Barang siapa makan barang haram sedang dia lama menjalankan ibadah , maka dia seperti burung merpati yang mengerami telur busuk. Dia telah memayahkan dirinya kerana lamanya diam di tepat padahal tak satupun yang menetas, sebaliknya telur itu keluar menjadi busuk. ___ Ali Al Khawwas

..

5 Makhluk Lagenda Dalam Cerita Rakyat Malaysia Adapun orang-orang yang telah putih berseri mukanya, maka mereka berada dalam limpah rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya. (A-li'Imraan 3:107) .
SUMBER ARKID DI LONDEH KLIK SINI
TV ALHIJRAH     /    TV1  /   TV2    /     TV3   /     NTV7   /    TV9
Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. (Al-Baqarah 2:16) .

PANAS>>Ustaz Salman Ali | Ustaz Abu Syafiq

KUASA

SUDAH diberi ingat.... hendak juga.. ikut...

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi. (A-li'Imraan 3:149)) . .. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (Al-Baqarah 2:10) . Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.(A-li'Imraan 3:177) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?(An-Nisaa' 4:144).

My Blog List

Thursday, September 5, 2013

Jarum-Jarum Kristianisasi: Mempelajari Dari Pengalaman Indonesia

 ARKID.... Jarum-Jarum Kristianisasi: Mempelajari Dari Pengalaman Indonesia

Strategi Musuh Dalam Merusak Ummat
 

Permohonan Majalah Herald - The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam terbitan majalah versi Bahasa Melayu merupakan agenda tersirat pihak missionary kristian mengikis syiar Islam di Malaysia.

Ketagihan tersebut nyata melanggar ketetapan Perlembagaan Persekutuan yang memaktubkan Islam adalah Agama Rasmi Malaysia sekaligus mencabar kesabaran umat Islam.

Taktik dan strategi missionary kristian ini yang telah berjaya dilakukan di negara jiran kita; Indonesia dan kini secara halus ia cuba dilakukan di Malaysia.

PERTAMA, di Indonesia umat Islam di sana DIBINGUNGKAN dan DIKELIRUKAN dengan penggunaan istilah-istilah bahasa Arab dan Islam oleh para missionary kristian seperti perkataan kalimah ‘ALLAH”, makmum, jemaah, doa, zikir, amal ibadat, sedekah jariah , ummat beragama, iman, rohaniyah, Ruhul kudus dan sebagainya.

Missionary kristian turut mengubah corak dakwah mereka dengan menukar waktu ibadah ‘Sunday Prayer’ kepada ‘Friday Prayer’ yang disebut sebagai ‘Ibadat Juma'atan’ yang sama waktunya seperti solat Jumaat bagi umat Islam. Mereka turut mengalun kitab bible dalam bahasa Arab bagi menarik minat pendengar. Ini bagi menunjukkan kepada umat Islam bahawa kristian juga adalah agama samawi (langit) dan diturunkan lebih awal kepada orang Arab. Jadi mengapa umat Islam tidak boleh menerima kristian kerana masing-masing menyembah “ALLAH”?


Gereja Allah Baik di Indonesia - Kesan penyalahgunaan Kalimah ALLAH
KEDUA, umat Islam sering DIDOKTRIN dengan dakyah dan idea LIBERALISME, KEBEBASAN serta HAK ASASI MANUSIA dalam setiap tindak-tanduk mereka. Golongan sasaran adalah para mahasiswa dan golongan masyarakat bawahan dengan tema kemiskinan rakyat, tekanan ekonomi dan kepincangan pemerintahan. Mereka sering diupah untuk berdemonstrasi dijalanan membuat kacau atau berwacana memprotes apajua dasar kerajaan.


KETIGA, ketika rakyat leka dengan rasa tidak puas hati membuak-buak kepada pemerintah, pada masa itulah mereka diperkenalkan dengan idea-idea kesaksamaan dan sama rata dimana hanya dengan idealisme ‘semua dapat merasai benda yang sama tanpa mengira status ras dan agama’ maka barulah akan wujud keadilan sosial. Hiburan-hiburan yang melampau digunakan untuk melalaikan umat Islam dari ibadah wajib mereka.

KEEMPAT, ketika rakyat tidak lagi mahu mendengar apajua kebaikan yang dilakukan pemerintah, ketika itulah jarum-jarum Kristianisasi mula memasuki dan merasuk rakyat kononnya pemerintahan Islam banyak membawa keburukan kepada rakyat dan negara. Kristian dipromosikan sebagai agama penyelamat. Sedangkan Islam sebagai agama yang banyak bawa bencana di dunia. Ketika ini idea Jesus Al Masih atau Mesiah Sang Penyelamat mula dicanangkan sebagai bagi menyelamatkan kegawatan ekonomi dan politik negara.

KELIMA, ketika keadaan rakyat yang semakin tertekan akibat kegawatan ekonomi, mereka kurang menghiraukan soal-soal agama, kepentingan bangsa mahupun kedaulatan negara. Ketika ini dakyah kristianisasi gereja akan memujuk rakyat dengan pelbagai bantuan wang, makanan, khidmat pendidikan dan aktiviti kemasyarakatan yang berselindung di sebalik pertubuhan-pertubuhan sosial dan parti-parti politik atas dasar ‘kepedulian bangsa’ dan ‘kebersamaan’. Dana asing ketika ini akan mencurah-curah masuk dan promosi khidmat masyarakat tersebut diberikan secara besar-besaran melalui pelbagai alternatif media.

Pihak missionary mendampingi golongan sasaran melalui kunjungan agen-agen mereka ke masjid, surau, pesantren dan rumah-rumah kebajikan antaranya melalui majlis berbuka puasa bersama, pemberian Al Quran, sumbangan kewangan dan barang keperluan kepada ketua-ketua kampung, anak-anak yatim serta ibu tunggal.

Para missionary kristian akan berpakaian dan berbicara sepertimana umat islam berpakaian dan berbicara, bahkan mereka semakin berani membaca ayat-ayat Quran dan hadis-hadis muktabar. Ketika ini ada segelintir umat Islam tersentuh dengan budi baik pihak ini dan menyokong apajua tindakan tersebut atas nama ‘kesatuan dan toleransi umat beragama’. Maka acara bersama seperti doa, solat dan ibadah puasa pelbagai agama dipromosikan dalam sesebuah acara. Idea-idea PLURALISME kian subur dan giat dicanangkan oleh tokoh-tokoh Islam sendiri.

Ibadah solat umat Islam ditiru untuk menggambarkan seolah-olah agama lain juga menyembah Allah dengan cara yang sama. Kononnya Islam telah mewarisi cara ibadah agama lain yang terlebih dahulu diturunkan ALLAH


KEENAM, apabila masyarakat muslim mula terhutang budi pada organisasi-organisasi gereja ini maka dakyah seterusnya adalah memesongkan iman seseorang muslim dengan cara mendapatkan pengakuan bahawa Islam adalah ajaran yang salah. Ketika ini apa jua berkaitan Islam, Nabi Muhammad, Al-Quran, Puasa, Zakat dan Haji dianggap sebagai ibadah sia-sia dan menyesatkan serta tidak diterima Jesus. Hati umat yang telah kotor dan keliru akibat sumber makanan haram yang diterima selama ini akan mudah dipengaruhi dakyah-dakyah kristian yang memujuk ini.

KETUJUH, apabila seseorang yang didakyahkan semakin keliru, terhutang budi dan mula meragui ajaran Islam, maka ketika ini mereka akan dipujuk rayu oleh beberapa pastor-pastor ternama yang boleh berbicara dan mengetahui selok belok Islam. Ketika ini acara brainwash atau cuci otak dilakukan secara agresif yang akan menyaksikan si individu atau kumpulan individu akan membuat ikrar untuk keluar dari Islam kerana tidak lagi yakin pada Islam. Ketika inilah PEMURTADAN secara sedar dan separa sedar berlaku.


KELAPAN, apabila diyakini seseorang individu atau kumpulan telah murtad maka acara seterusnya mereka akan dikristiankan oleh Ketua Pastor melalui upacara PEMBAPTISAN. Mereka dikehendaki meminum air ‘HOLY WATER’ atau upacara berendam di dalam air. Ketika itu iman Islam akan tercabut dan sahlah seseorang itu menjadi kristian dan kafir kepada Islam. Penganut Kristian baru ini seterusnya akan dilantik menjadi pastor-pastor yang akan menyebarkan lagi dakyah kristian terhadap umat Islam seterusnya.

PESANAN KAMI

Pihak-pihak missionary gereja di Indonesia amat bangga jika mereka dapat memurtadkan umat Islam. Di Malaysia usaha mereka untuk kalimah ALLAH dalam Majalah Herald merupakan langkah pertama sebelum ke langkah-langkah seterusnya.

Kesan kristianisasi di Indonesia amat dahsyat sehinggakan berlakunya perkahwinan silang antara penganut agama Islam yang berkahwin dengan penganut kristian atas dasar perkahwinan sesama ahli kitab. Maka lahirlah zuriat-zuriat yang haram dilaknati Allah s.w.t. Sebab itulah begitu banyak bencana melanda bumi Indonesia yang mungkin menjadi sebab kemurkaan Allah swt yang mahu menghapuskan keturunan-keturunan haram ini.

Kita bersimpati dengan nasib saudara seagama kita di Indonesia. Namun kita juga perlu berbangga dengan kegigihan jihad mereka mempertahankan akidah melalui gerakan NGO- NGO Islam walaupun tanpa dana yang banyak.

Justeru, kita perlu terus berjihad mempertahankan kesucian kalimah ALLAH dari diberi kebenaran digunakan oleh pihak gereja di Malaysia. Jihad, turun ke Mahkamah Putrajaya Selasa 10 September 2013 ini…Allah Akhbar!


sumber: http://mymassa.blogspot.com/2013/09/awas-jarum-jarum-kristianisasi.html 

..

Sesungguhnya orang-orang yang membeli (memilih) kufur dengan meninggalkan iman tidak sekali-kali mereka akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:177) .

LONDEH

LONDEH

BLOG-BLOG PISANG PANAS

ADA LAGI...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

ada di LONDEH2U

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
GAMBAR-GAMBAR pelik yang seakan di londehkan oleh si tukang gambar dan yang pelik-pelik secara semula jadi. x LIVE webcam dimana jua
  • LIVE webcam online (3)
  • LAYAN - Live Image (Webcamera)
  • LAYAN.. live on.. African wilderness! LIVE Safari
  • http://www.justin.tv/wildearthtv/popout
  • Requirements: Windows: Windows Media Player 10 , QuickTime , Flash , Mac OS: Flip4Mac , QuickTime , Flash