANG MERAH

 KREADIT DAENG BAHTIAR
https://www.facebook.com/daeng.bahtiar.5/posts/2192223567685329

Tragedi Tr4gis Kesultanan Melayu Bulungan (KALIMANTAN UTARA) yang Jarang Diungka

TERUNGKAP!!! SEJARAH Kesultanan Melayu SAMBAS DAN Hubungannya Dengan Brunei Bagian Akhir Revolusi Sosial Atau Penghapusan Etnik Melayu 1946

Saturday, April 25, 2020

SERAM!! The Legend of Ulek Mayang MALAM JUMAT CAK LONJONG

SERAM!! The Legend of Ulek Mayang MALAM JUMAT CAK LONJONG Semangat Ulek Mayang | Kisah Seram | Pukul Tiga Pagi Kisah Seram Ulek Mayang Berdasarkan Kisah Benar Ulek Mayang in Esplanade

...Sumpahan Mahsuri,PUTERI GUNUNG LEDANG,Siapa Cik Siti Wan Kembang..

Sumpahan Mahsuri Siapa Cik Siti Wan Kembang? PUTERI GUNUNG LEDANG

Tuesday, April 7, 2020

KAPAL PURBA SUNGAI BATU

KAPAL PURBA SUNGAI BATU

Dibawah adalah gambar dimana penyelidik USM sedang bertungkus lumus untuk cuba mengangkat kapal purba tersebut. Namun akibat kekurangan peralatan dan ilmu untuk mengangkat kapal tersebut terpaksa dihentikan demi menjaga kualiti bahan purba tersebut. Ia memerlukan dana yang besar untuk mengangkatnya naik ke atas. Sebenarnya tidak mustahil jika seseorang jutawan itu sayang akan tinggalan bangsanya tanpa mengira berapa wang pelaburan yang telah dikeluarkan.

Ada di dalam sungai kuno itu lima sehingga 11 buah kapal atau tongkang lama. Tiang layar (kapal-kapal purba) itu pun sudah nampak. Kapal-kapal atau tongkang purba itu adalah 40 hingga 50 kaki panjangnya.

Tinggalan-tinggalan kapal purba itu dikesan tertanam di dalam sebuah kawasan berpaya dan berselut di tapak arkeologi itu yang ribuan tahun dahulu adalah sebuah sungai kuno yang dalam dan luas.

Kita menemui struktur-struktur itu yang dipercayai kapal purba itu ketika melakukan analisis Geofizik (di tapak arkeologi Sungai Batu).

Ditanya usia struktur kapal purba itu, beliau berkata ia berkemungkinan memiliki usia yang sama seperti Tamadun Sungai Batu itu sendiri iaitu 788 SEBELUM MASEHI.

Beberapa pengkaji yang ditemui di tapak arkeologi Sungai Batu itu turut mengakui penemuan tinggalan kapal purba itu yang boleh disifatkan sebagai antara penemuan paling penting setakat ini di kawasan itu.

Agak-agaknya bilalah akan diangkat untuk tatapan umum seperti di Indonesia, Sepanyol, Italy, Sweden dan Norway. Sedih pon ada. Bangkitlah wahai bangsa Melayu. Buktikan pada dunia akan kehebatanmu. Apa yang anda lihat dibawah baru hanya satu kapal. Didalam tasik tersebut terdapat lebih dari 7 buah kapal yang terbenam disitu. TASIK KUNO SUNGAI BATU.

Kita juga tidak meminta untuk mengangkat semua, cukuplah satu sebagai tanda kehebatan tinggalan nenek moyang kita dahulu dalam berdagang di seluruh dunia sehingga gelaran PUSAT BESI DUNIA diberikan dalam kitab kuno mereka. Agar kita boleh merindui kesan tinggalan purba nenek moyang kita.

link video
https://www.facebook.com/sungaibatu788SM/videos/688384384916183/

Kalau musim panas kemarau, silalah datang ke tapak arkeologi. Anda akan berpeluang dapat melihat tiang layar apabila tasik kering. Mungkin ini sajalah yang akan dapat mengubat rindu kita untuk lihat kapal-kapal purba tu. Admin mohon bantuan anda share sebanyak mungkin untuk kita sama-sama realisasikan impian kita ini kepada pihak yang berkaitan. 

Terima kasih.

Mohon like page backup di Sungai Batu Antara Tamadun Terawal Dunia 788BC. Terima kasih.

Wednesday, December 12, 2018

Wasiat Raja Haji Ali Fisabilillah


SEJARAH MELAKA YANG SANGAT HEBAT!
WACANA HIKMAH 4 Nov 2012 di Yayasan Restu Shah Alam sayu bila waris Raja Haji Ali Fiisabilillah membacakan wasiat pejuang sejurus sebelum shahid ditembak meriam lela rentaka yang di berikan pembesar Melayu yang belot. Tambah sedeh bila lela rentaka (meriam), tarakul (pistol) dan pemuras (senapang) iaitu  persenjataan "moden kala itu" ciptaan empayar Melayu dan Uthmaniyah digunakan untuk membunuh pahlawan terbilang nusantara itu.

 
Wasiat Raja Haji Ali Fiisabilillah dibacakan oleh warisnya Raja Shukri


Wasiat Raja Haji Ali Fisabilillah yang mangkat syahid pada 8 Julai 1794 melawan Belanda setelah berkubu di Teluk Ketapang (Melaka) dibacakan oleh warisnya Raja Shukri.

Hari ini perkara yang sama berlaku di mana Melayu berhati MUNAFIK berkerjasama dengan kaffir untuk memusnahkan Pemerintahan Islam yang sudah diakui dunia sebagai negara Islam contoh. Empayar Melaka tak pernah musnah kerana sistem pemerintahannya dan waris Empayar Melaka mewarisi beberapa  negeri negeri Melayu di Malaysia seperti Perak (Sultan Muzaffar Shah 1) , Pahang (Raja Ahmad)  dan Johor-Riau-Lingga (waris Sultan Mahmud dan Tun Fatimah) . Adat pertabalan sultan dan undang undang Tubuh Negeri maseh menggunapakai beberapa warisan undang undang Melaka. Jadi bila kita berbicara pasal kerajaan dan peradaban Melayu sebenarnya kita berbicara pasal kerajaan dan peradaban silam kita yang hebat dari segi budaya, perundangan, teknologi, kemahiran seni  dan filosofi, seni pertahanan diri dan lain lain.

Semoga wasiat ini dapat mengingatkan kita tentang bahaya berkerjasama dengan kafir untuk memusnahkan pemerintahan dan peradaban  Melayu Islam dan menjadi pelajaran kepada generasi kini- Rujuk Raja Haji Ali Fiisabilillah

Sengaja saya beri introduction shahidnya Raja Haji Ali Fiisabilillah yang memimpin ketumbukan tentera Melayu melawan Belanda yang menjajah Melaka,menindas umat Islam, memurtadkan umat Islam serta mengenakan cukai yang amat tinggi tatkala umat Melayu Islam berpecah kerana indokrinasi politik. Masalah  ini sebenarnya menghantui Kerajaan dan ketamadunan Melayu Islam selama ini.

Politik zaman dulu menyaksi fraksi politik yang didalangi pembesar negeri mengemukakan  waris Sultan tertentu bagi  merebut takhta. Perpecahan yang terjadi menyebabkan  penjajah masuk menjajah kerana pertahanan negeri lemah akibat sikap berpuak puak.

Di zaman sekarang sikap berpuak maseh ketara di kalangan pemimpin politik yang sanggup mengkafirkan saudara seIslam kerana politik.

Kerana sikap berpuak itu maka kesatuan Umat Melayu Islam lemah dan menyebabkan beberapa negeri jatuh ke tangan Pakatan pasca PRU12 yang jelas membawa agenda memusnahkan ugama, bangsa, ekonomi sekaligus warisan peradaban Melayu di Malaysia.


Perlu pentingnya  mengekalkan Raja Berpelembagaan dan kuasa politik yang ada


Payung umat Melayu Islam di Malaysia  tetap Rajanya . Sistem monarky bukan warisan feudal kerana Raja Berpelembagaan ini adalah Ketua Ugama Islam yang mana adalah "above politics". Peri penting TAAT pada Pemerintah selagi pemerintah beugama Islam boleh dirujuk dalam bab Taat Pada pemimpin Hadis Sahih Bukhari  dan Kitab Munyatul Musolli.

Kuasa politik dan Raja di dunia Melayu saling berkait. Perlembagaan Persekutuan (Malaysia) dan Singpura asalnya sama tapi setelah Singapura keluar dari Malaysia maka, dengan kuasa politik PAP "Singapore for Singaporians" dihapuskan 3 perkara penting iaitu ;

- yang berkait dengan Ugama Islam sebagai Ugama sesebuah negara,
-Raja/YDP Agong sebagai peneraju utama dalam sesebuah pemerintahan dan
-hak Melayu sebagai pribumi.


Islam Ahlul Sunnah Wal Jamaah menjadi benteng umat Islam di Malaysia

Umat Melayu Islam lupa bahawa Wahhabi dan Syiah yg meresap dalam party politik memecahbelahkan umat Islam. Mereka lupa bahawa Syeikh Al Mandili yang menjadi rujukan sebagian besar ahli PAS menyatakan bahawa umat Islam wajib bekerjasama sesama Islam. Syeikh Al Mandili mengharamkan tahaluf Siyasi (kerjasama ) dengan kafir untuk meruntuhkan Kerajaan Islam yang ada. Rujuk dari minit 0.08  ke atas http://youtu.be/ZsV65mWqlOE
3

Tuan Guru Hj Abdullah Sammah Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan dan satu satunya ulama yang maseh hidup tatkala PAS merujuk golongan ulama untuk bekerjasama dengan UMNO selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969  membentangkan  berkenaan Tahaluf Siyasi yang dibenarkan dalam Islam  dengan menunjukkan bukti bersandarkan dalil dan nas . Rujuk http://youtu.be/byvCeEOh0CY 

Nota penulis- Nik Aziz Nik Mat kala itu belum menjadi kepimpinan tertinggi PAS dan tak terlibat dalam musyawarah tersebut. Kepimpinan "ulama" atau sebenarnya rampasan kuasa Kaum Muda (Wahhabi) dalam PAS bermula pada lewat 1970-an masa mereka menjatuhkan Datuk Asri Haji Muda.

Masalah yang terjadi di Malaysia kini ialah kerana pengaruh Wahhabi dan Syiah telah didikronasi di kalangan ahli party tersebut bagi  menggalakkan meruntuhkan Kerajaan Islam yang ada. Inilah pelajaran dari kemusnahan Empayar Uthmaniyah dan Empayar Melaka silam  yang perlu dielakkan dari terjadi  di Malaysia

Bersambung ke link ASAL

http://anakbukitgantang.blogspot.com/2012/11/update-wasiat-raja-haji-ali.html

 

MENCARI DIRI DAN ERTI-- Radzi Sapiee



Siri novel

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjtsyWd64nAkiooD_GED7DXlUtc1o3x383h0wjJCDEx7DIJd0uxt90pCsrbVZFnaBoqT_QnIaqIknbLnOnm6AtZ3vk0t1kV47SoWE5-T2E4stGI5QlIBEsc5Rc6PXIJ_J6CItj9tPqiB0oB/s1600/ebooks.jpg


"Berpetualang ke Aceh" boleh didapati dalam bentuk e-book. Masuk http://www.e-sentral.com/, klik kategori novel am dan taip perkataan "Aceh" pada kotak carian. Atau terus klik Buku 1,Buku 2 dan Buku 3. 



Semuanya dirungkai di BLOG INI sila berkunjung:
 
http://merahsilu.blogspot.com/2010/09/hati-hati-terhadap-pengkhianat-yang.html

CATATAN SI MERAH SILU












Raja Haji Fisabililah.

MENGEJUTKAN jika benar Raja Haji Fisabilillah seorang Bangsa Viking yang dikenal sebagai bangsa pengarau laut dan perompak di kawasan laut Eropa Utara (Skandanavia). Namun sebenarnya Bangsa Viking hanya gelar yang diberikan orang Belanda yang membuktikan bahwa betapa besar dan hebatnya tokoh Raja Haji dalam menentang penjajahan Belanda di kawasan Nusantara ini.

Raja Haji­—outra Daeng   Celak Riau II (1729-1746) dari Ibu Tengku Mandak, adik Sultan Sulaoman Badrul Alamsyah. Ia dilahirkan di Hulu Riau (Kota Lama) sekitar 1727. Walau dalam tubuh Raja  Haji mengalir darah Melayu-Bugis yang diwarisi dari orang tuanya, namun ia dibesarkan dalam lingkungan sosial yang berpegang teguh pada adat istiadat Melayu raja-raja Melayu Riau. Dalam suasana yang serupa itulah Raja Haji tumbuh dan berkembang menjadi seorang bangsawan Melayu yang dipersiapkan untuk meneruskan jabatan yang diturunkan dari pihak ayahnya.


Raja Haji Fisabilillah 

Raja Haji yang sehat berwatak pemberani, cerdas, tumbuh dan berkembang dengan wajar di bawah bimbingan kedua orang tuanya. Setelah orang tuanya meninggal ia dibina oleh Bapak saudaranya yakni Daeng Kamboja yang diangkat menjadi Dipertuan Muda III Kerajaan Riau, ketika ayahnya Daeng Celak YDM II meninggal tahun 1729.

Masalah sosial, politik, ekonomi dan militer yang berkembang dan menjadi issue besar yang terjadi di luar negeri serta pengaruhnya terhadap kerajaan Riau dengan cepat dapat ditangkap dan dicerna oleh Raja Haji. Sesuai tingkat usia yang makin dewasa, ia menjadi makin matang dan siap menerima jabatan resmi pemerintah sebagai seorang Kelana. Ia juga telah menghadapi beberapa peristiwa politik yang cukup menggegerkan kerajaan Riau, antara lain ekspansi penjajahan Belanda untuk menjajah kerajaan Riau.

Raja  Haji muda ditunjuk sebagai Engku Kelana atau pembantu YDM, tugasnya menjaga keamanan dan keutuhan segenap wilayah kerajaan kekuasaan Riau. Pelantikannya sebagai Engku Kelana dilakukan tahun 1749. Selama 28 tahun Raja Haji menjabat sebagai Engku Kelana, ia berusaha memperkokoh keutuhan wilayah Kerajaan Riau dengan cara melakukan kunjungan ke berbagai daerah takhlukannya. Setiap kunjungan dibuat catatan perjalanan.

Selain memperkokoh keutuhan wilayah, sebagai Engku Kelana ia bertugas juga mengunjungi beberapa negeri tetangga, seperti Selangor,Perak, Kedah, Indra Giri, Mempawah, Jambi dan Bangka. Tujuannya mempererat persahabatan antara kerajaan Riau dengan negeri-negeri tersebut.

Ketika berkunjung ke Selangor ia terlibat perang dengan Belanda (Perang Linggi pada tahun 1757). Dalam peperangan itu paha Raja Haji cedera terkena sangkor Belanda (Raja Haji; terj. 1965; 117 dan Buyong Adil; 1971; 118). Raja Haji berhasil mengamankan Selangor dari gangguan Belanda dan sekutu-sekutunya yang ikut mengacau.
Sikap Raja Haji Terhadap Kekuatan Asing
Meningkatnya usaha bangsa Barat (Portugis, Inggris, Belanda) datang ke Timur menyebabkan pemimpin-peminpin di kerajaan Nusantara, khususnya kerajaan Riau selalu waspada dan siap siaga. Suasana politik, sosial, ekonomi dan pertahanan keamanan menjadi masalah kerajaan Riau ketika memberi pengaruh yang amat besar terhadap sikap dan wawasan politik Raja Haji yang berwatak cerdas, peka dan berani. Peristiwa yang melanda kerajaan menyebabkan ia menjadi sangat anti terhadap bangsa Belanda yang dipandang amat serakah dan tak tahu diri, ingin mencampuri dan mengambil hak yang sah dari setiap kerajaan.

Raja Haji mengikuti dengan cermat kedatangan bangsa Belanda yang mempergunakan segala tipu daya untuk menguasai kerajaan dengan rakyat dan segala isi kerajaannya. Sikap tingkah laku Belanda yang licik dan penuh tipu muslihat yang terjadi dalam perang Linggi tahun 1757, menyebabkan Raja  Haji bersikap anti dan benci terhadap bangsa Belanda.

Perang Linggi dijadikan alasan oleh Belanda untuk menuntut Kerajaan Riau membayar ganti rugi kepada Belanda atas kerugian dan korban yang ditimbulkan oleh serangan Belanda itu (Raja Haji; terj, 1965; 134).

Tindakan Belanda yang bersikap memaksa sebelah pihak, dipandang oleh orang-orang besar kerajaan sebagai perbuatan kurang beradab, tak tahu malu dan tidak sesuai dengan adat sopan santun serta merupakan perbuatan tak masuk akal. Raja  Haji merasa malu atas terjadinya peristiwa itu. Sikap Raja  Haji semakin anti terhadap Belanda setelah mengikuti kegiatan politik-ekonomi Belanda di sepanjang Selat Malaka.

Setelah Raja  Haji secara resmi diangkat sebagai Yang Dipertuan Muda IV pada 1777-1784, pusat pemerintahan berada di Pulau Biram Dewa dan dikenal dengan Istana Kota Piring. Ia tampil dengan yakin serta penuh tanggung jawab memimpin pemerintahan, ekonomi, sosial, politik dan pertahanan kerajaan.

Dalam melaksanakan tugasnya sebagai YDM Riau, ia memperlihatkan kecakapannya sebagai seorang administrator yang pandai mengatur administrasi kerajaan serta mampu memperkokoh, menggalang peraturan rakyat serta pandai mengatur kehidupan ekonomi.

Ia juga seorang ahli strategi perang laut, pandai berdiplomasi, taat beragama, berani, berwibawa dan konsekuen dalam perjuangan yang anti Belanda sampai tetes darah terakhir. Gugur mati syahid fisabililah sebagai pahlawan dalam mempertahankan dan membeli kerajaan Riau dengan daerah tahkluknya dari penjajah Belanda. Sikap anti Belanda itu dipertebal oleh keyakinan agama Islam yang mengalir dalam kehidupan pribadi Raja Haji yang memandang orang Belanda sebagai orang kafir (Nirlando Phobia).

Sikap pandangan dan keahlian Raja Haji yang mengagumkan itu menimbulkan rasa cemas pemimpin-pemimpin dan para panglima Belanda. Mereka sulit untuk mendekati Raja Haji apalagi mempergunakan siasat tipu muslihat yang licik. Jalan satu-satunya untuk mengamankan tujuan tersebut, menyingkirkan Raja Haji dengan kekerasan senjata (perang). Watak Raja Haji yang berani, cerdik dan konsekuen tidak pernah gentar terhadap gerakan perang yang dicanangkan oleh pihak Belanda.

Raja Haji tidak gentar menghadapi Belanda yang memiliki kecakapan pengalaman serta peralatan teknologi perang yang lebih maju. Jauh sebelum kerajaan Belanda mengumumkan perang, Raja Haji telah berkemas mempersiapkan kubu-kubu, mengarahkan askar-askar kerahan, memperbanyak senjata, menggalang persatuan di seluruh kerajaan serta memberitahu kepada nagari sekutunya untuk menghadapi Belanda.
Perlawanan Raja Terhadap Belanda
Perlawanan yang dilakukan Kerajaan Riau di bawah pimpinan Yang Dipertuan Muda Raja Haji terhadap kolonial Belanda timbul oleh beberapa penyebab yang saling berkaitan. Sebab-sebab umum yang paling menonjol sesuai dengan Zeitsgeits atau roh zaman itu ialah karena munculnya dengan keras semangat pan islamisme, terpendamnya dengan dalam rasa neerlanddophobia dan timbulnya tunas pranasionalisme.

Di Indonesia semangat kesatuan agama yang sama dapat dijumpai pada sisa perjuangan menentang kolonialisme baik terhadap Portugis maupun Belanda. Sultan Mahmud Marhum Kampar, Pati Unus, Babulah, Sultan Agung Perang Makasar, Perang Diponegoro, Perang Imam Bonjol dan banyak lagi.

Raja  Haji sebagai pemimpin perang antara kerajaan Riau dengan Belanda mendapat tempatnya, dinyatakan dalam gelar Posthumous setelah tewas dalam peperangan di Teluk Ketapang Malaka, yaitu Raja Haji Fisabililah.
Rosyita, dari berbagai sumber
Edisi September 1996



Raja Haji pahlawan teragung Nusantara

MASYARAKAT Melayu masih ramai belum mengetahui bahawa di Melaka ada beberapa orang tokoh dunia Melayu yang terkorban sebagai syuhada kerana membela kemuliaan Islam dan bangsa Melayu.

 
Mereka sanggup berkorban apa saja, termasuk harta dan nyawa, demi berjuang mengusir penjajah Portugis mahupun Belanda. Di antara sekian ramai yang gugur sebagai syuhada termasuklah seorang ‘ulama’ sufi dunia Melayu yang paling terkenal. Beliau bermakam di Melaka. Ulama yang dimaksudkan ialah Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i yang terkorban sebagai syuhada kerana berperang dengan Portugis.

Sejarah yang penting tentang tokoh besar yang syahid fisabilillah di Melaka juga ialah Raja Haji bin Upu Daeng Celak yang terkorban kerana melawan penjajah Belanda. Saya berpendapat bahawa Raja Haji ialah pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung dan terhebat semacam Hang Tuah memandangkan daerah operasinya di daratan dan maritim yang amat luas. Raja Haji inilah yang menjadi topik perbicaraan dalam artikel ini. 

Daripada sebelah ayahnya, Raja Haji berasal daripada keturunan raja-raja di tanah Bugis, negeri Luwuk. Di sebelah ibunya pula berasal daripada keturunan raja-raja Melayu. Raja Haji lahir di Kota Lama, di Hulu Sungai Riau, pada tahun 1139 H/1727 M dan wafat pada hari Rabu di Teluk Ketapang, Melaka, 19 Rejab 1198 H/8 Jun 1784 M.

Hubungan dengan ulama

Raja Haji walaupun bukan seorang ulama, namun dibicarakan juga dalam ruangan ini, disebabkan beberapa faktor. Pertama adalah kerana beliau sempat bergaul dengan beberapa orang ulama. Dipercayai beliau sempat berjumpa dengan Saiyid Husein al-Qadri di Mempawah, iaitu guru ayah saudaranya Upu Daeng Menambon. Putera Upu Daeng Menambon bernama Gusti Jamiril ini mendapat pendidikan Islam yang padu. Gusti Jamiril adalah saudara sepupu Raja Haji, kedua-duanya sempat bergaul. Dengan demikian tata cara pergaulan Islam, sekali gus amalan keilmuan saudara sepupunya itu, berpengaruh terhadap Raja Haji. 

Dalam masa yang sama Raja Haji dan Gusti Jamiril sempat belajar kepada Syeikh Ali bin Faqih yang berasal dari Patani. Beliau ini ialah Mufti Mempawah yang kedua, menggantikan Saiyid Husein al-Qadri. Makam beliau disebut ‘Keramat Pokok Sena’ terletak di Perkuburan Kampung Pedalaman Mempawah. Hubungan Raja Haji dengan Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Husein al-Qadri, Sultan Pontianak yang pertama juga sangat dekat. Saiyid Abdur Rahman al-Qadri ialah suami Utin Cenderamidi bin Upu Daeng Menambon. Faktor kedua, daripada keturunan Raja Haji ramai yang menjadi ulama di antaranya Raja Ali Haji (cucu beliau) yang sangat terkenal itu. Keturunan beliau yang turut menjadi ulama ialah Raja Haji Umar bin Raja Hasan bin Raja Ali Haji dan lain-lain. 


Gelaran yang disandang

Raja Haji menyandang pelbagai gelaran yang diberikan antaranya ialah Engku Kelana (1747M - 1777M), Pangeran Sutawijaya, Yang Dipertuan Muda Riau-Johor IV (1777M - 1784M), Raja Api, Marhum Teluk Ketapang, Marhum Asy-Syahid fisabilillah. Yang terakhir, secara rasmi atas nama sebuah pemerintahan, Raja Haji dianugerahi gelaran Pahlawan Nasional Indonesia memperoleh Bintang Mahaputera Adipradana oleh Presiden Republik Indonesia di Jakarta pada 11 Ogos 1997. 

Tahun 1756M - 1758M Raja Haji bersama sepupunya Daeng Kemboja memimpin Perang Linggi melawan Belanda. Perang Linggi melibatkan pasukan-pasukan Melayu yang berasal dari Linggi, Rembau, Klang, Selangor dan Siak. 

Sewaktu Syarif ‘Abdur Rahman al-Qadri memerangi Sanggau, Raja Haji ialah sebagai Pahlawan Perang. Perang berlaku pada 26 Muharam 1192H/24 Februari 1778 M sehingga 11 Safar 1192H/11 Mac 1778 M. Raja Haji pula melantik Syarif Abdur Rahman al-Qadri sebagai sultan yang pertama Kerajaan Pontianak sekali gus Raja Haji menyusun kerangka pentadbiran kerajaan itu.

Raja Haji merupakan satu-satunya pahlawan Nusantara yang pernah menjejak kakinya hampir ke seluruh negeri-negeri Melayu. Di antaranya Terengganu, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, Langkat, Inderagiri, Jambi, Muntok/Bangka, Pontianak, Mempawah dan lain-lain. Jika kita bandingkan dengan semua pahlawan di Nusantara, seumpama Pangeran Diponegoro, Imam Bonjol, dan lain-lain, mereka hanya beroperasi di daratan saja dan tidak mengalami perang maritim. Jika kita bandingkan dengan Sultan Hasanuddin, beliau ialah seorang pahlawan maritim saja, tidak banyak pengalaman dalam peperangan di daratan. Kalau ada hanyalah sekitar Sulawesi Selatan. 

Kalau kita banding dari segi yang lain pula, bukan bererti memperkecil-kecilkan pejuang yang lain, tetapi sejarah mencatatkan bahawa ramai pejuang ada yang menyerah kepada penjajah. Ada yang tertangkap kerana ditipu secara licik dan lain-lain. Semua yang tersebut berbeza dengan Raja Haji. Beliau lebih rela mati di medan juang daripada menyerah ataupun tertipu oleh pihak musuh. Pada 18 Jun 1784 M Raja Haji terbunuh sebagai syahid fisabilillah dalam peperangan melawan Belanda pimpinan Jacob Pieter van Braam di Melaka. Pasukan Melayu yang tewas bersama Raja Haji dianggarkan sekitar 500 orang. Sebagaimana pada mukadimah yang telah saya nyatakan, “... Raja Haji bin Upu Daeng Celak merupakan pahlawan dunia Melayu yang terbesar atau teragung dan terhebat sesudah Hang Tuah....” 

Walau bagaimanapun, haruslah kita sedar bahawa kisah Hang Tuah lebih bercorak mitos. Berbeza dengan Raja Haji. Kisah beliau tercatat sebagai sejarah yang dibuktikan dengan data dan fakta yang tidak dapat ditolak. Oleh itu jika ditinjau dari segi sejarah bererti ‘Raja Haji pahlawan dunia Melayu yang terbesar dan terhebat, bukan Hang Tuah.’ 

Kejadian aneh

Raja Ali Haji dalam Tuhfat an-Nafis meriwayatkan kejadian aneh terhadap jenazah Raja Haji setelah mangkat dalam keadaan syahid fisabilillah seperti berikut, “Syahdan adalah aku dapat khabar daripada itu daripada orang tua-tua yang mutawatir, adalah sebelum lagi ditanamnya mayat Yang Dipertuan Muda Raja Haji, al-Marhum itu, maka ditaruhnya di dalam peti hendak dibawanya ke Betawi, sudah sedia kapal akan membawa jenazah al-Marhum itu. Maka menantikan keesokan harinya sahaja, maka pada malam itu keluar memancar ke atas seperti api daripada peti jenazah al-Marhum Raja Haji itu. Maka gaduhlah orang Melaka itu melihatkan hal yang demikian itu. Di dalam tengah bergaduh itu kapal yang akan membawa jenazah al-Marhum itu pun meletup, terbakar, terbang ke udara segala isinya serta orang-orangnya. Seorang pun tiada yang lepas. 

“Syahdan kata qaul yang mutawatir, tiadalah jadi dibawa jenazah al-Marhum itu pindah ke negeri yang lain. Maka ditanamkan jua di Melaka itu, hingga datang diambil dari negeri Riau adanya. Dan kata setengah qaul yang mutawatir sebab itulah digelar oleh Holanda yang dahulu-dahulu dengan nama Raja Api adanya....” (Tuhfat an-Nafis, Naskhah Terengganu, hlm. 151)

Pada pandangan saya riwayat di atas mencerminkan kemuliaan seseorang yang wafat dalam syahid fisabilillah kerana berjuang untuk kepentingan agama Islam atau memperjuangkan bangsanya, iaitu bangsa Melayu yang dicintainya. Perjuangan demikian mencerminkan kerana patuh kepada perintah Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu tulisan Abdullah Munsyi dalam buku Hikayat Abdullah yang mengatakan bahawa mayat Raja Haji ditanam tempat kandang babi perlu dipertikaikan dan dibahas secara ilmiah. Tulisan Abdullah Munsyi selengkapnya sebagai berikut, “Sebermula di balik kebun kompeni itulah ditanamkan Raja Haji. Iaitu seorang Raja Melayu yang berkuasa adanya. Asalnya iaitu keturunan Bugis. Maka isterinya bernama Ratu Emas. Maka ialah yang telah datang memerangi Melaka pada zaman Holanda – maka adalah daripada zaman itu sampai masa ini (maksudnya hingga masa Abdullah Munsyi menulis hikayatnya, pen:) kira-kira lebih sedikit daripada 60 tahun – maka hampir-hampir dapat Melaka olehnya. Maka berkeliling jajahan Melaka dan kampung-kampung semuanya sudah didapatnya melainkan tinggallah Melaka bulat-bulat sahaja yang belum didapatnya. Maka pada masa itu segala bangsa yang ada di dalam Melaka masuk perang melawan Holanda daripada Melayu, Keling, Cina, Serani masing-masing ada dengan kapitannya dan kepala perangnya. Maka adalah beberapa tahun diperanginya lalu matilah Raja Haji itu dimakan peluru di Tanjung Palas nama tempatnya. Kemudian diambil Holanda mayatnya itu ditanamkan di balik kebun yang tersebut itu. Ada pun khabarnya yang kudengar, tempat itu kandang babi. Kemudian ada kira-kira 20, 30 tahun di belakang datanglah anak buah-anak buah Raja Haji itu dari Lingga dan Riau ke Melaka meminta izin kepada raja Inggeris hendak dipindahkannya kubur itu ke Riau. Maka diberikanlah izin. Lalu dibawanyalah pergi....” (Hikayat Abdullah, hlm. 57 - 58)

Riwayat Abdullah Munsyi tentang Raja Haji ditanam di kandang babi adalah sukar diterima disebabkan: Pertama, jauh berbeza dengan yang ditulis oleh Raja Ali Haji seperti tersebut di atas. Kedua, orang yang wafat keadaannya syahid fisabilillah adalah dimuliakan oleh Allah s.w.t.. Dalam al-Quran disebutkan bahawa “orang-orang yang mati syahid adalah tidak mati, dalam kubur mereka diberi rezeki.” Dalam hadis Nabi s.a.w. pula sangat banyak menyebutkan kelebihan orang yang mati syahid. Pandangan saya ini bukan bererti menuduh Abdullah Munsyi telah melakukan pembohongan dalam tulisannya, kerana beliau sendiri menyebut pada awal kalimatnya, “Ada pun khabarnya yang kudengar”. Oleh itu pelbagai andaian boleh dibuat. Yang pertama, boleh jadi khabar yang didengar itu sengaja diproses oleh pembohong-pembohong daripada kalangan penguasa penjajah ketika itu untuk menghapuskan kebangkitan jihad orang-orang Melayu Islam yang tidak suka negerinya dijajah oleh golongan yang bukan Islam. Kedua, kemungkinan tekanan kuasa penjajah memaksa supaya Abdullah Munsyi menulis sedemikian. Oleh itu kita perlu berfikir dan teliti setiap kalimat dan perkataan yang ditulisnya. 

Selain itu jika kita berfikir secara kritis dan membuat analisis secara bebas, khusus pada konteks di atas, memang banyak kalimat ataupun perkataan demi perkataan Abdullah Munsyi mengandung unsur-unsur politik yang menguntungkan pihak penjajah pada zamannya. Sebagai contoh, walaupun Abdullah Munsyi mengakui bahawa Raja Haji adalah seorang Raja Melayu, namun pada sambungan kalimat Abdullah Munsyi menyebut pula bahawa asal Raja Haji adalah keturunan Bugis. Kenapa Abdullah Munsyi tidak menyebut Raja Haji dari sebelah ibunya adalah keturunan Melayu. Di sini dapat diduga, jika disebut Raja Haji orang Melayu semangat orang Melayu untuk berpihak kepada Raja Haji sukar dipadamkan.

Wednesday, September 26, 2018

Ezekiel Aaron Menasseh..Yahudi yang pertama mendiami Malaya

Ezekiel Aaron Menasseh..Yahudi yang pertama mendiami Malaya

 Dimanakah Mereka Tinggal ? Memang sukar menjejaki mereka di tanah air kita. Yahudi yang pertama telah tiba dan mendiami Malaya adalah Ezekiel Aaron Menasseh. Beliau telah berhijrah dari Baghdad dan tiba di Malaya pada tahun 1895. Menurut sumber, Manasseh mengamalkan kehidupan dan budaya Yahudi selama 30 tahun sehingga selepas Perang Dunia Yang Pertama. Ketika itu, bilangan populasi masyarakat Yahudi yang berhijrah dan mendiami Malaya semakin meningkat. Ketika Jepun menyerang Malaya, masyarakat Yahudi telah dipindahkan ke Singapura dan sebilangan telah dibunuh dan dikebumikan ketika pendudukan Jepun di Malaya dan Singapura. Selepas penjajahan Jepun, majoriti masyarakat Yahudi Malaya telah berhijrah ke Singapura, Australia, Israel dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1963 hanya terdapat sekitar 20 keluarga yang tinggal di Malaysia.


SILA BACA SETERUSNYA di

http://tangisanmelayu.blogspot.com/2014/07/yahudi-telah-lama-mengintai-kita.html
DAP Akan Kalah Dan ISLAMELAYU Menang Besar Jika Ad... KERAJAAN RAKYAT, MERAKYATKAN KERAJAAN, SELCAT, KOR... PENYATUAN PAS/UMNO - DOA MUKMIN DI MALAYSIA ALLAH ... DERITA PLASTINE - ISRAEL MENJADI PELENGKAP KEPADA ... SPLASH - KHALID MENOLAK IKAN DUYUNG YANG BERHARGA ... NASIHAT YANG PANJANG UNTUK ANAK MELAYU YANG BERGEL... PESAN ULAMAK - JAUH MEJA RUNDINGAN MB SELANGOR - Khalid Digugurkan, Azmin Melopong, W... Aku Bani Tha Mim - Melayu Akan Membunuh Yahudi Di ... MH 17 - KEPETAHAN MEREKA BERPOLITIK TIDAK MENCERMI... Wujud Penglibatan Yahudi di Ukraine, Tuduh Rusia H... NAJIB WORLD LEADERS - Tribal Chief Separator, Alek... BERBALOIKAH MELAYU MEMERDEKAN TANAH MELAYU SEDANGK... Kenali Briged Al-Qassam TENTERA SUFI PENGGEMPUR ZI... PLASTINE & NUSANTARA - BIAR MATI BERLAWAN DARI MAT... SERANGAN BALAS AL QASSAM TERHADAP NEGARA ZIONIS Bersabarlah Sayang ALLAH TELAH TARIKKAN PERASAAN BERANI DARI HATI YAH... Quality Kepimpinan KETUA PEMUDA PAS MH 17 - RUSSIA AND UKRAINE, why is the price of 29... UNCLE SIM MEMBAWA Anak Muda Cina BERWAJAH MALAYSIA... Akibat Sindrom Nasi Lemak TIADA TELOR Obama Sokong Keganasan Rejim Zionis Pemimpin PEMBANGKANG negara ini mentalitinya renda... Ada Orang Yang Allah Kurniakan Kebodohan Melampau ... MH 17 CIVIL AIRCRAFT 10th Fall Shot, is a tragedy ... NAJIB - Masa untuk berlembut sudah habis Vladimir Putin Menggigil Bila Rosmah Hantar Pesana... BAGAIMANA ANDA TAHU MH 17 DI TEMBAK JATUH DI SEBAB... PR, TOLONGLAH - JANGANLAH POLITIKKAN SEMUA PERKARA... PESAWAT MAS TERHEMPAS LAGI, - CRASH ATAU DI TEMBAK... KEKEJAMAN ISRAEL - SIAPA PULA SELEPAS PLASTINE? GADIS PEUGEOT CDM25 - SELEPAS LAMA KITA BERSABAR, ... PAS NAK HAPUSKAN MAIS SUPAYA SENANG KUTIP ZAKAT DA... DARI UMNO CELAKA HINGGALAH KE ANAK GRO, ASYIK MELA... 7 PERKARA MELAYU AKAN DI HALAU DARI TANAH MELAYU KHALID TERSUNGKUR DI ISTANA KAYANGAN SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN KHALID SAMAD ISRAEL KETAKUTAN - Ratusan Web Israel Digodam Hack... AYAH lll - LAILATULKHADAR MASIH BERSEMBUNYI APMM VS APAM BALIK MURAH DI SABAH

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
DAP Akan Kalah Dan ISLAMELAYU Menang Besar Jika Ad... KERAJAAN RAKYAT, MERAKYATKAN KERAJAAN, SELCAT, KOR... PENYATUAN PAS/UMNO - DOA MUKMIN DI MALAYSIA ALLAH ... DERITA PLASTINE - ISRAEL MENJADI PELENGKAP KEPADA ... SPLASH - KHALID MENOLAK IKAN DUYUNG YANG BERHARGA ... NASIHAT YANG PANJANG UNTUK ANAK MELAYU YANG BERGEL... PESAN ULAMAK - JAUH MEJA RUNDINGAN MB SELANGOR - Khalid Digugurkan, Azmin Melopong, W... Aku Bani Tha Mim - Melayu Akan Membunuh Yahudi Di ... MH 17 - KEPETAHAN MEREKA BERPOLITIK TIDAK MENCERMI... Wujud Penglibatan Yahudi di Ukraine, Tuduh Rusia H... NAJIB WORLD LEADERS - Tribal Chief Separator, Alek... BERBALOIKAH MELAYU MEMERDEKAN TANAH MELAYU SEDANGK... Kenali Briged Al-Qassam TENTERA SUFI PENGGEMPUR ZI... PLASTINE & NUSANTARA - BIAR MATI BERLAWAN DARI MAT... SERANGAN BALAS AL QASSAM TERHADAP NEGARA ZIONIS Bersabarlah Sayang ALLAH TELAH TARIKKAN PERASAAN BERANI DARI HATI YAH... Quality Kepimpinan KETUA PEMUDA PAS MH 17 - RUSSIA AND UKRAINE, why is the price of 29... UNCLE SIM MEMBAWA Anak Muda Cina BERWAJAH MALAYSIA... Akibat Sindrom Nasi Lemak TIADA TELOR Obama Sokong Keganasan Rejim Zionis Pemimpin PEMBANGKANG negara ini mentalitinya renda... Ada Orang Yang Allah Kurniakan Kebodohan Melampau ... MH 17 CIVIL AIRCRAFT 10th Fall Shot, is a tragedy ... NAJIB - Masa untuk berlembut sudah habis Vladimir Putin Menggigil Bila Rosmah Hantar Pesana... BAGAIMANA ANDA TAHU MH 17 DI TEMBAK JATUH DI SEBAB... PR, TOLONGLAH - JANGANLAH POLITIKKAN SEMUA PERKARA... PESAWAT MAS TERHEMPAS LAGI, - CRASH ATAU DI TEMBAK... KEKEJAMAN ISRAEL - SIAPA PULA SELEPAS PLASTINE? GADIS PEUGEOT CDM25 - SELEPAS LAMA KITA BERSABAR, ... PAS NAK HAPUSKAN MAIS SUPAYA SENANG KUTIP ZAKAT DA... DARI UMNO CELAKA HINGGALAH KE ANAK GRO, ASYIK MELA... 7 PERKARA MELAYU AKAN DI HALAU DARI TANAH MELAYU KHALID TERSUNGKUR DI ISTANA KAYANGAN SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN KHALID SAMAD ISRAEL KETAKUTAN - Ratusan Web Israel Digodam Hack... AYAH lll - LAILATULKHADAR MASIH BERSEMBUNYI APMM VS APAM BALIK MURAH DI SABAH

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
DAP Akan Kalah Dan ISLAMELAYU Menang Besar Jika Ad... KERAJAAN RAKYAT, MERAKYATKAN KERAJAAN, SELCAT, KOR... PENYATUAN PAS/UMNO - DOA MUKMIN DI MALAYSIA ALLAH ... DERITA PLASTINE - ISRAEL MENJADI PELENGKAP KEPADA ... SPLASH - KHALID MENOLAK IKAN DUYUNG YANG BERHARGA ... NASIHAT YANG PANJANG UNTUK ANAK MELAYU YANG BERGEL... PESAN ULAMAK - JAUH MEJA RUNDINGAN MB SELANGOR - Khalid Digugurkan, Azmin Melopong, W... Aku Bani Tha Mim - Melayu Akan Membunuh Yahudi Di ... MH 17 - KEPETAHAN MEREKA BERPOLITIK TIDAK MENCERMI... Wujud Penglibatan Yahudi di Ukraine, Tuduh Rusia H... NAJIB WORLD LEADERS - Tribal Chief Separator, Alek... BERBALOIKAH MELAYU MEMERDEKAN TANAH MELAYU SEDANGK... Kenali Briged Al-Qassam TENTERA SUFI PENGGEMPUR ZI... PLASTINE & NUSANTARA - BIAR MATI BERLAWAN DARI MAT... SERANGAN BALAS AL QASSAM TERHADAP NEGARA ZIONIS Bersabarlah Sayang ALLAH TELAH TARIKKAN PERASAAN BERANI DARI HATI YAH... Quality Kepimpinan KETUA PEMUDA PAS MH 17 - RUSSIA AND UKRAINE, why is the price of 29... UNCLE SIM MEMBAWA Anak Muda Cina BERWAJAH MALAYSIA... Akibat Sindrom Nasi Lemak TIADA TELOR Obama Sokong Keganasan Rejim Zionis Pemimpin PEMBANGKANG negara ini mentalitinya renda... Ada Orang Yang Allah Kurniakan Kebodohan Melampau ... MH 17 CIVIL AIRCRAFT 10th Fall Shot, is a tragedy ... NAJIB - Masa untuk berlembut sudah habis Vladimir Putin Menggigil Bila Rosmah Hantar Pesana... BAGAIMANA ANDA TAHU MH 17 DI TEMBAK JATUH DI SEBAB... PR, TOLONGLAH - JANGANLAH POLITIKKAN SEMUA PERKARA... PESAWAT MAS TERHEMPAS LAGI, - CRASH ATAU DI TEMBAK... KEKEJAMAN ISRAEL - SIAPA PULA SELEPAS PLASTINE? GADIS PEUGEOT CDM25 - SELEPAS LAMA KITA BERSABAR, ... PAS NAK HAPUSKAN MAIS SUPAYA SENANG KUTIP ZAKAT DA... DARI UMNO CELAKA HINGGALAH KE ANAK GRO, ASYIK MELA... 7 PERKARA MELAYU AKAN DI HALAU DARI TANAH MELAYU KHALID TERSUNGKUR DI ISTANA KAYANGAN SULTAN SELANGOR MURKA DENGAN KHALID SAMAD ISRAEL KETAKUTAN - Ratusan Web Israel Digodam Hack... AYAH lll - LAILATULKHADAR MASIH BERSEMBUNYI APMM VS APAM BALIK MURAH DI SABAH ALL OUT - PLASTINE, TUNGGU MATI, BERLAWAN BELUM TE... NOSTALGIA Ramadan - Meriam Buluh FAHAMI Konflik Palestin VS Israel MENURUT AL QUR... AYAH ll AYAH DRAMATIC ACTION PARTI - Pelakon Drama Terbaik 2 Pe... JANJI CINA MELAYU YANG MERANA PULANGLAH.....SYAHID DI HADAPAN TANGGA KAFIRUN SEDANG MERANCANG CAMPUR TANGAN ASING UNTUK... YAHUDI TELAH LAMA MENGINTAI KITA PEMIMPIN ISLAM YANG MEMIHAK KEPADA DAP MEMUDAHKAN ... MPKN - NAJIB TERPERANGKAP DENGAN PENUBUAN REPUBLIK... JIKA TUANKU MASIH BERLENGAH, TUANKU TELAH MELANGGA... PAS DAN UMNO SAMA-SAMA GAGAL MENGURUSKAN UGAMA, B... ISA DAH TIADA - SIKAP PEMBULI DAP KE ATAS PAS AKAN... MPKN Cuba Hakis Hak Orang Melayu dan Bumiputra. GUNAKAN ARTEL JIKA LINE DI KAWASAN ANDA "KURANG UP...

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Wednesday, July 11, 2018

Anwar Ibrahim Jawab Zainuddin Maidin

==============================================================

  1. Menentang pendekatan Islam zaman Anwar dalam Kerajaan. Blog Tun Telanai 
  2. Membawa tokoh liberal masuk dalam Utusan dan RTM seperti Kassim Ahmad Astora Jabat Akbar Ali dan Dr Farish A.Noor. Untuk rekod Sebaik sahaja menjadi PM tahun 1981 langkah awal Mahathir membebaskan sahabatnya tokoh anti hadis Kassim Ahmad bapa Siti Kassim dari penjara. http://tuntelanai.blogspot.com/2010/09/zainuddin-maidin-zam-seorang-oportunist_25.html?m=1
  3. Menyokong Salman Rushidie penulis buku Satanic Verses. Rujuk Blog Tun Telanai
  4. Menentang tutup aurat oleh wanita Islam sama seperti pendirian Tokoh Anti Hadis Kassim Ahmad http://zamkata.blogspot.com/2014/03/tindakan-pengecut-jawi-dan-jakim.html?m=1
  5. Menyamakan Islam dengan candu sama seperti kenyataan Karl Marx pengasas Komunis. https://nasronhashim.blogspot.com/2011/06/masihkah-kau-ingat.html?m=0
  6. Menolak perpaduan PAS dan UMNO https://m.malaysiakini.com/news/143157
  7. Meminta dihapuskan sekolah tahfiz http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/sebab-zam-mahu-sekolah-tahfiz-ditutup-1.854008
  8. Menuduh Sultan Johor tidak mahu Mahathir jadi PM https://umnolawanpas.wordpress.com/2018/05/27/pdrm-mesti-siasat-tuduhan-zainudin-maidin-sultan-johor-tolak-mahathir-jadi-pm/
  9. Meminta serbuan khalwat oleh Jabatan Agama dihentikan http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1218&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_08.htm&arc=hive
  10. Meminta pengkiktirafan diberikan kepada pemimpin komunis yang memberi idea dasar DEB semasa pemerintahan Tun Razak https://www.malaysianreview.com/140330/sumbangan-besar-seorang-komunis-yang-tak-dihargai-zainuddin-maidin/
  11. Menuduh PAS meminta Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0906&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm
  12. Mencetus ketegangan hubungan antara Malaysia dan Indonesia akibat penulisan beliau yang menghina pemimpin Indonesia BJ Habibie http://anwaribrahimblog.com/2012/12/18/zainudin-maidin-memalukan-bangsa-dan-negara/



Pendedahan WAJAH SEBENAR Anwar Ibrahim

Tuesday, April 3, 2018

Orang Cina DAP Nak Hapuskan Mahathir


Surat Al-Ma'idah Ayat 57
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat... agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab... sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman. 
 
 

Monday, January 15, 2018

Hishamuddin Rais Mengaku Tidak Memeluk Agama Islam


Bukan Tak Masuk Akal Hishamuddin Rais, Tapi Akal Tak Sampai! Jawab Ustaz Hishamuddin (Bah1/3) Dan janganlah engkau berdukacita (wahai Muhammad), disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran; kerana sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun. Allah menetapkan tidak memberi kepada mereka (balasan baik syurga) pada hari akhirat kelak, dan mereka pula beroleh azab seksa yang amat besar. (A-li'Imraan 3:176).

..

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:177) .

LONDEH

LONDEH

BLOG-BLOG PISANG PANAS

ADA LAGI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

ada di LONDEH2U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
GAMBAR-GAMBAR pelik yang seakan di londehkan oleh si tukang gambar dan yang pelik-pelik secara semula jadi. x LIVE webcam dimana jua
  • LIVE webcam online (3)
  • LAYAN - Live Image (Webcamera)
  • LAYAN.. live on.. African wilderness! LIVE Safari
  • http://www.justin.tv/wildearthtv/popout
  • Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash